Aug 29, 2015

JAM TAWAF | POLVORON



KELMARIN jam tangan tawaf, yang pusingan jarumnya terbalik mengikut arah lawan jam biasa, telah diterima oleh rakan sekerja penulis juga. Beliau memesan diatas talian dengan harga RM159. Terimakasih penulis ucapkan kepada Zek, model rakan sekerja diatas, tetapi beliau bukanlah pemilik jam yang sebenar.

Tetapi selain kebaikan saintifik dalaman yang ditulis oleh penjual jam tawaf tersebut seperti orang menjual ubat sensei sahaja bunyinya, penulis tidak nampak kebaikan luaran yang ketara. Walaupun cantik rekaannya, unik dan modern, namun tulisan nombornya agak sukar dibaca (warna biru berlatarbelakang warna hitam). "Ini semua bida'ah. Nabi dulu pun tak penah pakai jam," kata rakan penulis, si wak ustaz poyo itu.


Nota lalat terkini. Rakan penulis hendak menjual tawaf itu. "Besar dan berat," katanya.

Cerita lain, penulis berterimakasih kepada rakan sekerja, awek Filipina, yang memberikan satu makanan dari Filipina dipanggil Polvoron, rasanya seperti sagun kelapa sahaja.

Nota lalat lain. Jumaat 28 Ogos 2015. Petang jumaat selepas bertugas seperti biasa penulis ke TBS dan terus ke kaunter City Ekspres untuk membeli tiket. Jam pukul 6.10pm. Biasanya ada tiket bas pukul 7 petang, tapi petang itu ramailah pula orang dan tiket ke Johor Bahru hanya ada jam 12 tengahmalam. Penulis terlupa atau tidak endah agaknya sebab hujung minggu itu bukankah cuti panjang sempena cuti Hari Kebangsaan pada hari Ahad pula. Mula-mula penulis ke kaunter tiket utama, tapi penulis mengubah fikiran, penulis ke kaunter City Ekspres yang tadi dan setuju untuk membeli tiket ke Johor Bahru pada pukul 12 tengahmalam. Tiada bas ke Masai pada malam itu. Tapi awek kaunter itu bilang dia ada satu lagi kerusi kosong bas jam 6 petang kerana ada pelanggan yang memesan masih tidak sampai. Jadi dijualnya tiket itu dengan harga biasa untuk ke Masai dan penulis mendapat tempat duduk bujangan lagi (single seat). Alhamdulillah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



No comments:

Post a Comment

Comment at your own risk.

FALL INTO SLEEP IMMEDIATELY WITH HEAVY RAINSTORM & THUNDER SOUNDS

  Amasari Residence Resort @2024 Sabtu, 5 Mei 2024. Hari ini hujan turun dengan lebat anjing dan kucing. Tapi wak tidur kepenatan waktu itu....