Spa Bekam ar-Rayyan @2022 Cheras |
Ahad, 18 Disember 2022.
Wak sudah lama dengar manfaat bekam dari rakan2.
Katanya bekam membuat badan segar dan bisa mencegah berbagai penyakit.
Jangankan tertarik, melihat badan ditusuk-tusuk jarum hingga berdarah saja wak sudah ngeri membayangkannya.
Bulan lepas kan wak sudah terkena asam urat yakni gout.
Walaupun sudah pulih, yakni buku lali tidak sakit lagi.
Tapi rasanya ianya akan datang kembali. Huhu.
Semalam sudah buat temujanji dengan klinik bekam Ar-Rayyan itu.
Jam 10 pagi sudah tiba di klinik lantai satu.
Urusan pendaftaran yg mudah.
Berikan mykad dan tunggu sebentar.
Pilihan seluruh badan 22 cup (cawan) dipatuk rm150.
Kalau badan sahaja cuma 15 cup rm100 sahaja.
Kemudian diperiksa tekanan darah guna alat pengepam tangan itu.
Bacaan tekanan darah ialah normal.
Selepas itu, dibawa ke kamar bekam yg kecil tanpa nombor.
Disuruh tanggal baju dan seluar.
Pakai kain pelikat yg disediakan.
Berbaring tengkurap diranjang itu.
Banyak yg diborakkan dengan bro NDI.
Kaedahnya guna jarum, bukan pisau.
Risiko memang ada.
Mula2 disapu dibelakang badan tempat dicucuk jarum.
Sapu dengan minyak gamat katanya.
Kemudian ditekap dengan cawan bekam dahulu beberapa minit.
Terasa ketat kulit badan.
5 minit kemudian, baru proses mencucuk jarum.
Satu tempat cawan dicucuk jarum yg sama - guna pen jarum.
Adalah beberapa cucukan jarum didalam kawasan cawan bekam itu.
Kemudian ditekap cawan bekam lagi.
Bagaimana rasa bila dicucuk jarum bekam?
Rasa seperti naik motor dalam hujan lebat.
Begitulah perasaan bila ditusuk2 air hujan yg tajam.
Tunggu 5 minit.
Proses diulang 2 kali.
Kesemua proses mengambil masa kurang lebih 45 minit.
Jam 11.05 sudah keluar dari klinik.
Pasca nota bekam lalat.
Selepas dibekam, hanya terasa sengal2 di lengan.
Tiada perubahan rasa yg ketara sangat.
Mungkin wak akan datang kembali berbekam.
Atau mungkin tidak.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
No comments:
Post a Comment
Comment at your own risk.