Oct 13, 2022

GRAB VS GOJEK INI PERBANDINGANNYA

Gojek with rider, Jalan Kyai Maja @2022



 Khamis, 13 Oktober 2022.

Petang tadi memang cadang mahu ke plaza Blok M.
Wak mahu beli beberapa barangan kost di pasaraya Farmer's Market.
Tapi sekarang kan sudah musim hujan.
Bila buka apps Grabcar dan Gojek.
Dengan keadaan macet di kesemua arah.
Tiada supir yg mahu mengambil pesanan.

Kemudian wak tukar destinasi ke kost pula.
Secepat kilat pak supir Gojek terima.
Tidaklah terlalu lama menanti.

Bila pak supir Gojek tiba.
Kami pinta untuk dihantar ke plaza Blok M juga.
Pak supir ikut sahaja dengan harga tambang yg sama ke kost.

Tapi masalahnya dengan pemandu supir Grabcar dan Gojek disini.
Mereka jarang2 ada wang ceceran.
Terpaksalah sedekah 2 ribu 3 ribu.

Kalau wak seorang diri bolehlah pesan Grabbike.
Naik motor pakai baju hujan pun gapapa.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

7 comments:

  1. Teruk sangat ke macet dekat sana wak sampai mereka perlukan gojek atau grab dengan motor? Agaknya apa sebab utama macet teruk tu ye wak? adakah waktu pagi atau waktu balik kerja yg macet atau setiap masa? sila lah jawab soalan dana ni ye wak... kalau tak dana mogok hhahhahha

    ReplyDelete
  2. ooooo..mcm tu la plak, takpe la...anggap sedekah aje la ye

    ReplyDelete
  3. Kira keep the change paksa relalah ya Wak hahahaaa

    ReplyDelete
  4. sedap juga membonceng motor di tgh2 jem tu...

    ReplyDelete
  5. Jakarta..mana2 ceruk pun macet....pernah hampir lambat sampai airport sbb macet ni la

    ReplyDelete
  6. Hebat dah wak berbahasa Indo. Sana pun musim hujan jugak ye. Susah juga tu tak ada duit baki.Untung lebih mereka.

    ReplyDelete

Comment at your own risk.

JETI LAMA, BUKIT BELUNGKOR DAN SI BONGKOK TANJUNG PUTERI

  Ahad, 6 Oktober 2024. Kali terakhir ke jeti lama Sungai Rengit: 2017 & 2020 . Kali terakhir ke Belungkor: 2011 & 2012 . Pagi2 sud...