Balai Besar Wilayah Sungai (BBWS) Bengawan Solo @2022 |
Jumaat, 28 Oktober 2022.
Sambungan dari Ponorogo Balik Kampung The Journey Begins.
Prelude: Kenapa Harus Solo Traveling ke Ponorogo
Ponorogo Balik Kampung - The Journey Begins
Solo Traveler ke Solo Surakarta
Solo Traveler Rides to Candi Cetho and Candi Sukuh
Solo Traveler Dari Solo ke Jogja
Borobudur Sunrise
Jakarta - Ponorogo - Solo - Jogja - Jakarta in One Weekend
===============================
Turun di terminal bis Madiun yg sedang direnovasi. Tapi pemandu bis dari ponorogo tadi tidak masuk kedalam terminal, dan hanya turunkan ditepi longkang sahaja.
Berjalan didalam terminal. Masuk toilet dan solat dahulu.
Terus naik bis ke Solo = 60rb. Dipertengahan jalan ada berbincang dgn pemandu dan kelindan bas. Cadangnya wak mahu ke candi Cetho. Tapi kemudian terbatal kerana hari pun sudah sore. Takut tiada supir yg mahu menghantar ke sono. Dan masalah nanti kalau wak mahu terus ke bandar Solo.
Perjalanan didalam bas yg tidak dipenuhi orangramai. Kelihatannya hanya wak yg duduk dikerusi bahagian belakang. Pemandangan di sebelah kiri kelihatan Gunung Lawu seperti melambai2 mengajak wak datang ke sono. Gunung yg terletaknya Candi Cetho dan Candi Sukuh. Wak cubalah mengambil 2 3 gambiran gunung Lawu itu tetapi masa-elahnya problem. Sebab sentiasa ada halangan wayar2 listrik disepanjang jalan itu.
Tiba di terminal bis Tirtonadi Solo, wak jalan2 ditepian sungai Begawan Solo sebentar. Tiba2 terus teringat lagu Bengawan Solo nyanyian dan ciptaan Gesang Martohartono. [+ youtube]
Wak pesan grab bike mahu ke hotel. Adakah patut disuruhnya wak tunggu di jambatan keris yg agak jauh nun di simpang lampu trafik. Wak terus batalkan.
Grabbike yg kedua sampai juga akhirnya. Terus ke hotel berdekatan McD Slamet Riyadi. Dapat lagi bilik murahan berbanding kalau wak pesan dengan traveloka = 180rb.
Usai mandi, wak jalan kaki ke McD. Wak pesan double cheeseburger sudah. Hari pun masuk senja.
Dari luar mcD wak pesan Grabbike ke Jambatan Keris. Ambil 2 3 gambiran. Selepas itu wak suruh mat supir tadi hantar balik ke hotel. Tapi singgah di Benteng Belanda Vanderburg. Ambil 2 3 gambiran juga.
Dari benteng belanda tadi, wak dibawa mas supir meronda2 keraton. Tapi ada roadblock tidak boleh masuk ke satu bahagian kiri kraton. Adalah beberapa orang disitu mengambil gambar di depan keraton. Ada 2 orang petugas sedang duduk2 di meja disitu.
Tiba dihotel. Tapi sebelum itu sudah janji dgn mas supir motor untuk hantar wak esok pagi2 ke candi Cetho dan candi Sukuh = 100rb. Dia kata dia buat Grab secara separuh masa sahaja sebab dia masih belajar di kolej. Esok tiada kuliah, jadi tiada masalah untuk hantar wak jalan2. Wak sudah periksa kalau mahu sewa mobil dgn supir online perbelanjaan akan melebihi 300rb. Lagipun wak cuma pergi separuh hari sahaja.
Perbedaan kota Solo dan Surakarta.
Seiring perjalanan waktu, kemudian Surakarta yang merupakan nama dari sebuah keraton ditetapkan menjadi nama resmi kota administratif.
Sehingga untuk nama resmi, penulisan yang benar adalah Kota Surakarta. Sedangkan, nama Solo atau Sala adalah penyebutan populer atau yang umum di masyarakat. Jadi, kota Solo dan kota Surakarta itu adalah kota yg sama.
Bersambung...
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Alaaaa.... sambung2 pulak....
ReplyDeleteDriver ni asal boleh je kan.Suka hati nak turunkan dan nak ambik kat mana. Sabo je lah waak. Susah juga kalau pergi tempat terpencil yang ada transport kalau dah lewat. Cantik cantik gambar tangkapan wak.
ReplyDeleteTeringat lagu Bengawan solo
ReplyDeletemujurlah wak dapat saja solusi segala permasalahan hehehe
ReplyDeleteCantik gambirannya. Travel solo itu yang mudahnya. Pergi sahaja mana nak ikut suka
ReplyDeleteAdakah patut disuruhnya wak tunggu di jambatan keris yg agak jauh nun di simpang lampu trafik.
ReplyDeleteni kes dia mls nk buat u turn ke tu? adehhh
60rb 😅
ReplyDelete