Oct 12, 2015

SEPTEMBER 2015 TOP COMMENTATORS INTERVIEWS BY 3LALAT - QASEH ABADI



Ini bukan tag atau GA atau Blog Review.

Bulan ini, setiap hari Khamis dan Isnin penulis akan buat satu entri istimewa untuk kengkawan yg best-best itu. Penulis akan temubual rakan blogger untuk Top Commentator bulan September 2015 yg jauh dan dekat, yg selalu sudi singgah-singgah, jenguk-jenguk dan komen-komen blog penulis yang biasa-biasa ini.

Tanpa membuang masa, untuk hari Isnin ini, kita tengok siapa yg kena. Tidak lain dan tidak bukan ialah cik Qaseh Abadi (QA) yg punya blog ‘Syida Menulis‘ lah pula. Cik Qaseh Abadi aka QA aka Syida adalah blogger keempat yang penulis temuramah untuk segmen ini. Qaseh Abadi tu nama gedik2 ja letak masa bukak email dulu. Saja tak mau letak nama sebenar. Bila dah lama macam malas plak nak tukar. So biar jelah. Kalau ada nak panggil Qaseh ke Qaseh Abadi ke, QA ke ikut suka lah. Tapi penulis lebih selesa dan senang memanggilnya dengan panggilan manja 'cik Suida' pula. Blog Cik Suida: http://syidamenulis.blogspot.my/. Jom kawan-kawan, kita layan.

Q1. Cik Suida yang menulis ini sekarang bekerja sebagai apa?
Kerja kerani.

Q2. Berapa lama cik Suida sudah berblog? Blog cik Suida ini sebenarnya lebih kepada barangan Shaklee atau cerita peribadi?
Berblog dah setahun lebih. Lebih selesa kongsi hal peribadi. Shaklee pun yg mana tahu ja, biasanya lebih suka share vitamin yg I sendiri ambik. Sekarng ni macam kering idea sebab tu lama x share apa2 sal Shaklee..

Q3. Kenapa cik Suida mulakan blog? Dan kenapa masih memblog?
Lama dah minat nak berblog. tapi sebab kekangan macam2 jadi x start2.. bila mula ja macam xtau nak tulis apa plak, sebab tu awal2 dlu banyak je pasal Shaklee..

Q4. Cik Suida pernah terfikir untuk berhenti berblog? Kenapa?
Wat masa ni tak terfikir lagi, sebab seronok berkawan dengan blogger2 lain.

Q5. Masa pergi ketempat kerja, ada tak satu benda yang cik Suida selalu menyesal membawanya bersama?
Ada. Kunci kereta abah. Hahaha.. Matilah kena marah sebab bawak balik kunci kereta abah ke penang.

Q6. Kenapa tajuk blog ‘Sidah Menulis’? Kenapa tidak letak tajuk ‘Sidah Yang Menaip’?
Nanti sama plak ngan blog Siti Yang Menaip . Hehe..by the way SyidaMenulis k bukan Sidah.. huhu.. habislah nanti lekat plak naam sidah ni.. Tak sweet aarrr... HAHAHA

Q7. Ada tak tempat pelancongan atau sejarah dalam negeri Pulau Pinang (termasuk Seberang Perai) ini yang cik Suida belum lawati?
Banyak ja tempat yg I tak lawat lagi. I tak reti nak jalan sangat ditambah plak klu xdak kawan.

Q8. Pantun yang cik Suida suka dengar?
Pantun eh, macam tak dak.. Apa2 pantun je lah asal best.. Ok lah bagi juga satu
Pecah kaca pecah gelas,
Sudah baca harap balas.

