Please hover your mouse (or click if you use smartphone) to see Now and Then of me. |
Minggu, 30 Oktober 2022.
Prelude: Kenapa Harus Solo Traveling ke Ponorogo
Ponorogo Balik Kampung - The Journey Begins
Solo Traveler ke Solo Surakarta
Solo Traveler Rides to Candi Cetho and Candi Sukuh
Solo Traveler Dari Solo ke Jogja
Borobudur Sunrise
Jakarta - Ponorogo - Solo - Jogja - Jakarta in One Weekend
===========================================
3.00am sudah terbangun.
3.53am solat subuh.
4.15am keluar rumah untuk naik mobil mamat homestay ini ke Punthuk Setumbu. Sebenarnya dekat sahaja (4.5km) dari homestay. Boleh sahaja pesan Grabcar kalau mahu.
Tiba dikaki parkir ke bukit Setumbu. Kemudian bayar tiket masuk ke pusat wisata sebanyak 20rb. Terus berjalan kaki ke punthuk (puncak).
Tiba diatas bukit Setumbu. Dan menunggu matahari terbit dihujung2 awan yg tebal mahu hujan. Langsung tidak kelihatan Gunung Merapi.
Ada kejadian yg menyentapkan disini. Nantilah wak bercerita. Huhu.
Updated 1 (late). Ada cewekni yg standard agak tinggi. Setinggi Gunung Merapi. Masa amek2 gambar sunrise disini. Wak xkisah kalo cewekni tak mau bergambar dgn wak. Sampai bapak yg volunteer nak amekkan gambar pun dia ckp terang2 xmau bergambar kalo dgn wak. It's okay. Wak pun xkisah untuk mengelakkan fitnah ke apa. Sampai sanggup dia nak bergambar dgn mamat yg ada kamera dslr besar gedabak yg good looking itu. Cumanya wak terasa jugalah sebab tadi ckp terang2 depan2 bapak tu xmau gambar dgn wak! Kalo x mau pun jgnlah kecoh dan malukan wak dpn public kann., Haha - sebenarnya karma itu berlaku juga di candi Borobudur nanti ... ada cerita kat bawah.
Turun ke kaki bukit. Terus ke Candi Borobudur. Ini adalah kali kedua wak sampai ke sini. Tahun 2011 dengan anak lanang yg masih bujang masa itu.
Beli tiket masuk candi - 385rb (RM120). Harga tiket yg mahal banget dan "bapak gak bisa naik sampe diatas ya kayak jaman doloe." Berjalan kaki sehingga ke pintu gate utama dibuka. Dan kemudian memanjat anak2 tangga terus ke monumen candi yg besar itu.
Sebenarnya pemerintah mahu menaikkan harga tiket Candi Borobudur. Sekarang ini bagi pelancong tempatan dikenakan bayaran berikut. Usia 10 tahun ke atas: 50rb. Usia 3-10 tahun: 25rb. Rombongan pelajar/mahasiswa: 20rb (disertai surat pengantar dari sekolah atau universitas), Manakala tarif wisatawan mancanegara (pelancong asing) per orang: Dewasa: 350rb (385rb apaan nih??) dan Anak-anak: 210rb.
Adapun baru2 ini, tarif naik Candi Borobudur direncanakan akan naik jadi 750rb (rm226) bagi wisatawan dalam negeri dan 1,45rb juta (rm437) bagi turis asing. Tapi arahan Presiden Jokowi: Tarif Naik Candi Borobudur Batal Naik.
Turun ikut tangga dibelakang candi. Sebelum itu wak sudah tersilap turun ikut anak2 tangga di hadapan pintu masuk tadi. Pakguard sudah pekik2 suruh ikut pintu keluar dibelakang. Kemudian menapak dan punyalah jauh mahu keluar sebab terpaksa ikut kedai2 jual cenderamata. Tiada lagi penjual2 cenderamata yg menyerbu dan mengejar pelancong disini seperti zaman dulu2. Tetapi biasalah, makcik2 Indon itu akan terpekik2 memanggil ke gerai masing2 yg kebanyakkannya sama sahaja jualannya.
Tiba di hotel Borobudur yg dekat sahaja jaraknya dari candi Borobudur. Tidak sampai 500m. Mandi dan juga bincang dgn bis ekspres Sinar Jaya untuk wak naik bis di terminal Giwangan berbanding terminal Ponjong yg jauh dimata.
Kenapa wak boleh terbeli tiket bis yg bertolak dari terminal Ponjong itu?
Kisahnya sebab wak sudah terbeli tiket di Traveloka.com. Dalam keadaan kelam kabut dan mahu naik bis jam 12.00 sore wak pun tekan dan pilihlah mana2 bis yg akan sampai di Jakarta awal, ie 12.30am. Tapi indah khabar dari rupa. Bis yg wak naiki sore ini yg nyata tiba di stesen Kampung Rambutan jam 4.15am! Aduhai. Lesson learned - haruslah pilih terminal keberangkatan yg paling dekat dengan hotel hari itu.
