Pagi-pagi Sabtu yang hening, selepas penulis menghantar kaum kerabat ke
sekolah cina untuk acara
merentas desa anak lanang bocah cilik, penulis terus berlarian ke
Tanjung Langsat. Tangkap gambiran satu dua petik sahaja, penulis pun berlarian ke
padang tempat penulis memotong rumput ini sebelum jam
delapan.
Updated. Citer lain lalat. Cepat kehadapan (baca,
fast forward)...
Tengahari, dari padang memotong rumput, penulis berlarian ke
dewan Taman Mawar atas jemputan kahwin
anak wedok rakan penulis.
|
Aisha and her new husband, Dewan Taman Mawar, Pasir Gudang, Johor. |
Petang, penulis telah berlarian menjenguk
rumah murah flat berhampiran
IOI Mall Kulai. Isteri ustaz, penyewa itu, sudah memanggil (baca,
call) dan mengadu kepada penulis bahawa
paip air pecah yang melibatkan rumah dibawah. Selepas itu, penulis berlarian singgah ke
lapangan terbang Senai bertujuan untuk periksa masuk (baca,
check in) guna
kiosk tiket isteri penulis (yang itu) dan anak lanang bocah cilik yang akan pulang ke
rumah panjang minggu hadapan. Kemudian makan malam di
restoran Marrybrown di situ. Usai solat disurau, penulis terus ke
Daiman Bowl Johor Jaya melayan anak lanang bocah cilik bermain
bowling sahaja. Gambiran dibawah kesemuanya diambil dengan
phone cap aiYam. ;)
Blog bukanlah hakmilik kekal.
|
Under the kolong, Block 6, Jalan Cendana, Kulai. |
|
Senai Airport, Johor. |
|
Daiman Bowl, Johor Jaya. |
|
Daiman Bowl, Johor Jaya. |
|
Daiman Bowl, Johor Jaya. |
No comments:
Post a Comment
Comment at your own risk.