Q9. Harga minyak naik dan turun pada awal bulan, kadang-kadang 10 sen, kadang-kadang 15 sen. Pernah terfikir tak kenapa tak naik sampai RM5?
Tak pernah terfikir. Minyak naik ke turun ka, tetap kena isi jugak. Tapi klu naik sampai RM5, memang jalan kaki laaa... HAHAHA

Q10. Cik Suida pernah menterjemahkan surat nikah dari selatan Thailand yang didaftarkan di Kedah. Adakah cik Suida pernah masuk ke Thailand atas apa-apa urusan?
Pernah sampai sempadan je lah, Kayu Hitam..urusan apa lagi kalau tak urusan shopping..:D

Q11. Banyaknya tip dalam blog cik Suida, tapi kenapa tiada tip mencari jodoh?Adakah ianya sesuatu yang merimaskan dan mengguris perasaan?
Nak bagi tips camna kalau diri sendiri pun fail bab tu (tutup muka malu).. Hehek..
I suka share benda yg I buat, kalau I x buat malas nak share sangat.. tgk lah nanti klu dah bertemu jodoh, boleh lah share.. HAHAHA

Q12. Pernah bergambar dengan ular sawa?
Tak . Dan tak kan buat...

Q13. Jarak bulan ke bumi ialah 384,400 kilometer. Berapakah pula jarak dari pejabat cik Suida ke Esplanade (Padang Kota Lama) Georgetown itu?
Dalam 40km kot..

Q14. Selain blog ‘Syida Menulis’ ini, adakah blog lain kepunyaan cik Suida?
Tak ada..

Q15. Kalau cik Suida memandu kereta my momot itu dilebuhraya, adakah selalu memandu dihadapan atau dibelakang lori?
Jauh dari lori.. Kalau lori potong biar dia pergi jauh2.. Kalau nak potong lori pastikan I lagi jauh.. hehe..

Q16. Kalau cik Suida ada duit dua puluh enam juta hinggit (RM26,000,000), apa yg cik Suida rasa akan lakukan?
Tak pernah terfikir kalau dapat duit banyak camtu.. Tapi kalaulah dapat kan, mestilah nak beli rumah, kereta, bukak bisnes, pergi haji masa muda2 ni..

Q17. Sekarang cik Suida single, kalaulah cik Suida sudah mendapat jodoh, pernah terfikir untuk menjadi suri rumahtangga sepenuh masa?
Ada niat juga.. Tapi tak kan dok saja..Kalau boleh nak berbisnes dari rumah.

Q18. Apakah bunyi atau suara yang cik Suida tidak suka dengar?
Bunyi nyaring sampai berdesing telinga.. Boleh sakit kepala kalau dengar lama2..

Q19. Adakah cik Suida kenal kumpulan Wali Band dari Indon, muka penyanyi tak kacak tetapi suara mantop yang menyanyikan lagu "ingat mati ingat sakit ingatlah saat kau sulit, ingat ingat hidup cuma satu kali"?
Tak kenal pun ahli2nya.. lagu2 tu tau lah jugak.. Hehek

Q20. Ada satu entri cik Suida berkenaan abah yang sedih terima hadiah jam tangan, dan cik Suida pun menaiki feri ke Langkawi sambil airmata mengalir laju ke pipi. Pernah tak cik Suida tempekkan gambar abah dalam blog?
Dekat FB pun jarang pos gambar family apalagi blog. I kurang suka pos gambar. Gambar diri sendiri tu boleh lah, tak payah nak minta izin siapa2.. Abah xsuka bergambar, biasanya gambar curi.. Tu yg payah skit nak dapat yg elok.. Huhu

Penulis mengucapkan ribuan terimakasih kepada cik Suida aka Qaseh Abadi aka Syida yang suka bersukan (baca: sporting) kerana sudi melayan temubual ini. Dan siapa pula yg bakal menduduki kerusi merah jambu diatas sambil silang kaki pada hari Khamis nanti? Penulis pun tidak tahu uooolss. Kita tungguuuuu.. ;-P

Blog bukanlah hakmilik kekal.

No comments:

Post a Comment

Comment at your own risk.

FALL INTO SLEEP IMMEDIATELY WITH HEAVY RAINSTORM & THUNDER SOUNDS

  Amasari Residence Resort @2024 Sabtu, 5 Mei 2024. Hari ini hujan turun dengan lebat anjing dan kucing. Tapi wak tidur kepenatan waktu itu....