Showing posts with label PANTAI JOHOR. Show all posts
Showing posts with label PANTAI JOHOR. Show all posts

Jul 17, 2017

DANGA BAY SUNSET

Danga Bay sunset during dusk today | Gunung Pulai in the background | Johor 2017

Petang semalam penulis telah berlarian ke Pantai Lido aka Teluk Danga Bay beach. Kemudian ke pancuran air di perkarangan istana Bukit Serene dan akhir sekali ke pasar karat JB.

Untuk baca entri Jampong di Danga Bay 2013, sila merayap di SINI.
Untuk baca Perspektif Satu Titik Hilang di Danga Bay 2013, sila jentik di SINI.
Untuk baca entri Rumah Limas Pontian di Danga Bay 2011, sila petik di SINI.
Untuk baca Satu Titik Hilang di Jeti No. 4 Danga Bay 2011, sila laras di SINI.
Untuk baca entri konsert Jom Heboh 2008, sila menjoget di SINI.
Untuk baca Rumah Limas Johor di Danga Bay 2007, sila jenguk di SINI.



Nota rumah lalat.
1. Status jual beli rumah murah flat Kulai, kelmarin peguam beritahu pembeli, ia sudah mendapat kepastian bahawa pinjaman bank pembeli sudah diluluskan. Sekarang urusan pemindahan wang ke akaun penulis. Semoga dipermudahkan. Untuk baca Signing SPA and Getting 10% Deposit, sila semak di SINI.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Danga Bay sunset during dusk today | Gunung Pulai in the background | Johor 2017

Danga Bay Marina Club |  Johor 2017

Danga Bay silhoutte during dusk today | Johor 2017

Danga Bay sunset during dusk today | Danga Bay View restaurant | Johor 2017

Dataran Istana Bukit Serene | Johor 2017

Dataran Istana Bukit Serene | Johor 2017

Bazar Pasar Karat Johor Bahru JB | Johor 2017

Apr 24, 2017

LOKASI SEBENAR JETI LAMA SUNGAI RENGIT DAN MIRIKEL BERLAKU JUGA DIDEPAN MATA

Pantai pekan Sungai Rengit | Pengerang | Johor

Untuk baca entri Berpetualang ke Perigi Acheh, sila hunus senjata di SINI.

Sudah lama penulis mencari maklumat berkenaan jeti lama di Sungai Rengit ini. Berlarian petang Ahad tadi pun masih kabur dan tidak jelas akan lokasi. Ada yang bilang di Pengerang, ada yang cakap di Sungai Rengit, ada yang tulis di Pengelih. Pening pale wehh. Bila tiba di pekan Sungai Rengit pun masih berada di awang-awangan. Jadi, kata orang takut sesat, baik bertanya orang, kann?

Mar 26, 2017

KONG KONG: SKULL ISLAND 2017

Kong Kong Fishing Village, Masai, Johor, Malaysia.

Pagi-pagi tadi selepas Suboh sebelum fajar menyinsing, dan selepas menghantar anak wedok ke sekolah menengahnya, penulis pun apa lagi, berlarian lah ke jeti Kong Kong Laut. Alone matcham biasa.

Mar 11, 2017

KEBOSANAN MENCIPTA KELAINAN: SENIBONG SUNSET

Senibong sunset photography.

Petang tadi selepas memotong rumput untuk membeli beras dan sebongkah berlian, penulis sudah pun berlarian ke Kampung Senibong yang fofuler dengan makanan laut (baca, seafood). Tetapi penulis singgah sahaja di restoran Nasi Lemak Berlauk.

Dec 29, 2015

TAMAN NEGARA PONTIAN DITUTUP ATAS FAKTOR CUACA



HARI Natal kelmarin, penulis telah membawa tunang anak lanang kononnya mahu melawat Taman Negara Pulau Kukup dengan menaiki sampan lima hinggit. Tapi anak lanang diberitahu bahawa kemudahan pelancongan di pulau itu ditutup kerana sedang dinaiktaraf. Maka, penulis membawa mereka ke Tanjung Piai yang terletak bersebelahan sahaja. Tapi sungguh tidak penulis sangka, buah cempedak dah jadi nangka. Kerana Taman Negara Tanjung Piai juga ditutup bukan sahaja kerana sedang dinaiktaraf dibahagian hujungnya, tetapi tiba-tiba air pasang tinggi yang agak luarbiasa sedang berlaku sehingga menenggelamkan pejalan kaki.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

May 9, 2015

TANJUNG BALAU



KELMARIN penulis telah melayan anak lanang bocah cilik yang hendak bermandi-manda di pantai (baca: the beach) katanya. Penulis membawanya ke Tanjung Balau saja sudah. Ditengahari yang terik berdeting panasnya, memey boleh terbakar tembakau, atas dan bawah.


Blog bukanlah hakmilik kekal.







Feb 23, 2015

AIR PAPAN



KELMARIN saya sudah beriadah di pantai Air Papan pula. Kerana tiadalah perancangan awal, maka terpaksalah saya membeli tuala mandi, dan beberapa baju dan seluar basahan disana. Dan sekarang saya bercita-cita hendak membeli khemah pula untuk aktiviti beriadah dimasa akan datang.

Feb 20, 2015

BATU LAYAR



HARIRAYA Cina kelmarin saya mula-mula bercadang hendak ke Port Dickson, tapi bila masuk lebuhraya Plus di Tol Kempas dan Skudai pun sudah sesak (baca: bumper to bumper) dengan kenderaan. Jadi saya keluar terus ke Kulaijaya dan terus ke Desaru dan beriadah di pantai Batu Layar pun ramai juga orangramai.

Selepas beriadah, hendak membilas diri pun semua tandas dan bilik mandi pun tiada air. Tetapi, saya tidak menyangka juga di Masjid Bandar Penawar memang ada bilik air untuk bermandi. Alhamdulillah.













Feb 7, 2015

TANJUNG LEMAN




KELMARIN saya sempat lagi bersantai di tepian pantai Tanjung Leman. Tapi sebelum kesana singgah di Tanjung Sedili dahulu.













THIS IS THE END

Rabu, 31 Disember 2025. Jumpa anda di sana. Di SANA. Blog bukanlah hakmilik kekal.