KFC Chicken Combo 47rb (RM15) Blok M Square @2022 |
Senin, 14 November 2022.
Hari ini tertinggal uang dalam seluar jeans di kost. Wak pergi Plaza Blok M dan naik lantai 3 sebab mall masih tutup. Cuba keluarkan uang di mesin ATM CIMB. Tapi cuma had limit 1,5juta dan akan dikenakan caj rm12 per transaksi.
Catatan. Hutang nasi uduk dgn bro asyRUL. 44rb.
Petang dari kantor. Wak pesan Grab bike ke MAYBANK. Tapi titik GPS MAYBANK tidak ketemu dalam apps Grab. Wak pilih bank BNI Santa. 11,5rb. Oleh kerana ada jalan sehala dihadapan terpaksa mamat supir ikut jalan tikus.
Nota lalat.
Pertukaran uang. 3juta rupiah = rm933. Yakni, 1juta rupiah = rm311.
Usai keluar kan uang. Wak tengok mamat supir masih dalam talian dan dia masih parkir disitu. Wak tak boleh pesan Grabbike baharu untuk pulang ke kost. Dia masih disitu. Wak tanya, dia kata baru tukar hape. Tapi dia kata boleh hantar wak - 12rb offline. Tengah Jalan wak mahu dia hantar ke KFC pula.
Cerita lain lalat.
Punca sakit sendi buku lali paling sering terjadi adalah kecederaan, penuaan sendi atau arthiritis. Dalam bahasa Melayu, ada macam-macam istilah yang digunapakai antaranya terseliuh, salah urat, tergeliat, terpelecok, keseleo. Buku lali terseliuh adalah sebab paling sering keluhan orang datang ke klinik dengan sakit buku lali.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Wak banyak jalan.
ReplyDeleterm15 ada itu je wak? ayam seketul je mahalnya kfc dekat situ.... tengah piikir apa kenyang ke wak. Wak banyak berjalan kot dekat jakarta tu yg sakit buku lali ku
ReplyDeletemoga cepat sembuh makan ubat n sapu minyak urat
ReplyDeleteGet well soon
ReplyDeletebanyak sangat jalan tu. Wah, KFC di sana masih pakai pinggan. so rare
ReplyDeletesemoga ceput sembuh wak, kena banyak rehat jugak
ReplyDeletewak nanti tuam buku lali dengan ais kena banyak berehat atau nanti wak berjalan guna tongkat untuk elak tekanan pada buku lali
ReplyDeleteSapu minyak panas wak...seketul je Rm15 aduhaiiii
ReplyDeletesapu minyak nanti masuk angin.. KFC sana masih pakai plate. haha
ReplyDelete