Oct 26, 2022

IT'S NOT MY LAUNDRY

Traffic jam in the morning @2022


Isnin, 24 Oktober 2022.
Jakarta Selatan, Pulau Jawa, Indonesia.

Malam tadi balik dari kantor dengan mgr EIN.
Membebel dia pasal laundry di kost.
Banyak baju2 mahal, tudung dan anak tudung yg hilang.
Sudah dilaporin pada kak Milla.
Tapi sehingga kini harapan agak tipis.

Bila sampai di kost.
Laundry wak yg sepatutnya dikembalikan semalam baru tiba.
Tapi termasuk sekali dalam bungkusan laundry bro FAR.han
Padahal kami hantar asing2.

Sebelum itu, wak ingatkan laundry yg diletakkan di tangga itu milik wak.
Wak angkut dan buka didalam kamar kost.
Rupanya bukan wak punya.
Wak pun hantar mesej dalam kumpulan whatsapp.

Wak pergi ke kamar FAR.han
Kami agih2kan pakaian.
Satu untuk kau, satu untuk aku.

Kami pun bengang dengan kedai laundry yg digunakan kak Milla.
Disebabkan disini tiada kedai2 dobi layan diri seperti di Masai.
Agak sukar untuk mendapatkan servis laundry terbaik.

Bila dikomplen pada kak Milla.
Dia bilang sudah 3 kedai dobi ditukarin.
Tapi tetap dapat tahap servis yg lemah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

This is not my laundry @2022

11 comments:

  1. Alamak..ghisauuu...boleh pulak tertukar dengan orang lain punya. Dah bertukar pun tetap service teruk.

    ReplyDelete
  2. nampaknya dobi yang swalayan tetap terbaik apabila berlaku kes begini

    ReplyDelete
  3. sepatutnya bg gantirugi baju2 yg hilang...

    ReplyDelete
  4. Wangi : Teramatlah ok
    Bersih : Mungkin tidak
    Tertukar pakaian: Perkara biasa (nasib kalau sama tempat)

    ReplyDelete
  5. risauuu kes macam ni tertukar beg laundry...dah satu kerja kita kena asingkan baju sendiri & baju orang...cam mana lah dorang buat business macamni...

    ReplyDelete
  6. Aduh streasnya kalau baju hilang. Tertukar orang kita kenal tak apa, ni kalau tertukar entah dengan siapa memang hampa nak dapat balik

    ReplyDelete
  7. Saya juga pernah Al-Amin Wak. Pas di solo, saya masukkan baju kotor ke jasa laundry sana. Trus pada hari mau balik ke Jakarta, kami ambil lagi lah ke laundry nya, tapi ternyata belum selesai. Terpaksa nunggu dulu, lagi mereka iron baju2.

    Trus setelah itu, datang lagi ke sana, dan ambil baju yg sudah selesai.

    Tak ada kami cek2 lagi. Sampe Jakarta baru dibuka. Ternyataaaaa, ada 7-10 baju punya orang lain 🤣🤣🤣. Kacaaaau lah laundry ya. Nak balik ke solo tak mungkin. Nama laundry nya pun tak ingat. Kecil soalnya, bukan laundry besar. Receipt yg dikasih hanya receipt biasa tanpa nama toko 😄. Sampai sekarang teringat bagaimanalah Yaa nasib si pemilik baju itu.

    ReplyDelete
  8. Geramnya kalau jadi macam nie kan Wak.. tak pasal-pasal hilang baju atau tertukar. Tertukar dapat balik tak apa lah juga.. kalau hilang terus, sabar je lah..

    ReplyDelete

Comment at your own risk.

PENGALAMAN MENONTON PERLAWANAN AFC CHAMPIONS LEAGUE DI STADIUM SULTAN IBRAHIM JOHOR

  Selasa, 5 November 2024. Kelmarin pulang dari stadium Arena Sepaktakraw JB. Wak terus pesan tiket atas talian. Untuk tonton perlawanan bol...