Jan 15, 2017

PENGALAMAN MEMBELI KERETA PERODUA MYVI ADVANCE BAHARU

Johor Premium Outlets (JPO), Kulai

Semalam pagi, selepas menghantar pembantu rumah di Senai Airport untuk pulang terus ke kampungnya di Surabaya, penulis terus singgah di JPO. Tetapi kedai-kedai JPO belum dibuka lagi. Walaupun begitu, penulis dan isteri (yang itu) lepak-lepak sahaja di kafe Starbucks sambil berborak-borak kosong dan berbincang tentang hala tuju masa hadapan.

Dari JPO, penulis berlarian ke kedai pameran kereta Toyota di Saleng. Seperti yang dijangka, jurujual Toyota amatlah peramah. Isteri penulis pada mulanya berminat untuk membeli Toyota Vios. Barulah penulis ketahui beza antara model Vios J (RM76,500), G (RM89,800) dan TRD Sportivo (RM96,400).

Kemudian kami singgah di kedai pameran kereta Perodua bersebelahan Toyota juga. Tetapi jurujual di situ tidak bersemangat melayan kami. Mungkin melihat penulis berpakaian selekeh sahaja dia ingat penulis tidak mampu berhutang bank untuk membeli kereta Perodua agaknya.

Dalam perjalanan pulang, penulis singgah juga di Perodua Plentong yang terletak di hujung jalan yang sunyi. Penulis bernasib baik kerana jurujual disitu dapat melayan kami dengan baik. Kami pun mula bertanya beberapa model Myvi dari 1.3 Standard (RM40,862), 1.3 SE (RM52,968) ke 1.5 Advance (RM56,578). Akhirnya isteri penulis (yang itu) memilih kereta Myvi Advance. Jadi harapan penulis untuk menjadi pemandu Vios akhirnya ke laut.

Proses memesan Myvi amatlah mudah. Cuma perlukan salinan kad pengenalan, dan lesen memandu, serta wang deposit sebanyak rm500 sahaja. Salinan slip gaji boleh dihantar kemudian melalui emel sahaja. Jurujual menjanjikan penghantaran kereta akan tiba sebelum raya cina tahun ini. Jurujual juga berjanji boleh mendapatkan nombor pendaftaran plat JRY *** (3 digit, RM250) yang penulis idamkan.

Kenapa memilih Myvi, bukan Vios?
Itu kena tanya isteri penulis. Penulis kan cuma bekas pemandu Uber eh? Membandingkan Myvi dengan Vios bukanlah perbandingan epal dengan epal. Tetapi penulis telah memberitahu isteri penulis (yang itu) supaya janganlah pisang berbuah dua kali. Sebab dulu pernah isteri membeli CRV tetapi tidak sampai setahun sudah mahu tukar ke Viva pula. "Besar kete susah nak parking lah kanda," katanya.

Kenapa mahu membeli Myvi, walaupun Viva Elite masih ada?
Selama 4 tahun isteri (yang itu) memakai cikBibah pepel (Viva Elite) itu tiada masalah yang ketara. Cuma masa mula2 membelinya, lampu pandu isyarat tidak boleh mati secara otomatik walaupun sudah ditukar di bengkel servis Perodua Taman Cendana. Dan sekarang, isteri penulis bercadang mahu membeli Myvi kerana anak wedok penulis yang baru saja habis belajar dan sedang mencari kerja. Dengan cikbibah pepel diharapkan anak wedok penulis itu akan mudah mencari kerja nanti. Amin ya robbal alamin. Dan gara2 ingin membeli Myvi, makanya cikBibah pepel penulis itu pun merajuk sehingga sanggup melibatkan diri dalam kemalangan tempohari. Aduhai.

Warna Myvi yang dipilih?
Mulanya isteri (yang itu) amat berkenan dan termimpi2 akan warna kuning Bumblebee untuk Myvi baharunya. Tetapi jurujual memberitahu warna tersebut tidak lagi wujud di tahun 2017. Warna terdekat cuma warna oren madu yang tidak berkenan dihati isteri (yang itu) kerana sama dengan warna Myvi kawan satu opisnya. Jadi, setelah berfikir selama 13 minit, isteri (yang itu) telah memilih warna campuran biru (bodi) dan hitam (bumbung) seperti kereta mini cooper.

Akan bersambung...

Blog bukanlah hakmilik kekal.

JPO flower.

Starbucks at JPO.

Coffee time, Starbucks, JPO.

Toyota Vios.

Perodua Showroom, Plentong.

Myvi Advance gets a new look with two-tone colour, Electric Blue (body) and Ebony Black (Roof & Pillars).

No comments:

Post a Comment

Comment at your own risk.

PENGALAMAN MENONTON PERLAWANAN AFC CHAMPIONS LEAGUE DI STADIUM SULTAN IBRAHIM JOHOR

  Selasa, 5 November 2024. Kelmarin pulang dari stadium Arena Sepaktakraw JB. Wak terus pesan tiket atas talian. Untuk tonton perlawanan bol...