Showing posts with label AMPANG PARK. Show all posts
Showing posts with label AMPANG PARK. Show all posts
Nov 7, 2015
KEBOSANAN MENCIPTA KELAINAN: HULK & AMPANG PARK
Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 7/30
Post of the Day: 3/4
TIDAK lama lagi pusat beli belah Ampang Park yang popular disuatu masa dahulu akan dirobohkan dan diganti dengan yang baharu.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Oct 7, 2015
KARANGAN AUTOBIOGRAFI AKU SEBUAH BLANGKON
Selfie. |
HARI ini penulis akan menulis karangan budak sekolah tahap
Nama aku Blangkon. Tahun aku dilahirkan aku tidak ingat. Aku berwarna merah gelap. Yang aku ingat aku telah dibawa dari pulau Jawa Indonesia oleh pemborong Malaysia ke Pelabuhan Klang dan diagih-agihkan diseluruh semenanjung Malaya. Aku dan beberapa dozen rakan-rakan aku dalam satu bungkusan plastik telah dibawa ke sebuah kedai menjual pakaian di Jalan Masjid India. Nama kedai itu ialah Kedai Jahit Tampan Tailor yang terletak
di Arked TAR Lorong TAR, Kuala Lumpur. Nombor telefon kedai itu ialah 017-2646097 untuk rujukan sesiapa yang berminat membeli rakan-rakan lama aku.
Aku adalah blangkon, penutup kepala (topi atau songkok) yang dibuat dari batik dan digunakan oleh kaum lelaki sebagai sebagian daripada pakaian tradisional jawa. Ada beberapa jenis blangkon yang menggunakan bonjolan pada bahagian belakang blangkon. Bonjolan ini menandakan model rambut lelaki pada masa itu yang sering mengikat rambut panjang mereka di bahagian belakang kepala, sehingga bahagian tersebut tersembul dibahagian belakang blangkon.
Baru minggu lepas, ada seorang pakcik datang kekedai membeli 2 orang rakan-rakan aku. Dan semalam ada seorang lagi pakcik yang hensem, ganteng dan rupawan, yang selepas ini aku panggil Wak, datang ke kedai bertanyakan tentang aku. 4 jam sebelum itu, Wak telah menerima pesanan dari rakannya di Pulau Pinang untuk mencari blangkon yang pernah dibeli Wak di Jogjakarta beberapa tahun lepas. Wak telah menggoogle dan berusaha dengan penuh gigih yang mulanya mencari kedai Toko Indonesia (yang tidak wujud lagi) di Selangor mansion yang buruk itu. Selepas itu Wak ke Malayan Mansion pula tapi tidak ketemuan. Akhirnya secara tidak sengaja, Wak bertemu juga dengan kedai jahit Tampan Tailor itu. Wak sangatlah bergumbira dan berasa amat tampan sekali.
Pada mulanya Wak mencari blangkon yang biasa-biasa saja, bukan yang ada ekor seperti aku. Tapi aku lihat Wak pun tidaklah berminat lagi untuk berlarian ke hulu ke hilir ke Wisma Yakin atau memeriksa keseluruhan Jalan Masjid India itu, maka Wak pun terpaksa juga membeli aku yang punya ekor ini. Pada mulanya budak penjaga kedai itu memberitahu harga aku ialah RM35. Tapi Wak telah menawar sambil bergulingan dan akhirnya mendapat harga kasih sayang dari cikpuan taukeh besar tuan punya kedai dengan harga RM30 saja. "Oklah harga itu," getus hati Wak. Lagipun kalau dilaman sesawang harga blangkon biasa ialah RM35, dan blangkon ekor seperti aku ini ialah RM45, dan pos penghantaran pun sudah RM10. COD Klang dan Shah Alam saja katanya.
Setelah tamat urusan akad jual beli, aku telah selamat dibawa pulang oleh Wak untuk dihantar menggunakan pos laju keesokannya (hari ini) ke alamat rakannya di Nibong Tebal, Pulau Pinang itu. Pada malam tadi, tidaklah aku diusik oleh Wak dirumahnya. Aku dibiarkan saja terperap dalam plastik dalam beg galas Wak. Aku tengok Wak asyik bebenor updet blog poyonya sehingga begadang sampai larut malam.
