Mar 26, 2017

NURSE INI SUNGGUH GARANG TAPI TIDAKLAH SEBIJAK MANA

This is the hospital cloth that my sister was wearing on the ICU bed. Warning: this is a restored image may not as sharp as you would like to see. OTL

Hari Ahad yang biasa-biasa.

Tengahari tadi penulis bersama anak lanang remaja itu sudah berlarian ke pusat bandaraya. Isteri penulis (yang itu) tidak ikut sebab ada temujanji dandanan rambut katanya.

Pertama, penulis tunjukkan jalan ke pusat servis Perodua Plentong untuk anak lanang hantar cikBibah pepel esoknya.
Kedua, penulis menziarah kakak penulis yang masuk ke wad ICU semalam kerana serangan jantung pula. Cerita mirikel sila meroyan di BAWAH.
Ketiga,  penulis singgah  di pusat belibelah yang hidup segan mati tak mahu itu untuk mengambil hardisk luaran (baca, external hardisk) yang baharu sebagai pengganti lama yang rosak dan masih dalam waranti.
Keempat, makan tengahari nasi ayam penyet di LC Catering Jalan Tebrau sahaja.

Untuk baca waktu lawatan Hospital Sultanah Aminah yang patut kau tahu, sila injek di SINI.

Pasal tajuk adalah berkenaan pasal lawatan penulis ke wad ICU tingkat satu di hospital Sultanah Aminah JB. Bila sudah sampai dikatil kakak penulis, kelihatan dua orang misi (baca, nurses atau jururawat) sedang berbual dalam bahasa yang penulis tidak faham. Punyalah khusuk mereka berdua berbual pasal kerja dan cara penggunaan alatan hospital agaknya sehingga penulis terpaksa menyampuk kerana ingin bertanya perihal keadaan kakak penulis. Misi yang jaga cakap, "wak ni sapa?" Penulis beritahu bahawa penulis adiknya. "Ahh, doktor boleh bagitahu situasi dan kondisi kakak wak ni pada suami dan anak2 dia saja," kata misi itu. Penulis beritahu suami dan anak2 kakak akan tiba sebelah petang. Kemudian penulis berdiri sekejap sebelah katil kakak yang agak uzur dan tidak boleh berkata-kata. Penulis tangkaplah gambar, tetapi tiba-tiba misi itu herdik belakang penulis, "wak kene padam gambar depan saya sekarang jugak!" Wak kata wak tak ambil gambar lagi, tapi misi tak percaya, membebel sebelah penulis, "wak tunjukkan galeri henpon wak saya nak tengok sekarang! Kita tak mau nnti ade aduan dan saman pasal gambar2 mcm nih!" Akhirnya penulis akur dan terpaksa tunjukkan juga gambar-gambar dalam henpon cap aiYam penulis dan padamkan gambar-gambar kakak penulis barulah misi itu berpuas hati dan terus pergi ke katil hujung disana. Geramlah juga hati penulis. "P*ndalela lah misi!," kata penulis dalam hati sahaja.

Selepas mengucapkan selamat tinggal pada kakak penulis yang lumpuh dan tidak boleh berkata apa2 itu, penulis berjalanlah ke parkir kereta dan tanya anak lanang penulis. "Senang je bah," katanya dan seterusnya menunjukkan cara-cara nak dapatkan semula gambar-gambar dalam folder gambar yang baru dipadam dalam henpon cap aiYam penulis ini. Kacang.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

No comments:

Post a Comment

Comment at your own risk.

FALL INTO SLEEP IMMEDIATELY WITH HEAVY RAINSTORM & THUNDER SOUNDS

  Amasari Residence Resort @2024 Sabtu, 5 Mei 2024. Hari ini hujan turun dengan lebat anjing dan kucing. Tapi wak tidur kepenatan waktu itu....