Jan 25, 2017

NAK BELI KERETA PUN PERLUKAN SURAT MASUK ISLAM



Pagi semalam penulis telah menghantar anak wedok tingkatan empat itu untuk membuat rayuan ke SM Teknik Johor Bahru. Bila penulis tiba diperkarangan sekolah, hujan renyai-renyai sahaja. Bila tiba dikaunter pejabat dan bertanya borang rayuan masuk sekolah, ahkak J kerani terkial-kial juga mencarinya. "Wak kena dapatkan pengesahan semua sijil dan dokumen ya, nanti dah siap leh datang sini lagi," kata ahkak J (bukan nama sebenar) yang tergesa-gesa hendak keluar dari pejabat. Tapi penulis masih samar dan bertanya ahkak J yang sudah membuka pintu pejabat untuk keluar. Mujurlah ahkak J kembali dan cuba terangkan pada penulis akan segala salinan dokumen termasuk salinan sijil haruslah mendapatkan pengesahan dari pihak sekolah anak wedok yang sekarang. Tiba-tiba abam kerani yang agak kanan (baca, senior) dalam kaunter itu menyampuk, "tak perlu pengesahan ni Wak, rayuan je kan?" Aiyah! Terperanjatlah juga penulis, tapi berasa lega sebab tidak perlu berlarian ke sekolah anak wedok dan kembali lagi semata-mata hendak memohon rayuan. "Tapi," kata abam kerani itu lagi, "asrama kami dah penoh. Kami boleh terima anak wedok wak ni, tapi kena berulanglah dari rumah." Itu masalah lain. Bayangkan kalau penulis mengikut kata ahkak J itu yang perlukan pengesahan dari pihak sekolah yang sangatlah jauh disana disana kemudian bila sudah dapat pengesahan dan kembali ke kaunter SM Teknik itu mendapat jawapan yang sama. Bengang kan?

Semalam tengahari pula penulis sudah menghantar isteri penulis (yang itu) ke Maybank Taman Suria untuk menandatangai surat perjanjian pinjaman kereta Myvi Advance yang baru ditempah kelmarin. Maybank Taman Suria ini hanya menguruskan aktiviti pinjaman kereta sahaja. Bila sudah dipanggil, isteri penulis kena tunggu lah pula lebih 40 minit untuk mereka mencari dokumen tersebut. Aiyah. Ingatkan bila mereka telefon dan suruh datang, kita cuma turunkan tandatangan sahaja. "Isteri wak ni kena bawak surat masuk Islam ya," kata mamat kaunter bank itu pula.

Nota lalat. Untuk baca entri Pengalaman Membeli Kereta Perodua Myvi Advance Baharu, sila senggol di SINI.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

No comments:

Post a Comment

Comment at your own risk.

BELAKANG RUMAH ADA KLCC 2024 DAN TOPI "BERAK" SEKARANG JADI TRENDING

Jalan Daud Kampung Baru @2024   Jumaat, 4 Mei 2024. Pagi sudah berlarian ke Jalan Daud. Wak cuba nasi lemak Kak Chuk. Tapi tiada lauk kerang...