Oct 27, 2022

KENAPA HARUS SOLO TRAVELING KE PONOROGO

After rains this morning @2022

Rabu, 26 Oktober 2022.

Prelude: Kenapa Harus Solo Traveling ke Ponorogo
Ponorogo Balik Kampung - The Journey Begins
Solo Traveler ke Solo Surakarta
Solo Traveler Rides to Candi Cetho and Candi Sukuh
Solo Traveler Dari Solo ke Jogja
Borobudur Sunrise
Jakarta - Ponorogo - Solo - Jogja - Jakarta in One Weekend
===================================

Prelude.
Wak pernah dengar dari orang2 tua keluarga wak dahulu asal usul keturunan dari Ponorogo. Tapi tidak pasti. Oleh kerana sudah sampai di pulau Jawa, mending wak pulang ke kampung itu.
Disclaimer. Pengalaman wak balik kampung ini tiada kena mengena dengan wak Zahid Ponorogo yg sedang sibuk berkempen menjelang pilihanraya ya. Harakmaklong.

Mode transportasi ke Ponorogo.
Ada 3 kaedah - pesawat, keretapi dan bas.
Setelah memeriksa dan menyelidiki kesemua kaedah2 transportasi itu.
Wak ambil pesanan tiket bas sahaja walaupun 13 jam perjalanan.
Pada wak yg penting ianya murah dan tepat menuju tujuan destinasi iaitu bandar Ponorogo.
Kalau naik pesawat 1 jam dari Jakarta akan turun di bandara (Solo) Surakarta atau New Yogyakarta.
Dari Surakarta atau New Yogyakarta, akan naik bas juga 3 jam ke Ponorogo.
Tambang tiket pesawat juga diluar bajet gitu.
Kalau naik keretapi akan turun di bandar Madiun.
Dan dari bandar Madiun akan naik bas juga ke Ponorogo.
Jadi pilihan terbaik dengan menaiki bas ekspres malam akan terus langsung ke sono.
Semoga kelapa wak tidak jadi mumet (pening) gitu.
Dan muga2 perjalanan wak ini dipermudahkan.
Aminn ya robbal alamein.

Pembelian tiket bas. Mula2 wak guna redbus, tapi masalah nak bayar guna kad kredit. Tiga kali mencuba tapi semuanya gagal. Jadi wak pilih traveloka. Gampang banget. Dulu pun wak pernah guna traveloka semasa pembelian tiket keretapi ke Bandung. 

Cerita lain lalat.
Pagi tadi sudah suruh mas riCKY belikan nasi uduk - 15rb x 2.
Sebelum itu wak ada teringin mahu beli singkong gorengan.
Tapi pakcik penjual gorengan itu memang parkir ditepi tong sampah.
Dan selalunya pada jam sebegini akan ada lori sampah tiba disitu.
Tidak tahan dengan bahu sampah yg menusuk kalbu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Google Map from Jakarta to Ponorogo @2022



On Jalan Kyai Maja @2022

 

On Jalan Kyai Maja @2022

12 comments:

  1. Semoga dipermudahkan urusan wak mengerat silatulrahmi

    ReplyDelete
  2. 13jam wak aduh capek. Wak sendirian atau berteman ke sana tu?

    ReplyDelete
  3. moga dipermudahkan urusan Wak & hati-hati ya Wak selama di sana.

    ReplyDelete
  4. Jauh dan lama perjalan wak tu. Balik kampung ye wak. Alang alang dah dekat tu kan. Kalau saya pun teringin juga nak melawat kg yang dikatakan asal usul dari sana.

    ReplyDelete
  5. Lumayan jauh wak..
    Apa kayaknya dari Johore ke Hatyai barangkali?
    hihihi

    ReplyDelete
  6. Kalau tak silap kita ada menteri asal ponorogo kan?

    ReplyDelete
  7. Jauh jugak tu naik bas sampai 13 jam. Kalau saya kurang gemar sebab susah nak ke tandas

    ReplyDelete
  8. Waaaak, saya pun belum pernah ke Ponorogo, Wak malah sudah Yaa 🤣🤣. Soalnya jauuuh memang. Kampung suami saya di solo. Tapi biasanya kami tak pernah singgah Ponorogo. Paling juga Jogja 😄.

    ReplyDelete
  9. Asal usul keturunan jawa wak WP pun dikhabarkan daripada Ponorogo

    ReplyDelete
  10. Saya pun ada juga sedara mara kat Indonesia, tapi tak tau bahagian mana. Jauh juga ya Wak perjalanan nak ke sana.. baca pun kesel dah..

    ReplyDelete
  11. kalau naik keretapi, tambang lg mahal atau lbh krg je dgn bas?

    ReplyDelete

Comment at your own risk.

WAK DAH TRY VIETNAMESE PEACH TEA KAT WARKOP KOPI SAIGON KAMPUNG BARU 2024

  Jumaat, 19 April 2024. Pagi tadi singgah di warung Mak Leha. Kampung Baru