Tadi pagi, aku telah diletakkan dalam kotak kasut lama Wak dan kemudiannya diselotep. Pada mulanya Wak ingat nak membeli kertas pembalut hadiah untuk dibalut kotak kasut lama itu. Tapi kebetulan Wak terjumpa kotak hadiah lama yang masih elok luarannya dibilik stor tempat Wak memotong rumput itu dan kemudian kotak kasut lama yang aku berada didalamnya disumbatkan kedalam kotak hadiah yang lebih besar itu. Selain aku, Wak juga menyelitkan sekali satu saputangan Bali yang cantik untuk rakannya itu. Memang cantik aku lihat saputangan batik itu, tapi Wak tidak pernah menggunakannya walaupun sudah lama terperuk dalam laci Wak. Sungguh bertuahlah aku dapat duduk bersebelah awek yang cantik sepanjang perjalanan nanti.
Semasa sessi pembungkusan kotak tadi, ada rakan Wak yang perasan dan memberitahu Wak yang beliau telah menggunakan poslaju semalam. Tapi beliau gunakan kotak prabayar. Wak kata sebab Wak dah bungkus cantik aku dalam kotak kasut dalam kotak hadiah itu, jadi Wak akan gunakan poslaju biasa mengikut berat.
Setelah selesai proses pembungkusan kotak, Wak siapkan sekali mengisi borang poslaju warna oren. Selepas itu Wak pun merempit terus ke pejabat pos untuk urusan penghantaran. Bila Wak bersama-sama aku tiba di Pejabat Pos Ampang Park, pintu pun baru dibuka dan ada beberapa orang pelanggan yang beratur mengambil nombor giliran dari mesin nombor giliran disitulah. Wak mendapat nombor 12 - tidak cantik sungguh nombor itu, kata hatiku, "tidak secantik dan seanggun nombor 777." Sementara menunggu nombor giliran dipanggil, sempat lagi Wak mengambil gambar bangunan Trillion dari tingkap kaca menggunakan iphone cap aiYamnya.
Beberapa minit kemudian, nombor Wak pun dipanggil oleh abe tingkap 4 dihujung sebelah kanan. Wak pun membawa kotak yang aku berada didalamnya kekaunter dan meletakkan dimesin penimbang. Tapi bila Wak tunjukkan borang poslaju yang Wak telah isi sebelum itu dipejabatnya, abe tingkap 4 kata pula, “Wak, ni borang lama, nah amek borang poslaju yang baru nih banyak2 simpan! Wak isi borang baru ni dulu, pas siap leh datang jumpa saya.” Wak pun akur saja, walaupun sudah selalu borang poslaju ditukar formatnya. Dulu warna oren saiz kecik yang susah nak isi kotak-kotak kecik dalamnya, pastu borang saiz besar sikit, sekarang kaler hitam pula. Wak pun mengambil borang poslaju yang baharu dan mengisinya dengan menyalin semula maklumat pengirim dan penerima di papan tempat menulis borang.
Bila usai mengisi borang poslaju yang baharu itu, Wak pun kembali ke tingkap 4 tempat abe tadi yang sedang melayan seorang makcik Filipino. Abe tingkap 4 mula-mula menyuruh Wak tunggu saja dahulu, tetapi kemudian menyuruh Wak ke ahkak tingkap 2 pula yang baru mulakan tugas. Ahkak tingkap 2 pun mengambil borang poslaju yang baharu dari Wak dan memberitahu harga pos ialah RM42.60. “AHDOIII,” wak jerit dalam hati. Menyesal pula gunakan kotak sendiri sebab kalau Wak gunakan kotak prabayar poslaju mungkin tak sampai RM20. Tapi Wak layan saja dan berikan duit RM50 sambil bertanya,’ahkak, berapa berat kotak saya tuh?” “Saya dah tengok timbang kotak Wak tadi, saya yang baca.” Kata ahkak tingkap 2 sambil pulangkan baki RM7.60.
