Nov 7, 2022

PENGALAMAN PERGI PERON SKYCAFE UNTUK MENGEJAR SUNSET

Peron Skycafe at Yello Hotel @2022

 Ahad, 6 November 2022.

Pagi tadi sudah merayau ke monumen Pancasila Sakti itu.
Ini adalah entri kedua hari ini.

Petang tadi dari kost wak jalan kaki ke halte Kementerian PUPR berdekatan.
Wak naik bis nomor 1N dan turun di halte Dukuh Atas.
Tapi jambatan rentas ke seberang jalan sudah tiada.
Kena ke halte Dukuh Atas yg satu lagi berdekatan terminal BNI City.
Tanya dengan bapak cleaner baju oren.
Bapak suruh tunggu di tepi jalan.
Atau jalan kaki ke halte seterusnya, Tosari.

Wak masih berdegil mahu ke halte Dukuh Atas diseberang jalan.
Wak mahu naik bis nomor 4 ke Manggarai.
Wak terus jalan kaki dan menyeberang di jalan yg agak sibuk.

Wak naik bis nomor 4 patah balik ke jalan utama dan memang ada halte Tosari.
Tapi wak duduk sahaja dalam bis nomor 4.
Bis meluncur laju ke Pasar Rumput.
Ingatkan bis akan berhenti di halte Manggarai.
Tapi bis menonong sahaja ke halte Martaman 2.

Selepas bertanya, wak kena naik bis menghala balik ke Pasar Rumput.
Tapi memang bis lalu sahaja di halte Manggarai dipertengahan jalan itu.

Keluar dari halte Pasar Rumput.
Wak pesan Grabbike menuju Peron Skycafe.
Sebab hari semakin senja.
Tidak jauh mana.

Tiba di Hotel Yello.
Matahari pun sudah tidak kelihatan diufuk barat.
Mendung dan berawan sahaja.
Senja dilantai 9 sambil melayan laungan azan maghrib dimerata arah Jakarta.

Mula2 wak sangsi pasal harga makanan dan minuman di cafe ini.
Tapi harganya pun mampu milik juga.
Wak terus pesan iced lemon tea (teh o ais limau) - 24rb (rm7.50).
Dan kemudian wak pesan Peron Fried Noodle (mee goreng) dengan telur - 37rb (rm11).
Total damage dengan cukai - 75rb (rm23).

"Mushollanya ada di lantai satu pak," kata cewek manis yg menghantar minuman manis tadi.

Dari lobi hotel, wak pesan Grabbike lagi.
Berkali2 mamat supir panggil wak.
Bila sampai mamat supir itu sudah membebel lagi dan lagi.
Sebab gps yg wak berikan tersasar jauh.
Tapi nomor plate motor kamu pun beda ya mas.

Mamat supir yg tiada pemegang hape di stering motor.
Masih membebel lagi tentang gps tadi.
Wak cuba turun di halte Dukuh Atas tapi haltenya ga ada.
Wak minta mamat supir hantar ke halte seterusnya.
Halte Bumiputera namanya.

Wak bagi 5 bintang dalam apps dia.
Wak bagi 5rb untuk tips.
Dia pun nampak ceria seperti mahu menyembah2.

Naik bis nomor 1N menghala ke Jalan Palatehan.
Turun dari bis terus pulang ke kost berjalan kaki.

Movie lalat.
All Quiet on the Western Front 2022.

Blog bukanlah hakmilik kekal.


8 comments:

  1. Berbaloi dia membebel Wak, dapat tips ribu-ribuan :p

    ReplyDelete
  2. Seronoknya bermusafir macam Wak...
    merata dunia..
    Antara sikap bagus mereka yang selalu nampak didepan mata dan medsos...mereka sangat menghargai pemberian orang lain..👍

    ReplyDelete
  3. Wah..makan sambil menikmati panorama indah.

    Terbaik wak, udah dibebel pun masih sudi beri tips.

    ReplyDelete
  4. cantik pemandangan suasananya wak..

    ReplyDelete
  5. kira macam di restaurant mahal ye wak peron tu patutla harganya boleh tahan juga. Tapi masih mampu milik sebab tempatnya cantik. Penat juga ya di sana kene naik bas tukar-tukar sana sini, baca yang wak tulis pun rasa penat nya

    ReplyDelete
  6. Bgeitulah kehidupan, berbaik-baik sesama manusia

    ReplyDelete
  7. Kalau saya jadi supir tu, segan dah membebel tetibe dapat tips pulak

    ReplyDelete

Comment at your own risk.

JETI LAMA, BUKIT BELUNGKOR DAN SI BONGKOK TANJUNG PUTERI

  Ahad, 6 Oktober 2024. Kali terakhir ke jeti lama Sungai Rengit: 2017 & 2020 . Kali terakhir ke Belungkor: 2011 & 2012 . Pagi2 sud...