Showing posts with label DURIAN. Show all posts
Showing posts with label DURIAN. Show all posts

May 1, 2017

PENGALAMAN HANTAR ANAK LATIHAN PRAKTIKAL DI UNIKL MICET ALOR GAJAH 2017

PLUS toll plaza | Alor Gajah | Melaka Bandaraya Bersejarah

Pagi2 tadi, Ahad 30 April 2017, penulis sudah berlarian menghantar anak lanang remaja ke Unikl Micet Alor Gajah. Ingatkan panas hingga ke petang, pagi2 lagi bila sudah daftar, boleh masuk ke bilik asrama awal pula.

Jul 2, 2015

KAK SUIDA GARANG | DURIAN RM2



KELMARIN petang masa penulis sedang memotong rumput di padang sekolah itu (ini ayat skema), ada rakan lama (pangkat abang) menelefon. Dia tanya kalau-kalau sekolah tempat penulis mencari rezeki sekarang ada kekosongan untuk jawatan pelukis pelan untuk anak perempuan beliau. Penulis katakan tidak pasti, kena bertanya orang yang bertugas di jabatan sumber manusia juga. Tapi penulis sempat bertanya kenapa tidak mencuba sekolah yang dia sedang bertugas? Dia menjawab, 'wak, dulu anak dara abe penah keje sini, tapi tak sanggup selalu kene marah dgn Kak Suida (bukan nama sebenar).'

Cerita lalat lain. Minggu lepas ada rakan setugas menawarkan durian dua hinggit sebiji yang dijual oleh persatuan orang orang surau tempat beliau menetap, nun jauh di Puchong. Memeylah penulis tidak percaya, harga murah tahap cipan kalau betullah kan. Jadi, penulis sudah pesan sepoh biji saja. Bila penulis bertanya tentang durian itu, beliau janji penghantaran kerumahnya hari ini. Tetapi bila penulis dah bersiap sedia dengan keris dipinggang, lori 1 tan, van buruk penulis itu, tiba-tiba isteri rakan itu pula memberitahu bahawa penghantaran sebenarnya pada minggu hadapan. Kuchivalah sedikit rasa hati penulis kerana terpaksa menunggu pula. Untuk mengubat rasa ke'kuchiva'an itu, maka penulis pun belilah durian 'musang king' tepi longkang dalam perjalanan pulang dari memotong rumput tadi (ayat skema lagi). Durian dalam plastik sudah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Mar 22, 2015

DURIAN PAHANG



KELMARIN teringin saya hendak mamam durian. Tetapi sekarang ini bukan musim durian, sebab itu harganya RM16 sekilo. Beli dua biji durian menjadi RM60. Nasib tidak baik pula, satu buah tak manis dan tawar rasanya.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

NONGKRONG KAT BAKO BAKO RESTO ALONE MATCHAM BIASA

  Bako Bako Resto Marina Island Lumut @2025 Ahad, 30 November 2025. Part III. Malam tadi berlarian ke rukan (rumah makan) Bako Bako Resto....