Showing posts with label SJK (C) NAM HENG. Show all posts
Showing posts with label SJK (C) NAM HENG. Show all posts

May 3, 2017

A CREEPY PHONE CALL FROM SCAMMER 0376268899


Tengahari tadi, penulis kena pulang ke rumah kerana terpaksa menunggu anak lanang bocah cilik pulang dari sekolah cina. Selepas anak lanang bocah cilik sampai dirumah, kena tunggu pula sehingga van sekolah agama datang memungutnya.

Sementara menunggu tadi, penulis terima satu panggilan telefon yang tidak dikenali - 0376268899. Bila jawab, suara ahmoi dalam mesin mengatakan penulis ada tunggakan bayaran berjuta-juta lemon pinjaman peribadi selama 3 bulan. Cakap melayu tak berapa nak lancar. Aiyah! Masa bila pula penulis ada urusan dengan bank Hong Leong? Untuk bercakap dengan operator manusia, disuruhnya penulis tekan butang 9. Iyelah tuh. Baca: THIS IS A SCAM!

Untuk baca entri scam mudah.my dan Western Union, sila spam di SINI.
Blog bukanlah hakmilik kekal.



Updated. Olehkerana ramai menjadi mangsa panggilan operator Hongleong palsu dan SCAM. Penulis kopipes catatan pengalaman oranglain disini:

Satu panggilan call daripada no Hong Leong Bank 0376268899 mengatakan saya saya ada tunggakan sebanyak 3k disebabkan loan peribadi bernilai 50k yang telah diluluskan pada 18/01/2017 berserta acc no 12701004664 di Pulau Pinang Times Square , Jalan Datok Keramat, Pulau Pinang .. pegawai bank memperkenalkan diri Iaitu Haniza binti Sanusi serta no perkerja HLD 1732 Headquarters Petaling Jaya , Selangor .

Saya menafikan saya tidak pernah ada pinjaman peribadi di mana2 bank dan beliau minta saya buat laporan polis ke IPK Pulau Pinang , dia terus transfer call saya ke IPK dan bercakap dengan lelaki cina memperkenalkan diri Sarjan Teh , selepas saya memperkenalkan diri beliau minta no kad pengenalan dan saya terus memberi no kad pengenalan dan kononnya beliau nak membuat satu laporan polis melalui call , saya minta pergi ke IPK pulau pinang tetapi beliau cakap tak perlu hanya rakaman call sahaja dah membolehkan buat laporan dan automatic nama saya akan clear di Bank Negara.

