Oct 3, 2015

TUGU NEGARA



KALI terakhir penulis melawat tugu negara ialah 8 5 tahun yang lampau, pada 30 November 2007. (Updated. Tarikh terakhir pada 30 Disember 2010.) Seingat penulis, ada upacara menurunkan bendera setiap petang pukul 6.30 dengan tiupan trumpet, seperti di Tugu Peringatan di Melbourne juga.

Petang kelmarin selepas tugasan memotong rumput, penulis telah merempit ke Tugu Negara kerana ingin merakam gambiran acara menurunkan bendera itu. Penulis tiba dipintu masuk tugu sepuluh minit sebelum pukul 6 petang. Sempat lagi penulis mengambil gambar bersama-sama beberapa orang pelancong asing yang ada disitu. Tepat jam 6 petang, ada mamat jaga pagar yang menaiki motorsikal membunyikan hon motorsikalnya menandakan pintu pagar akan ditutup segera. Tetapi penulis masih tidak keluar kerana menunggu upacara penurunan bendera.

Pada mulanya penulis ingatkan ada 2 orang askar, tetapi bila jam menunjukkan pukul 6.20 penulis perhatikan hanya seorang askar sahaja yang membawa tangga untuk menaiki ke tugu dan menurunkan bendera. Tiba-tiba abang askar tanya penulis dari atas tugu, "wak, jam wak sekarang kol brape?"

"4 minit lagi kol 6.30," jawab penulis. "arini takde trumpet ye?" tanya penulis pula.

"ahaa, trumpet takde arini, mamat yang bertugas ada task lain," jawab Shah, askar itu sambil beliau sentiasa membelek-belek jamtangan beliau. Dan tepat jam 6.30 beliau pun menurunkan bendera ditiang itu. Penulis hanya tunggu dibawah kerana ingin bergambar dengan bendera jalur gemilang, tetapi disebabkan jalur gemilang tidak dilipat cantik, maka penulis hanya bergambiran dengan askar itu saja. Dan askar itu pun sungguhlah bersukan (baca: sporting).

Dan bila penulis hendak keluar di pintu utama yg sudah diletak mangga, kelihatanlah mamat jaga tadi sedang menunggu dengan muka ketatnya.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

















Updated. Ini gambar askar meniup trumpet kali terakhir penulis tiba pada 30/12/10:

No comments:

Post a Comment

Comment at your own risk.

BELAKANG RUMAH ADA KLCC 2024 DAN TOPI "BERAK" SEKARANG JADI TRENDING

Jalan Daud Kampung Baru @2024   Jumaat, 4 Mei 2024. Pagi sudah berlarian ke Jalan Daud. Wak cuba nasi lemak Kak Chuk. Tapi tiada lauk kerang...