Showing posts with label THEN AND NOW. Show all posts
Showing posts with label THEN AND NOW. Show all posts

Jun 5, 2017

YOU CANNOT ENTER TAMAN BOTANI SERI MEDAN

I ♥ Kluang | Kluang | Johor 2017

Sebenarnya dari minggu lepas isteri penulis (yang itu) menyuruh ke Kampung Tengah Kluang untuk membeli rempeyek Wak Tunot yang sedap itu. Penulis sudah memberitahu bahawa rempeyek Wak Tunot yang sedap itu juga ada dijual di pasaraya Mydin Taman Rinting. Tapi isteri penulis itu sudah guling-guling mahu juga kesana. Weh, siapalah tidak sayang bini, tapi ada makcik kan. Kannns?

Dipendekkan cerita lalat, pagi tadi sudah berlarian kesana dengan cik Jnulekasnova sahaja. Di kedai di kilang kecil wak Tunot itu, penulis belikan beberapa kuih kuih raya. Rempeyek dalam balang disitu dijual agak mahal berbanding di Mydin. Jadi, penulis belikan rempeyek dalam paket sahaja.

Dari kilang perusahaan kecil rumah wak Tunot, penulis berlarian terus ke Seri Medan. Ingatkan hendak mengambil gambiran tasik di Taman Botani yang penulis pernah sampai beberapa tahun dahulu - 2011 [+ Link]. Tapi sungguh penulis tak sangka, buah cempedak nak jadi nangka. Pintu pagar ditutup dan notis memberitahu tidak dibenarkan membawa kereta ke dalam pula. Aiyah. Yo yo wes. Jadi, penulis pun kembali ke gagang dengan kuchiva. Tapi ada mak kisah?

Sebelum pulang kerumah, penulis singgah ke Mydin Taman Rinting membeli rempeyek yang lebih murah dari harga kilangnya sendiri.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

I ♥ Kluang | Kluang | Johor 2017



Posting few postcards at Kluang Post Office | Kluang | Johor 2017

Why Kelana Jaya PJ Post Office only got one mailbox, not like these? | Kluang | Johor 2017

Inside Wak Tunot mini market full of kuih raya | Kampung Tengah | Kluang | Johor 2017

Aiyah! What's wrong with the local authority not allowing us to visit the beautiful lake? | Taman Botani Seri Medan | Johor 2017
Link: Seri Medan Botanic Garden 2011

You are not welcome here!| Taman Botani Seri Medan | Johor 2017
Link: Seri Medan Botanic Garden 2011

A dead cat on the zero milestone | Seri Medan | Batu Pahat | Johor 2017
Link: 2012 | 2008 

Seri Medan Post Office | Seri Medan | Batu Pahat | Johor 2017

Stamps for future international postcards | Seri Medan | Batu Pahat | Johor 2017
Link: A Postcard I Want: I bought a new batch of postcard stamps.

Heading home sweet home and Gunung Pulai | Kulai | Johor 2017
Link: the same view 2008.

Jun 4, 2017

MASAI BLUE LAKE SUNSET

Tasik Biru (Blue Lake) Masai | Laguna Seri Alam | Johor | Malaysia 2017

Petang Sabtu tadi, penulis berlarian ke Tasik Biru dengan anak lanang bocah cilik. Tangkap dua tiga gambiran sudah.

Untuk baca entri Tasik Biru Masai Revisited tiga bulan lepas, sila meniarap di SINI.
Untuk baca entri Laguna Seri Alam Sunset 2013, sila mendaki di SINI.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sila goyangkan inul untuk lihat gambar Yaasir 2013 (I ♥ Cambodia) dan Yaasir 2017 (I ♥ Sarawak).
Tasik Biru (Blue Lake) Masai | Laguna Seri Alam | Johor | Malaysia 2017



Tasik Biru (Blue Lake) Masai | Laguna Seri Alam | Johor | Malaysia 2017

Tasik Biru (Blue Lake) Masai | Laguna Seri Alam | Johor | Malaysia 2017

Tasik Biru (Blue Lake) Masai | Laguna Seri Alam | Johor | Malaysia 2017

Updated. Hari ini, 3 Jun 2017, harijadi anak wedok remaja yang ke 16 tahun lah. Malam tadi selepas berbuka puasa, penulis bawa kaum kerabat makan eskem di Aeon Permas Jaya sudah. Tapi anak wedok tidak mahu pesan eskem lah pula. "Masih kenyang lah bah," katanya.

