KHAMIS. 10 September 2015.
Tengahari kelmarin penulis sudah merelakan diri untuk diambil darah berdekatan premis tempat penulis memotong rumput ini. Ini adalah pertama kali penulis menderma darah.
Antara soalan-soalan dalam borang yang harus diisi seperti:
* Hubungan jenis sesama jantina (homoseksual)?
• Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual)?
• Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial / pelacur?
• Bertukar-tukar pasangan hubungan jenis?
• Mengambil dadah secara suntikan?
• Menjadi pasangan hubungan jenis kepada mana-mana golongan di atas?
Hubungan jenis atau "kegiatan seksual" bererti:
(a) kegiatan seks yang biasanya melibatkan kemasukan mana-mana bahagian zakar ke dalam vagina, dubur atau mulut orang lain; atau
(b) kunilingus.
Penulis juga telah ditanya berulang-ulang tentang cukup tidur selama 5 jam, dan telah makan sebelum mengambil darah.
Proses pengambilan darah yang cepat dan mudah. 7 minit untuk mengisi borang, timbang berat, periksa jenis darah, tekanan darah dan pengisian maklumat. 13 minit untuk pengambilan darah dari vena di lengan tangan kanan. 7 minit masa bertenang.
Usai proses pendermaan darah, sebelum pulang menyambung tugasan memotong rumput, penulis dapatlah jajan biskut, air kotak milo dan sijil penyertaan.
Nota lalat. Updated. Petang tadi semasa penulis berlarian anak di atas pengisar injakan (baca: treadmill) di rumah merpati penulis itu, setelah 20 minit, tiba-tiba kepala penulis berasa hendak pitamlah pula. Tapi alhamdulillah, setelah penulis berhenti berlarian dan terbaring berehat di sofa, rasa pening sudah mula reda. Penulis ada terbaca, dilarang membuat aktiviti berat selama 12 jam selepas derma darah.
Blog bukanlah hakmilik kekal.