Apr 13, 2017
HARAPKAN PAGAR, PAGAR PUN TAKLEH HARAP
Tadi malam, penulis telah menemankan anak lanang untuk memperbaharui paspot antarabangsanya. Selepas pulang dari bertugas, penulis pun berlarian ke UTC Kotaraya. Urusan selesai jam 9.15pm.
Pagi tadi, dalam jam 11.00am, anak wedok penulis yang baharu bekerja itu telefon memberitahu dia terpaksa ke pejabat KWSP JB (dekat Wisma Persekutuan) atas arahan jabatan HR untuk mendaftar nama dan mendapatkan nombor akaun baharu. "Kalo x gi skunk, nnti gaji x dpt bah," katanya. Bila sampai, di kaunter pertanyaan dan sedang beratur, ada abam pegawai ini kehulu kehilir bertanya dan cuba membantu pelanggan disitu. Bila diberitahu, abam pegawai kata, "ni tak perlu kaunter, buat kat kiosk saje, sekarang dah online." Penulis dan anak wedok layankan saja. Tapi bila anak wedok mencuba di kiosk sambil abam pegawai berdiri tercegat disebelahnya, adalah 5 minit disitu namun akhirnya sistem ada masalah. Sila ke kaunter juga. OTL. Jadi penulis dan anak wedok pun beraturlah semula untuk mengambil nombor giliran. Nasib baiklah juga tidak ramai orangramai ketika itu.
Bila tiba giliran, abam kaunter pula memberitahu masalah tidak boleh daftar atas line juga. Anak wedok sudah mula panik. Sebab cik HR suruh datang ke kaunter KWSP, tapi kaunter KWSP kata tidak boleh daftar sebab cik HR sudah daftar atas talian. Pening pale kan. Abam kaunter suruh anak wedok beritahu cik HR untuk telefon KWSP. Macam bola sudah jadinya.
Dipendek cerita. Petang semasa dalam perjalanan pulang kerumah dari pejabatnya, anak wedok beritahu bahawa cik HR dipejabatnya sudah telefon pejabat KWSP KL. Nombor akaun tidak diperlukan lagi. "Suka suki dorg je bah, menyusahkan btolla..." rungut anak wedok itu. Penulis nasihatkan supaya bersabar sahaja bahawa semuanya ini adalah pengalaman bekerja dan melayan kerenah birokrasi jabatan kerajaan adalah normal, manalah tahu anak wedok terpaksa lagi ke pejabat KWSP JB itu dimasa akan datang dan sekarang sudah tahu lokasinya dan bagaimana caranya membuat aduan di kaunter. Masa itu mungkin, ayahndanya sudah tiada.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PENGALAMAN MENONTON PERLAWANAN AFC CHAMPIONS LEAGUE DI STADIUM SULTAN IBRAHIM JOHOR
Selasa, 5 November 2024. Kelmarin pulang dari stadium Arena Sepaktakraw JB. Wak terus pesan tiket atas talian. Untuk tonton perlawanan bol...
-
Please hover your mouse (or click if you use smartphone) to see Now and Then of me. Minggu, 30 Oktober 2022. Prelude: Kenapa Harus S...
-
Good morning Jalan Panglima Polim IV @2022 Ahad, 4 Disember 2022. Amaran lalat. Entri ini agak panjang dan mengandungi banyak gambiran. D...
No comments:
Post a Comment
Comment at your own risk.