Aug 24, 2015

BLOGGER INSPIRASI | JOE BANGLA

"Burung pulang petang," AEON Permas Jaya

MINGGU kelmarin masa dalam bas, penulis terjumpa satu blog yang penulis blog itu pernah tinggal di Amerika (2000) selama 10 tahun, akhirnya ditangkap (2010) ditahan dipusat tahanan Buffalo dan dihantar pulang ke tanahair. Sekarang beliau menanam kacang saja di kampungnya di Pahang (2015). Kisah terkini beliau sedang menguruskan projek rumah peranginan di Cherating. Itu semua ada dalam blog dan FB beliau:

Kisah terkini (2015) bersambung di sini : Keeping The Dream Alive 
Kisah 2010 di pusat tahanan Buffalo: Kisah Seorang Banduan
Kisah semasa aku di US (2000-2010) : Dendam Perantau
Twitter: https://twitter.com/A_Changed_Man
Facebook: A Changed Man
Updated: 21 Oct 2018, blog Keeping The Dream Alive (abangtam) sudah 8 bulan aktif semula. Demm.

Walaupun blogger (abangtam) itu telah lama menulis dalam blognya, hanya minggu lepas penulis baru mengetahui dan kagum dengan kegigihan dan kecekalan beliau mengharungi hidup diperantauan dan ditangkap polis (pihak imigresen). Blog yang berbentuk diari harian yang sungguh terperinci dan membacanya seperti kita berada ditempat beliau di New York dan juga didalam tahanan di Amerika.

joe bangla in NY
Kelmarin setelah diluluskan (baca: approved) di mukabuku, penulis sempat bertanya kepadanya tentang berkemungkinan kisah hidup beliau selama ini dibukukan saja. 'Tak.tak nak jadi popular.I can't handle fame', katanya. Penulis ada juga meminta untuk berjumpa tetapi beliau tiada memberi sebarang respon apa-apa setakat ini. Mungkin beliau sedang sibuk menyiram kacang atau sibuk dengan memorex dan forexnya.

Dan setakat hari ini, penulis masih belum dapat menamatkan pembacaan blog beliau kerana terlalu banyaknya entri-entri yang terkebelakang. Satu lagi yang penulis perhatikan, bila membaca blog beliau, mata penulis akan berpinau apabila melihat tetingkap warna putih yang lain disebabkan blog beliau ditulis dengan tulisan putih berlatarbelakangkan warna hitam. Penulis agak mesti penulis blog tersebut pernah belajar matapelajaran 'psychology'.

Dan rentetan dari kisah beliau ditahan di US, penulis telah sengaja menonton beberapa wayang (baca: youtube full movie) yang berkaitan tentang pati (baca: bangla, illegal immigrant) yang penulis jumpa dan layan seperti 'A better life', dan 'Frozen River', dan 'The Visitor'. Abangtam juga mengesyorkan 'Film the Untouchables Intouchables, film perancis, ITU sebijik mcm kisah masa aku jga org kaya (yahudi) yg cacat dulu tu. Film Sin Nombre, best gak.film Dari south america', katanya lagi dalam wajah buku.

Updated. 4/9/15. Jumaat. Penulis masih membaca blog beliau setiap hari. Sekarang ini penulis sudah tiba entri beliau bekerja di kedai cuci pakaian (laundry) selepas berhenti kerja di KFC. Entri beliau bekerja di Florida pula penuis belum berjumpa.

Updated. 14/9/15. Penulis masih membaca blog beliau. Dan baru terjumpa cerita beliau di Kosmo Ahad di SINI dan mirror. Satu lagi, penulis bila buka blog beliau, Keeping The Dream Alive, dan setiap kali baca entri terbaru akan kedengaran lagu Deep Purple, Soldier of Fortune. Kebetulan (persamaan?), penulis dulu pun pernah letak lagu (youtube) autoplay juga dalam blog yang lama. Sekarang pun penulis suka mendengarnya.


Updated. 16/11/15. Penulis dah lama tak membaca blog beliau. Cuma bila kadang2 teringat, penulis pun punya citarasa yang sama tentang lagu video yg ada dalam blog itu - 'Soldier of Fortune - Deep Purple'. Kebetulan saja kan?

Updated. 6/12/15. Blog Keeping The Dream Alive telah ditutup. Laman peribadi FB beliau pun telah ditidakaktifkan.

Nota lain lalat. Pasal gambar Aeon diatas, penulis singgah untuk jamuan malam di Sushi King bersama kaum kerabat saja. Penulis pesan untuk pertama kalinya Mixed Bento (deep fried salmon and chicken with spicy sauce and mayonnaise served with edamame salad, crabstick and fried fish cake. RM14.90, 1035 kcal).

Blog bukanlah hakmilik kekal.






No comments:

Post a Comment

Comment at your own risk.

PENGALAMAN MENONTON PERLAWANAN AFC CHAMPIONS LEAGUE DI STADIUM SULTAN IBRAHIM JOHOR

  Selasa, 5 November 2024. Kelmarin pulang dari stadium Arena Sepaktakraw JB. Wak terus pesan tiket atas talian. Untuk tonton perlawanan bol...