Semalam, penulis bersahaja gurau2 tanya anak lanang bocah cilik yang sekarang berada di Darjah 4 sekolah Cina seberang longkang depan rumah. Tinggal anak lanang ini saja yang masih bersekolah cina.
sangat panas = Hěn rè (很热) sangat sejuk = Hěn lěng (很冷)
Dan siang tadi penulis dapat emel dari rakan pen (baca, penpal) dari China. "Hello Wak, wo hen hao, your greetings are so sweet," katanya membodek membalas emel dari penulis kelmarin bila terima poskadnya.
sangat baik = Hěn hǎo (很好)
Nota miaow lalat. Anak kucing yang termasuk kedalam kereta rakan sekerja tempohari sudah ada perkembangan baik. Anak wedok remaja yang menjaganya. Untuk baca entri lama Pengalaman Menjaga Anak Kucing Baru Lahir Tanpa Ibu, sila mengiau di SINI.
Kelmarin, kereta aTok (kawan sekerja) dimasuki anak kucing (baca, kitten) semasa hendak ke tempat kerja. Baru perasan bila kereta sudah bergerak keluar dari kawasan rumah. Mula-mula anak kucing berada didalam tempat enjin dihadapan, kemudian aTok masukkan kedalam kereta. Bila tiba ditempat kerja, anak kucing sudah masuk ke dalam tempat penghawa dingin. Setelah bertungkus lumus keluarkan anak kucing dari tempat penghawa dingin, tiada siapalah yang ingin menjaganya.
Pagi tadi juga, penulis sudah membawa pulang anak kucing itu. Penulis serahkan saja pada kaum kerabat untuk menjaganya. Menjaga anak kucing bukanlah semudah yang disangka. Kucing kami, Leo The Cat, pula seperti tidak puas hati sahaja.