Tapi hati Wak rasa gusar dan tidak tenteram pula, “berapa berat kotak tu kak? Rasa-rasa ada sampai sekilo tak?” Tiba-tiba ahkak tingkap 2 pergi semula ke mesin penimbang sebelah abe tingkap 4 itu. Dan bila kembali ke kaunter tingkap 2 semula, Wak tengok ahkak tu tersengeh-sengeh dan meminta duit baki pada Wak yang berjumlah RM7.40 tadi. “Silap tengok tadilah Wak, songkok je kan memang tak sampai sekilo“ katanya masih tersengeh-sengeh. Ahkak tingkap 2 pun kembalikan duit yang berjumlah RM42.60. Rupa-rupanya harga yang dinyatakan terbalik sebenarnya. Banyak beza tuuuh. "Mangkuk hayun cinabeng punye ahkak!" mencarut Wak dalam hati. "Mukin ahkak tingkap 2 itu ada krisis rumahtangga dengan laki dia tadi mlm kot, sbb tu tak fokus buat keje," getus hati Wak sendirian untuk mententeramkan keadaan.
Semasa entri ini ditayangkan, berkemungkinan besar aku masih dalam perjalanan ke Nibong Tebal dan akan bertemu dengan tuan punya yang baharu. Semoga dipermudahkan. Amin.
.. bersambung di blog Siti Yang Menaip ya! (*
Nota SEO lalat. blangkon area melaka
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Blangkon Jawa berekor, RM30. |
Left: Kedai Jahit Tampan Tailor; Right: The salesboy. |
Batik Bali. |
The new Trillion landmark view from Ampang Park. |
The new pos laju form. |
Sep 19, 2015
POCKY
KELMARIN dalam perjalanan untuk bersolat jumaat, penulis ternampak ada budak-budak jurujual mempromosi produk stik biskut Pocky yang popular ini di stesen LRT. Bila pulang dari surau Tabung Haji itu, penulis pun membeli 6 kotak dengan harga RM10 sahaja. Gadis jurujual itu berkata, "wak, beli 4 dapat percuma 2." Penulis tidaklah pasti samada harga itu betul-betul murah berbanding harga di kedai biasa. Tetapi tujuan penulis membelinya kerana teringatkan anak lanang bocah cilik (baca: anak lelaki) yang itu yang penulis sudah 2 minggu tidak berjumpa. Wehh, siapalah tidak sayang anak, tapi ada kan mak, kannns. ;p
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Feb 12, 2015
PERIGI MENCARI TIMBA
WALAUPUN sekarang ini saya kurang aktif dalam bidang fotografi sebagai hobi, tetapi sudah lama saya teringin hendak membeli lens baharu kamera dslr saya itu. Mula-mula saya mengidam hendak membeli 50mm f1.4 (RM1500 - Canon, RM2900 - Sigma). Kemudian kedai kamera di Ampang Park menawarkan lens 50mm f1.8 (RM280 - Canon). Tetapi tiba-tiba ada kawan saya teringat ada kawan beliau yang mempunyai dua lens 50mm f1.8 yang sama dan sanggup menjualnya dengan harga
Subscribe to:
Posts (Atom)
PENGALAMAN MENONTON PERLAWANAN AFC CHAMPIONS LEAGUE DI STADIUM SULTAN IBRAHIM JOHOR
Selasa, 5 November 2024. Kelmarin pulang dari stadium Arena Sepaktakraw JB. Wak terus pesan tiket atas talian. Untuk tonton perlawanan bol...
-
Please hover your mouse (or click if you use smartphone) to see Now and Then of me. Minggu, 30 Oktober 2022. Prelude: Kenapa Harus S...
-
Good morning Jalan Panglima Polim IV @2022 Ahad, 4 Disember 2022. Amaran lalat. Entri ini agak panjang dan mengandungi banyak gambiran. D...