Oct 24, 2015

RUMAH AWANG ALAK BETATAR



SEBENARNYA sudah lama penulis hendak berhentikan motor kapcai dan menangkap gambiran istana hinggap Sultan Brunei di tepi Jalan Ampang ini. Hampir setiap hari kalau penulis tidak merempit dan menaiki lebuhraya AKLEH untuk bertugas memotong rumput, penulis akan limpas disini. Kata orang tua dulu-dulu, "tak dapat tengok orangnya, dapat tengok bumbung rumahnya pun jadilah." Haha, sepertilah penulis sedang bercinta dengan puteri bunian pula. Dalam hati siapa yang tahu.

Sultan Muhammad Shah merupakan Sultan Brunei yang pertama. Baginda memerintah Brunei dari tahun 1363 hingga 1402. Baginda merupakan pemerintah pertama Islam Brunei apabila menganut Islam pada tahun 1363 melalui perkahwinan dengan puteri raja Sultan Bakhei, pemerintah Johor-Temasik. Sebelum memeluk Islam, baginda dikenali sebagai Awang Alak Betatar. - rujukan dari Wikipedia

Nota lalat. Dan entri ini penulis tujukan khas kepada cikpuan Nooriahnaim, satu-satunya blogger dari Brunei yang selalu sudi singgah2 jenguk2 komen2 blog penulis yang biasa2 ini.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

No comments:

Post a Comment

Comment at your own risk.

WAK DAH TRY VIETNAMESE PEACH TEA KAT WARKOP KOPI SAIGON KAMPUNG BARU 2024

  Jumaat, 19 April 2024. Pagi tadi singgah di warung Mak Leha. Kampung Baru