Showing posts with label CAMERA. Show all posts
Showing posts with label CAMERA. Show all posts

Apr 9, 2017

JOM ASAH SENJATA KE STADIUM ESOK MALAM



Minggu lepas, semasa tunggu sebelum masuk menonton wayang di Todays Market itu, penulis mengajak anak lanang penulis itu untuk ke stadium larkin. Tidak sampai 13 minit, anak lanang kata dia sudah tempah tiket. Tidak perlu lagi beratur berhimpit-himpit bertolak-tolak takut tidak dapat tiket. Bolasepak Johor sudah maju kan?

Pagi tadi, anak lanang sudah ambil tiket di stadium.



Esok malam bolehlah penulis menembak-nembak perlawanan bolasepak setelah berpuluh-puluh tahun tidak menjejakkan kaki ke stadium Larkin itu. Kamera Nikon lama penulis yang berzoom tinggi itu pun sudah bersawang dan berhabuk pula.

Jumpa kawan-kawan disana disana. Majulah sukan untuk FAM, erkk!

Blog bukanlah hakmilik kekal.





Nov 30, 2015

THE LAST CHALLENGE POST



Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Days left: 0/30
Post of the Day: 4/4

KELMARIN penulis telahpun mengambil Sigma lens kamera yang penulis hantar 3 minggu yang lepas.

Dan ini adalah entri terakhir penulis kemaskini untuk cabaran Daily Photo Challenge. Tiap-tiap hari penulis buat 4 entri selama sebulan membuat penulis pun kelesuan. Terimakasih penulis ucapkan kepada semua rakan-rakan yang sudi singgah-singgah, komen-komen blog penulis yang biasa-biasa sahaja ini. Semoga kawan-kawan penulis semua bergumbira. "Are you not entertained?"

Dan semoga kita bertemu lagi di bulan depan. InsyaAllah.

Berikut adalah Top Commentator bulan November 2015. Terimakasih juga kepada semua uooolss yang tidak tersenarai.

  1. iryanty ahamad (104)
  2. paridah (69)
  3. SalbiahM (62)
  4. nhhas (58)
  5. Jari Manis (49)
  6. nasa mulia (48)
  7. aizamia3 (35)
  8. Siti Nurzafirah (34)
  9. Farrah MF (30)
  10. Khai♥Rin : anies (28)
  11. Shamsiah Abdul Rahman (25)
  12. anis abdullah (25)
  13. Mrs. A (23)
  14. cinta (23)
  15. ainom OKje (22)

Nota lalat. Alfatihah untuk pelawak Yus Jambu, 39. Penulis teringat lawaknya dalam pertandingan Rajalawak 1 dulu, "pergi sabah naik basikal, naik basikal pergi ke sabah, ade ke munasabah & masuk akal, nak pergi sabah naik basikal?"

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Feb 12, 2015

PERIGI MENCARI TIMBA



WALAUPUN sekarang ini saya kurang aktif dalam bidang fotografi sebagai hobi, tetapi sudah lama saya teringin hendak membeli lens baharu kamera dslr saya itu. Mula-mula saya mengidam hendak membeli 50mm f1.4 (RM1500 - Canon, RM2900 - Sigma). Kemudian kedai kamera di Ampang Park menawarkan lens 50mm f1.8 (RM280 - Canon). Tetapi tiba-tiba ada kawan saya teringat ada kawan beliau yang mempunyai dua lens 50mm f1.8 yang sama dan sanggup menjualnya dengan harga rakan-rakan kasih sayang sebanyak RM150 sahaja. Nampaknya lens 50mm f1.4 itu terpaksa menunggu didalam senarai timba (baca: bucket list). Sila abaikan tajuk.

WHAT HAPPENS IF YOU WERE IN TRANSIT FLIGHT AND MISSED THE SECOND FLIGHT

  Leaving Batam Island of Riau Indonesia @2024 Rabu, 2 Mei 2024. Hari pengembaraan pulang yg agak mencabar. Dua hari lepas baru mgr AYU temp...