Sementara kononnya laporan saya ini di rakam dalam perbualan saya dimatikan tetapi Sarjan teh telah call saya balik dengan no 042221522 no telefon itu adalah no telefon IPK pulau pinang dan sarjan teh minta saya google itu adalah no phone IPK PP , sarjan teh mengatakan setelah check no ic saya .. saya adalah salah seorg suspect kes jenayah iaitu melibatkan pengelapan wang haram dan dadah yang bernilai 600k , saya panik ...
sarjan teh memaklumkan bahawa seorg pegawai bank di kuala lumpur yang Bernama Lim seoung eng telah di berkas atas kesalahan mengelapkan wang haram dan dadah, kad atm atas nama saya juga bersama beliau , dan saya adalah suspect yang bekerjasama dengan Lim , sarjan teh mengatakan kes ni besar dan mereka cakap perlu membuat rakaman kerjasama saya bersama pihak polis , perbualan saya di transfer ke Inspector Zaki . Inspector Zaki telah mengherdik saya dan mengugut saya dengan menyatakan saya akan direman selama 40 hari , beliau cakap tidak mahu dengar apa2 pun alasan saya , saya amat terkejut dan amat takut sedangkan saya tak buat kesalahan pun.. dari cerita loan tak berbayar 50k terus saya ade kes jenayah melibatkan wang haram dan dadah .. ya allah mmg takut btul semalam .. beliau terus transfer panggilan saya ke sarjan teh semula dan sarjan teh telah transfer panggilan ke Inspector Asri .. saya dalam ketakutan .. beliau memberi kata dua samada saya direman atau memberi kerjasama kepada pihak polis .. saya amat takut dah tentu saya beri kerjasama kerana saya mmg tidak bersalah , beliau meminta saya menyatakan semua kewangan saya dan minta saya keluarkan semua duit saya dan transfer ke akaun Mahkamah supaya juru audit mahkamah membuat siasatan .. saya pun pergi ke bank untuk keluarkan duit saya seperti di arahkan .. panggilan saya tidak boleh dimatikan atas sebab panggilan telah dirakam .
Setelah saya keluarkan duit saya saya pun diarahkan pergi ke cimb bank untuk mendebitkan wang tersebut , Inspector asri menyatakan setelah wang itu dimasukkan ke acc cimb atas. Siti Sarah binti abdullah , no acc cimb bank 7065199224 ...pihak mahkamah akan jalankan siasatan selama sejam .. sekiranya acc syarikat saya clean , beliau akan mendebitkan balik wang saya dan nama saya akan dibersihkan dalam bank negara dan system polis ...
sementara saya di bank keadaan saya amat keliru dan sementara saya berada di talian Inspector Asri saya telah minta rakan whatsapp saya check no IPk pulau pinang , sedang suami saya di sebelah pun saya tak pedulikan dia , suami saya marah pada saya pun saya tak peduli , saya sebenarnya di minta rahsiakan perkara ini , sebab Inspector asri kata sekiranya saya telah pecah kan rahsia ini saya akan di reman , saya amat takut .. dalam perjalanan saya ke cimb Bank Setapak phone saya di call berkali2 oleh kawan saya Intan Jaffar , dia terjerit2 cakp saya ditipu , saya pun terus matikan call dan sebelum tempuh cimb bank setapak .....
suami saya terus belok ke Balai Polis Setapak , saya serahkan ic saya , minta pihak polis check samada saya ade kes jenayah , rupanya saya dipukau dan nasib baik suami saya Jafridin Canopy berada di sebelah dan telah selamatkan saya pergi terus ke balai .. daripada saya transfer semua duit saya ke akaun scam.. pihak polis balai polis setapak telah siasat dan saya sendiri telah serahkan panggilan Inspector asri ( penyamar )ke pegawai sebenar .. dan penyamar amat bijak dengan kata2 , pegawai polis minta ( penyamar) minta no id polis dia telah bagi no id polis yang dah pencen .. mmg amat berani .. dan pandai saiko ..saya telah dipukau .. atau mereka telah saiko otak saya .. hanya allah sahaja tahu keadaan saya , nasib baik suami saya di sebelah .. kalau tak wang yang telah dikumpulkan lesap macam tu je

Ingat lah ... dalam dunia ni penuh penipuan , jangan jadi seperti saya di perbodohkan semalam , dan ingatlah wahai geng2 penipu , sepandai2 tupai melompat akhirnye akan jatuh ke tanah jua ... ingatlah .. sedihnya penipu permulaan adalah seorang perempuan dan lelaki melayu ,"