Checkout hotel Borobudur itu. Dan bayar 300rb untuk penghantaran sunrise kepada mamat hotel.
Pesan Grabcar ke terminal Giwangan - 261rb. Sempat suruh pak supir singgah di Candi Mendut sekejap untuk tangkap gambiran. Meneruskan perjalanan ke terminal bis selama sejam.
11.05am Tiba di terminal Giwangan. Turun di kedai Indomaret. Beli sedikit jajan dan buah2an (nanas potong dan pisang). Kemudian singgah kedai minang untuk makan nasi campur. 38rb. Tapi kuah lemak isi perut ayam itu agak meloyakan. Harap2 tidak sakit perut didalam bis nanti.
Tunggu bis dari Ponjong yg sepatutnya bertolak jam 12pm. Lepak sahaja di depan kaunter bis disitu selama 2 jam. Baru kamu tahu perasaan orang terpaksa menunggu lama kerana kamu tidak pernah tepati masa!
2.05PM bis baru sampai. Terus naik bis. Bis meluncur ke Jakarta. Sebenarnya bis ekspres ini bermula dari Wonosari, kemudian ke Ponjong dan ke Giwangan sebelum merentas jalanraya ke Jakarta.
6.30pm tiba di kedai makan Sinar Jaya. Ada di berikan baucer makan gratis. Katanya setengah jam, siap makan siap solat tapi terpekik2 suruh orang naik bis segera.
10.58pm baru masuk jalan tol Pejagan. Ada 5 jam lagi baru tiba di PO Sinar Jaya Kampung Rambutan.
Bersambung ...
pov: jangan jadi orang penting di tempat kerja nanti susah nak cuti @2022 |
Candi Mendut, Borobudur and Pawon, all of which are Buddhist temples, are located in one straight line. @2022 |
good morning..subhanallah, cantik nya view ..
ReplyDeletepart jalan2 ni memang best la...
Apa jadi wak? buaian dan platform tu tempat wajib pergi tu. Comelnya owl! Seronok kan wak kerja dapat jalan jalan gitu.
ReplyDeleteRiang nampaknya main buaian tu haa... hahaa!
ReplyDeletealamak karma apa yg jadi Wak? 2 jam menuggu aduhai kematu bontot hehehe
ReplyDeleteHaha ..suka pesanan penaja (pov) Wak tu :D
ReplyDeleteApa pantang yg Wak langgar tu hehe...
Eh, mana pegi jambang wak?
ReplyDeleteLama gila x jejak borobudur ni.. Dah makin teratur ye.. Bagus xde org serbu soh beli souvenir. Klu x.. Serba salah je rasa klu x membeli hahaha
ReplyDeletemmg dh xde penjual souvenir mengejar kita pelancong sbb pihak kerajaan sudah sediakan byk gerai2 tersusun di sebelah candi borobudur dan kene berjalan menyusuri gerai2 yg agak jauh., huhuhu
Deletewaduh penatnya kene duduk dalam bas lama-lama wak, sakit tulang punggung. Mesti banyak kes misteri kan dalam candi tu, yelah dahla besar banyak patung2 pulak tu
ReplyDeletewahh..udah ke Jogja...nice view..
ReplyDeleteFuh mahal jugak ya nak masuk candi..rm120. Fikir banyak kali kalau saya nak masuk ni, kecuali ada orang belanja 😆
ReplyDeleteKarma? apesal plk tu wak oiii...giler mahal la nak pi Borobudur tu wak...120 mahal giler...
ReplyDeleteBanyaknya drama dan halangan.
ReplyDeletePak menteri sandi uno dok gila2 promote tempat wisata di Indonesia...betul!!! kalau entrance fee dah mahal..camno warga tempatan nak datang...sama la macam kat malaysia...berpatutan aja...
ReplyDeletemenarik dan cantik tempat ini...tak pelah walaupun mahal
ReplyDeleteAwalnya subuh di sana!
ReplyDeleteCantiknya gambar-gambar Wak. Anak saya pun tak nak jadi orang penting kat tempat kerja sebab alasan yang sama Wak..
ReplyDeleteomakk taktau pula harganya mahal sampai beratus gini. saalah satu sebab saya nak ke jogja ni nak pegi candi borobudur.
ReplyDeleteBoleh tahan mahal harga masuk Borobodur. tapi kalau saya, dah datang jauh-jauh pejam mata dan bayar je.
ReplyDeletePunthuk Setumbu ni macam dalam filem AADC di mana Rangga bawa Cinta ke sini.
ReplyDeleteBiarlah org tak nak bergambar wak... Janji kita ada harga utk .... Aapa apa lah hahaha
ReplyDelete