Nov 13, 2022

HAUSE ROOFTOP JAKARTA SUNSET

Jakarta city during blue hour @2022

 Ahad, 13 November 2022.

Ini adalah entri kedua untuk hari ini.
Sebab pagi tadi wak sudah berlarian ke Tanah Abang.
Link: Nasi Lemak Malaysia dan Tanah Abang.

Minggu lepas kan wak sudah berlarian ke Peron Skycafe.
Untuk tangkap gambiran senja juga.

Petang tadi, dalam jam 4.40pm.
Wak pun berlarian ke Blok M Square terminal.
Mahu naik bis nomor 1 ke pusat bandaraya.

Boleh pula ternaik platform yg untuk penumpang turun.
Sudah rugi 3,5rb (RM1) walaupun mamat penjaga antri cuba menahan tadi.

Dari Blok M wak turun di halte Tosari 2.
Sepatutnya wak turun di Dukuh Atas 2.
Tapi halte Dukuh Atas 2 sedang di renovasi.

Dari Tosari, wak terpaksa pesan Grabbike ke Hause Rooftop - 11,5rb.

Bar rooftop itu berada di lantai 6.
Tapi bila sampai diatas, tiada lagi tempat duduk di luar restoran.
Terpaksa lepak sorang2 di dalam bar.

Wak pesan air buah naga merah - 77,5rb.
Aduhai. Tapi tiba2 hujan gerimis pun turun.
Ramai yg diluar (tanpa bumbung) pun masuk ke dalam. 😅 😅 

Tidak lama diatas rooftop.
7.30pm wak pun turun ke bawah.
Mencari musholla di basement untuk solat maghrib.

Kemudian berjalan kaki ke luar ke halte Bumiputera.
Tidaklah jauh mana.

Dari halte Bumiputera naik bis nomor 1N pula.
Turun di terminal Blok M kembali.

PERBEDAAN ANTARA PERON SKYCAFE DAN HAUSE ROOFTOP

  • Peron lebih murah harga BnF
  • Free seating dan pemandangan ke luar tidak terhalang di Peron
  • Peron lebih terbuka
  • Hause lebih dekat dgn jalan utama

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jakarta city during blue hour @2022
Hause Rooftop in Jakarta @2022
Jakarta city during blue hour @2022
Blok M Bus Terminal @2022

7 comments:

  1. Banyak berjalan luas pemandangan tak gitu Wak Lat

    ReplyDelete
  2. Blue hour cantiknya. Terus biru mata hitam ku....hehehe

    ReplyDelete
  3. Cantiknya view dari rooftop. Memang boleh leka bersantai.

    ReplyDelete
  4. boleh tahan regenya ya wak air tu udah RM22 lebih. Kalau dekat jakarta tu kira macam dekat KL lah ye wak semuanya mahal

    ReplyDelete
  5. Cantiknya lah gambar-gambar yang Wak ambil..

    ReplyDelete
  6. cantiknya gambiran dan suasana di hause tu. traveller kenalah sesat, baru steady

    ReplyDelete

Comment at your own risk.

JETI LAMA, BUKIT BELUNGKOR DAN SI BONGKOK TANJUNG PUTERI

  Ahad, 6 Oktober 2024. Kali terakhir ke jeti lama Sungai Rengit: 2017 & 2020 . Kali terakhir ke Belungkor: 2011 & 2012 . Pagi2 sud...