如果收到0376268899自称HONG LEONG BANK的电话,说您拖欠HONG LEONG 信用卡或贷款,请小心!
首先来电的客服会让你知道他的名字和Staff 号码,确认拖欠款额及您的名字,贷款几时申请及批准,户口号码。通常客服所告诉您所做贷款的Hong Leong Bank都不属于您所居住的州属内。客服确认您没做过任贷款后,并告诉您需要到HONG LEONG BANK所属附近的警局做备案。如果您无法过去,客服会告诉您HONG LEONG BANK有一个客户保安系统能与当地警局做电话连接,无需本人到警局备案。
在您的同意下,电话直接到当地警局。官员开始是以马来语和您沟通,当您告诉他要做备案,他又帮您转接到另一以个中文沟通的官员。首先官员会告诉您因近年手机诈骗猖狂,请先看看手机上所显示的号码,并上网查看所属警局的电话号码。一切无误,他就会告诉您,接下来警方需要您提供一些人质料,一切通话将被录音。请马上暂停通话。
建议您不要通过电话透露任何个人和银行详细信息,因为国家银行已限定大马所有银行的工作人员不能通过电话向客户询问此信息。
遇上以上状况:
1)马上到这个HONG LEONG BANK网上客服 https://www.hlb.com.my/m…/info-centre/product/contact-centre 做确认。
2)或者使用另一台手机拨电与HONG LEONG BANK客服联络+60376268899. 注:请不要用拨号给您的那台手机。
3)叫拨电给您的客服,电邮借贷资料。
From: Hong Leong Bank [mailto:no-reply@hlbb.hongleong.com.my]
Dear Sir/Madam
We understand that with technology, scammers are able to make an outgoing call and change the number that appears on customer's mobile to be any number they wished. Currently, not only that customers receive such scam calls coming from our number. Example of other official number that had been scammed are: Bank Negara, Bukit Aman, certain police stations, Telekom Malaysia, Pos Malaysia and some other banks. Bank Negara had posted on their website on fraud alert to warn customers to be more careful.
We would advise you advice you do not to reveal any personal and banking details over the phone as bank staff will not ask customers for this information over the phone. It’s a widespread scam nowadays by the syndicate to cheat and frightened victims to deposit/transfer their money
We thank you again for relaying the information to our attention.
Yours sincerely,
Kholid Tan
Hong Leong Connect
Hong Leong Bank

 If you have received 0376268899 calls from Hong Leong Bank, you are in arrears with the credit card or loan, please be careful!

The first call customer will let you know his name and staff number, confirming the amount of arrears and your name, when the loan is requested and approved, the account number. General customer service tells you that the Hong Leong Bank is not in the state of which you are living. Customer service confirmed that you didn't make a loan, and told you that the police station in the vicinity of Hong Leong Bank was required to file a record. If you are unable to pass, the customer service will tell you that a customer security system is connected to the local police station, without having to file with the police station.

With your consent, phone calls directly to the local police station. Officials begin to communicate with ma and you, and when you tell him to do the record, he will also be able to connect to another officer in Chinese communication. First officials will tell you that because of recent mobile phone fraud, please check out the number shown on your phone and check the phone number of the police station on the internet. Everything is correct, and he will tell you that the police will need you to provide some people, and all calls will be recorded. Please stop calling.

It is suggested that you do not disclose the details of any person and bank, because the state bank has limited the staff of all banks to ask for this information through the phone.

Experiencing the above situation:
1) to this Hong Leong Bank online customer service https://www.hlb.com.my/main/info-centre/product/contact-centre
2) or use another mobile phone to call the phone + 60376268899. Note: please don't use your phone for your phone.
3) call the call for your customer service, e-mail.

Apr 26, 2017

HOW TO MAKE TRADITIONAL BATIK PATTERN

Sunrise this morning.

Semalam, anak lanang bocah cilik sudah guling-guling minta tolong lukis batik untuk kerja rumah sekolah cinanya.



Blog bukanlah hakmilik kekal.

The pattern we drew together.

The pattern.

Apr 9, 2017

ASSALAMUALAIKUM USTAZAH DAN KARIPAP KAMBING PALING SEDAP DAN ROTI OVEN TRADISIONAL DI SALAHUDDIN BAKERY JALAN DHOBY JB

Sila goyangkan inul untuk lihat gambiran lama 2014 & 2015. Lokasi: SJK Cina Nam Heng Masai Johor Malaysia.

Ahad pagi sudah berlarian ke sekolah cina anak lanang bocah cilik untuk mengambil buku penyata (baca, report book).

Untuk baca SCHOOL REPORT CARD COLLECTION DAY 2015, sila menconteng di SINI.
Untuk baca 南兴国民型华文小学 SJK (C) NAM HENG 2014, sila salin di SINI.

