Oct 29, 2022

SOLO TRAVELER RIDES TO CANDI CETHO AND CANDI SUKUH

From Solo city to Gunung Lawu Karanganyar @2022

 Sabtu, 29 Oktober 2022.

Prelude: Kenapa Harus Solo Traveling ke Ponorogo
Ponorogo Balik Kampung - The Journey Begins
Solo Traveler ke Solo Surakarta
Solo Traveler Rides to Candi Cetho and Candi Sukuh
Solo Traveler Dari Solo ke Jogja
Borobudur Sunrise
Jakarta - Ponorogo - Solo - Jogja - Jakarta in One Weekend

Seperti yg dijanji wak siap tunggu diluar hotel jam 5am. 10 minit awal wak sudah keluar hotel. Mas supir datang tepat jam 5am.

Meluncur dgn kapcai ke pergunungan Gunung Lawu. Jalan yg berlubang2 dan tidak mulus membuatkan pantat (punggung) anda seperti dirobek2. Huhu.

Tiba di candi Sukuh yg wak sangka dibuka jam 7am. Tapi bila penjaga muzium dibelakang kata akan buka jam 8am. Terus wak ajak mas supir itu mencari sarapan pagi diperkampungan berdekatan.

Kemuning nama pekan berdekatan menuju candi Cetho. Kebun teh Kemuning yg baru2 ini viral. CCTV ladang menyiarkan sepasang kekasih remaja sedang mesum menikmati sup ludah dgn lazat dan enak. Wkwkwk. Link: Tindakan Tak Terpuji Di Ruang Publik.

Didepan pasar kemuning, kami singgah di warteg soto. Wak pesan soto nasi ayam. Air teh tawar. Untuk mas supir pun sekali wak pesankan. 

Kami berborak2 kosong. Mas supir ini muda lagi dan masih kuliah. Beliau sedang mengambil jurusan kaki palsu. Pertama kali wak mendengarnya. Bila ditanya tentang pembiayaan pengajiannya. Dia kata hasil usaha bawa Grab sahaja pak.

Apa Itu Ortotik Prostetik ?
Mempelajari dalam hal membuat dan memperbaiki ORTOSE (alat penguat anggota gerak) dan PROTESE (anggota gerak tiruan), mencegah dan mengoreksi kecacatan serta memperbaiki estetika dengan memandang manusia seutuhnya sehingga dapat hidup mandiri.

Sempat lagi wak guna toilet di pasar. Dan sempat lagi beli bawang putih dan spender XL 60rb.

Usai bayar makanan soto tadi. Wak terus kembali ke candi Sukuh. Olehkerana dibuka jam 8am, wak suruh mas supir pusing2 ke Tenggir Park dibelakang. Kemudian ke telaga Madirda.

10 minit ke jam 8am sudah tiba di loket untuk beli tiket masuk Candi Sukuh. Wak beli tiket 10rb dan diberikan sticker gelang tangan dan kain suci hindu tutup pantat (punggung, pinggul, pinggang).

Tidak lama wak didalam candi sebab kawasan yg kecil. Hanya ada 3 peringkat sahaja. Berbanding candi Cheto yg ada 13 peringkat (wak ada baca). Kebanyakan patung2 utama dalam candi Sukuh ini tiada kepala kerana diberitakan telah dirosakkan oleh warga tempatan yg beragama Islam pada suatu masa dahulu.

Dan ada beberapa patung2 dan objek2 lucah dalam candi ini. Tetapi tidaklah sebanyak dan sebesar objek2 erotis dan lucah yg lagi jelas di candi Cetho itu. Jangan salah faham. Bukan tujuan utama wak bersungguh2 datang kemari. #Harakmaklong.

Keluar dari candi wak suruh mas supir pulang dan kembali ke hotel Solo. Tidak sempat untuk ke candi Cetho yg agak jauh diatas gunung Lawu. Mahu kejar bis ke Jogja pula. Mas supir ikut sahaja.

Perjalanan pulang menaiki kapcai dgn jalan yg berlubang2, tidak rata dan tidak mulus selama sejam yg menyiksa pantat (punggung) dan tulang belakang. Telur pun jadi kematu. Huhu.

Sempat singgah semula di benteng Belanda Vanderburg yg tadi malam. Ambil gambiran sekali lagi.

Tiba dihotel wak mandi semula. Sementara mas supir tunggu di lobi.

Ooh sempat pergi ke kantor pos konon mahu mencari kartu pos (postcard). Tapi non ado.

Tiba di terminal Tirtonadi. Kan wak janji dgn mas supir pasal harga penghantaran iaitu 100rb sahaja. Bila wak kasi duit 150rb nampak ceria sungguh diwajahnya. Kemudian ditulis dalam mesej whatsappnya, "terimakasih bapak sekali lagi, selamat sampai tujuan, dan datang lagi ke kota solo pak." 

Bersambung ...




On the way to Gunung Lawu @2022
Candi Sukuh adalah candi bercorak agama Hindu yang terdapat di lereng kaki Gunung Lawu, Karanganyar. Candi ini terkenal dengan susunan patung dan reliefnya yang berbentuk vulgar.
Please hover your mouse (or click if you use smartphone) to see the photo.
arca yang digambarkan dalam posisi berdiri, tangan kiri memegang kemaluan dan tangan kanan memegang senjata


Candi Sukuh @2022

Candi Sukuh adalah candi bercorak agama Hindu yang terdapat di lereng kaki Gunung Lawu, Karanganyar. Candi ini terkenal dengan susunan patung dan reliefnya yang berbentuk vulgar.
Gunung Lawu @2022
Kota Solo aka Surakarta @2022

5 comments:

  1. Pusing-pusing sekitar candi.
    Gembira dapat upah lebih.

    ReplyDelete
  2. Wak pakai bersopan pun kena pakai kain tutup punggung ya. Nampak menarik Kota Solo. Cantik

    ReplyDelete
  3. cantik betul pemandangan sekitaran tu wak, sejuk je hijau di mana2... candi tu kira macam tempat suci mereka kan? tapi kenapa ada objek lucah yek wak? hmmmmm Betapa kerasanya hidup di sana kan, tapi bersungguh betul grab ojek wak tu sebab belajar dengan hasil menjadi grab tu ek

    ReplyDelete
  4. knape mcm x pemes je tmpt ni banding candi lain? mcm mn sebut cetho? cet-ho atau cetto?

    ReplyDelete
  5. Awal wak sampai. Ada jugak ye jurusan kaki palsu. Bagus supir ni cari duit lebih sambil belajar. Seronok dia dapat duit lebih. Permandangan sekitar cantik, kehijauan. Kalau datang ke sini memang kena bertutup lah gitu lah kan kiranya. Rasa seram kalau tengok rupa candi candi ni. Pelik rupanya.

    ReplyDelete

Comment at your own risk.

PENGALAMAN MENONTON PERLAWANAN AFC CHAMPIONS LEAGUE DI STADIUM SULTAN IBRAHIM JOHOR

  Selasa, 5 November 2024. Kelmarin pulang dari stadium Arena Sepaktakraw JB. Wak terus pesan tiket atas talian. Untuk tonton perlawanan bol...