Untuk baca entri lama harijadi aBo yang pertama 2002, sila tiup lilin di SINI.
Untuk baca entri lama harijadi aBo yang keenam 2007, sila doa bersama arwah atuk di SINI.
Untuk baca entri lama harijadi aBo yang ketujuh 2008, sila makan kek di SINI.
Untuk baca entri lama harijadi aBo yang kesembilan 2010, sila wish di SINI.
Untuk lihat foto lama harijadi aBo yang keduabelas 2013, sila hitamputih di SINI.

Raspberry Cherry Icecream | Baskin Robbins | Aeon Permas Jaya | Johor 2017

Happy 16th Birthday my dear aBo | Baskin Robbins | Aeon Permas Jaya | Johor 2017

The brothers | Baskin Robbins | Aeon Permas Jaya | Johor 2017

Jan 20, 2017

THEN & NOW: VIVA ELITE & MESJID RIMBUN

Mouse-off (today, 20 Jan 2017); Mouse-on (5 Jan 2017).

Salam pagi Sabtu kengkawan penulis semua-semua lah macam biasa.

Untuk baca entri kejadian kemalangan 2 pekan yang lepas, sila jentik di SINI.

Semalam, abang ahKuang bengkel tempat baiki kereta cikbiba pepel yang kemalangan tempohari telefon penulis memberitahu kereta boleh diambil. Penulis bertanya kalau ada bayaran dikenakan sebelum mengambil kereta. Abang ahKuang beritahu, "wak, lu datang sini kasik sign dokumen saja."

Tengahari, bila sampai di bengkel, abang ahKuang tiada pula. Salah penulis juga kerana tidak menelefon terlebih dahulu. Bila telefon beliau sudah pulang makan tengahari dirumah. Adik beliau, ahHwee juga tiada. Jadi, penulis sudah cakap baik-baik minta tolong nak ambil kereta sekarang juga. "Gua mau pegi semayang maa," rayu penulis.

15 minit penulis tunggu dan bila abang ahKuang sampai, masuk ke pejabat dan tandatangan tiga helai surat pengambilan kereta dan juga surat penilai kerosakan (baca, adjuster). Itu sahaja, dan penulis pun boleh membawa pulang cikbibah pepel dengan selamat. "Lain-lain barang nanti gua uruskan," kata abang ahKuang.

Walaubagaimanapun, kalau ada pembaca ingin membuat rujukan proses claim insurans kereta boleh melawat di blog Ana-mizu yang manis jelita dan kreatip itu.

Cerita lalat lain. Petang tadi sempat lagi penulis berlarian ke perkarangan masjid yang baharu siap dibina ditaman itu. (Gambar bawah).

Cerita lain lalat. Jurujual Perodua Plentong sudah memberitahu isteri penulis bahawa kereta Myvi pesanannya telah tiba. Pinjaman bank juga sudah dapat kelulusan. Tetapi masalahnya - problem. Sebab kelmarin, penulis sudah memberitahu jurujual untuk menempah nombor 3 digit, tetapi kena tunggu lepas raya cina. Kalau hendak pakai kereta cepat, kenalah daftar nombor 4 digit. Aiyah. Untuk baca entri terdahulu pengalaman membeli kereta perodua myvi advance baharu, sila selak di SINI.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Mouse-off (today, 20 Jan 2017); Mouse-on (8 March 2016).

Oct 31, 2015

THEN AND NOW: AKLEH VIEW

Please hover your mouse to see latest (2015) and older (2008) view of the Akleh.

Setelah lebih 7 tahun bertugas memotong rumput tepian jalan ini, banyak perubahan baru dapat dilihat. Semoga negara akan tetap aman damai sejahtera sentosa senantiasa. Amin.

Ini adalah entri penulis yang ke 300 untuk hari yang ke 304 dalam tahun 2015. Hampir setiap hari penulis kemasakini blog yang biasa-biasa saja ini. Jumpa kawan-kawan di bulan yang akan datang juga. InsyaAllah.

Link: timeanddate calculation.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



PENGALAMAN MENONTON PERLAWANAN AFC CHAMPIONS LEAGUE DI STADIUM SULTAN IBRAHIM JOHOR

  Selasa, 5 November 2024. Kelmarin pulang dari stadium Arena Sepaktakraw JB. Wak terus pesan tiket atas talian. Untuk tonton perlawanan bol...