Tengahari sempat lagi berlarian ke Jalan Dhoby JB kerana isteri penulis (yang itu) sudah seminggu bergulingan hendak membeli roti buku oven tradisional dan karipap kambing paling sedap dan fofuler di Salahuddin Bakery. Penulis layankan sahaja. Terimakasih kepada blog Knizam | Karipap Kambing Paling Sedap & Roti Buku Oven Tradisional di Salahuddin Bakery | 1937 | Jalan Dhoby | Johor Bahru | Johor Darul Takzim | Malaysia. Kedai roti yang buruk dan klasik, tapi pelanggan memanglah ramai keluar masuk.



Usai beli roti yang isteri penulis idamkan, singgah makan tengahari di kedai mamak bersebelahan. Usai makan, tiba-tiba anak lanang bocah cilik ada bercerita yang dia kena buli di sekolah agamanya. Penulis pun apa lagi, berlarian lah pula di sebelah petang ke sekolah agama. Nasib baiklah ustazah kelas anak lanang bocah cilik itu muda, cantik dan jelita dan bertudung labuh pula. Maka sejuklah sedikit hati penulis.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Alisah and Hidayah (left or right?), his girlfriends and classmates of 2017, SJK Cina Nam Heng Masai Johor Malaysia.

Karipap Kambing Paling Sedap & Roti Buku Oven Tradisional di Salahuddin Bakery, No. 26, Jalan Dhoby, Johor Bahru, Johor Darul Takzim, Malaysia

Karipap Kambing Paling Sedap & Roti Buku Oven Tradisional di Salahuddin Bakery, No. 26, Jalan Dhoby, Johor Bahru, Johor Darul Takzim, Malaysia

Karipap Kambing Paling Sedap & Roti Buku Oven Tradisional di Salahuddin Bakery, No. 26, Jalan Dhoby, Johor Bahru, Johor Darul Takzim, Malaysia

Google maps location (jangan cakap wak tak payung) :

Jun 23, 2015

SCHOOL REPORT CARD COLLECTION DAY

Please move your mouse on top of the picture to see  last year (2014) against yesterday picture of the boy.

SEMALAM penulis telah mengunjungi sekolah anak-anak kandung penulis untuk mengambil kad repot sekolah mereka seperti tahun-tahun lepas. Di sekolah cina anak lanang bocah cilik penulis itu, peraturannya seperti biasa juga, ibu bapa penjaga mengambil nombor giliran untuk berjumpa dengan guru kelas. Di sekolah menengah anak lanang penulis yang bakal mengambil peperiksaan SPM tahun ini pula keadaannya berbeza. Tidak seperti selalunya, kali ini sekolah telah memberi peluang kepada murid-murid untuk membuat persembahan tentang tahap pencapaian masing-masing dihadapan kelas. Ibu bapa penjaga tidak perlu berbincang lagi dengan guru kelas. Cuma ibu bapa penjaga diberi peluang untuk menulis sebarang komen didalam borang yang disediakan.

Manakala anak wedok penulis pula masih menggunakan cara giliran siapa datang dulu, tanpa ada nombor giliran.

Cuma satu situasi biasa dimana-mana sekolah ketika ini apabila ada ramai ibu bapa penjaga membawa kereta masing-masing dan memarkir sesuka hati saja di hadapan sekolah sehingga mengganggu lalu lintas dan juga menghalang kereta yang hendak keluar dari parkir sebelumnya. Disekolah cina, mereka menggunakan sistem PA yang boleh didengar disemua kelas-kelas. Manakala di sekolah kebangsaan yang dibiaya penuh oleh kerajaan, guru bertugas terpaksa mencatit dalam buku nota dan terpaksa pergi dari satu kelas ke kelas yang lain bertanya (dengan sopan santun) tuan punya kenderaan. Sian kann. Kanns?

Blog bukanlah hakmilik kekal.









FALL INTO SLEEP IMMEDIATELY WITH HEAVY RAINSTORM & THUNDER SOUNDS

  Amasari Residence Resort @2024 Sabtu, 5 Mei 2024. Hari ini hujan turun dengan lebat anjing dan kucing. Tapi wak tidur kepenatan waktu itu....