Apr 24, 2017

LOKASI SEBENAR JETI LAMA SUNGAI RENGIT DAN MIRIKEL BERLAKU JUGA DIDEPAN MATA

Pantai pekan Sungai Rengit | Pengerang | Johor

Untuk baca entri Berpetualang ke Perigi Acheh, sila hunus senjata di SINI.

Sudah lama penulis mencari maklumat berkenaan jeti lama di Sungai Rengit ini. Berlarian petang Ahad tadi pun masih kabur dan tidak jelas akan lokasi. Ada yang bilang di Pengerang, ada yang cakap di Sungai Rengit, ada yang tulis di Pengelih. Pening pale wehh. Bila tiba di pekan Sungai Rengit pun masih berada di awang-awangan. Jadi, kata orang takut sesat, baik bertanya orang, kann?

Abang #1 (cuci kereta): ini jeti saya tahu ni Wak, 3 ke 4 batu arah ke sana (Pengerang), bukan Pengelih.

Jadi, penulis turutkan arahan dan petunjuk sehingga ke hujung jalan nak masuk ke kawasan projek Rapid hingga ke pintu masuk syarikat Dialog. Patah balik, tiba disimpang Projek Rapid yang penuh dengan pekerja Bangla. Singgah di kedai runcit juga ramai pekerja Bangla, bertanya lagi.

Abang #2 (kedai runcit): Wak, jeti lama ni ada tapi dh ade jeti baru sebelahnya kat dalam .. sekarang nak masuk kena pakai pass..

Hampa, bertanya orang pun masih sesat juga, maka penulis singgah kembali di pekan Sungai Rengit. Mungkin tiada rezeki. Jalan-jalan atas jeti kayu yang ada beberapa Bangla yang sedang duduk dihujungnya. Tiba-tiba, mirikel berlaku beb! Ternampak jeti tersebut nun jauh disana disana. Wah, walaupun tidak berapa pasti, usaha harus diteruskan walaupun sudah senja dan hampir gelap.



Usai katik gambiran di jeti lama itu, penulis singgah di Petron isi minyak ron95 berharga RM2.27 seliter (aduhai, sakitnya tuh disini.) Kemudian terasa hendak makan malam ikan bakar di warung tepi pantai, tapi ramailah orangramai pula yang sedang menunggu pesanan masing-masing. Nasib baiklah kembali ke kereta segera dan baru perasan kunci tertinggal didalam. Aiyah! Kalau tidak mungkin penulis kena pecahkan tingkap kereta pula. Mirikel kann?

Hari ini, Isnin, 24 April 2017 adalah hari cuti umum kerana Pertabalan Yang Dipertuan Agong yang baharu. Dan hari Israk dan Mikraj.

Blog bukanlah hakmilik kekal.









Pulau Cik Kamat on the background | Pantai pekan Sungai Rengit | Pengerang | Johor

Oh hi. Finally I found it!

Pantai pekan Sungai Rengit | Pengerang | Johor

Lokasi jeti lama Sungai Rengit (the google map location):

No comments:

Post a Comment

Comment at your own risk.

FALL INTO SLEEP IMMEDIATELY WITH HEAVY RAINSTORM & THUNDER SOUNDS

  Amasari Residence Resort @2024 Sabtu, 5 Mei 2024. Hari ini hujan turun dengan lebat anjing dan kucing. Tapi wak tidur kepenatan waktu itu....