NAIK KERETAPI KE RANGKASBITUNG TANPA TUJUAN DENGAN TENANG

MRT Blok M @2022

 Ahad, 27 November 2022.

Pagi2 sudah berlarian naik MRT ke stasiun Setiabudi - 4rb.

Pesan dan makan nasi lemak Malaysia dan roti canai kosong. Air teh tarik potong kaki, yakni manis ya amat. Jumpa rakan2 sekantor dari kost lama yg berjogging. Dan ada bertemu dgn pekerja Malaysia (Maybank dan syarikat Jepun). Ada orang belanja. 

10.00am. Usai borak2 dengan rakan2 disitu, wak terus naik bis nomor 1N ke Tanah Abang.

Turun di Stasiun KAI Tanah Abang Tujuan ke Rangkasbitung. Beli tiket keretapi 30rb diloket (jendela kaunter). Dapat kartu keretapi KAI pula. Wahh, semakin banyak pula kartu2 transportasi Jakarta yg wak ada sekarang. Dari kartu bis (Transjakarta), kartu MRT, dan kartu KAI pula.

Harus ke toilet dahuluan.

Bila ke platform, kelihatan keretapi ke Rangkasbitung baru berlalu.

11.03am. Orang ramai mulai ramai. 

11.06am. Tren pun tiba. 

1.03pm tiba di stasiun Rangkasbitung.

Nota lalat. Sebenarnya dari stasiun Rangkasbitung ini ada rute atau jalur ke Merak. Merak ialah jeti ke Lampung dan pulau Sumatera. Tempoh perjalanan memakan masa kurang lebih 2 jam.

Sebelum keluar wak beli roti O bun dan black tea. 21rb.

Sempat bertanya di loket (jendela kaunter) pasal tambang mahu pulang ke Jakarta nanti. Mas yg jaga kaunter bilang.

"Jam dua puluh satu empat puluh lima malam."
"Oh jam 9 lebih ya mas?"
"Minimal baki 10ribu wak."
"Tambahkan 10rb ya mas."

Keluar dari stasiun keretapi langsung berjalan kaki ke alun2 Rangkasbitung. Tiada yg menarik di taman dan padang itu. Wak terus ke masjid agung al araf berdekatan. Solat dan cuba tidur sekejap tapi tidak terlelap pula.

Wak keluar dari masjid menuju ke museum Multatuli diseberang taman. Masuk ke dalam museum tetapi tiada pameran apa2 diadakan. Keluar dibangunan sebelahnya, Perpustakaan Saidjah Adinda.

Dalam perjalanan pulang ke stasiun. Wak masuk ke mall Rabinza Indah Plaza. Cuma nampak KFC sahaja. Wak pesan 2 ketul ayam pedas dan air coke. 51rb. Wak guna straw yg wak bawa dlm beg.

Terus berjalan kaki kembali ke kawasan stasiun KAI tadi. Berjalan2 pusing keliling pekan dan pasar yg sesak dan kotor. Adalah sekumpulan seperti kontraktor yg sedang menggali peparitan di depan kedai2 disitu secara manual (cangkul dan tulang empat kerat sahaja).

Semasa jalan2 tadi wak ternampak ada brader ni goreng tauhu. Nampak menarik. Wak pun cuba belilah. Istrinya bilang, 3rb dapat 3 ketul. Wak mintak 5rb diberinya lebih 10 ketul oleh mbak itu. 


3.34pm masuk semula ke stasiun. Wak makan 2 ketul tauhu gorengan itu tetapi tidak sedap. Wak pun tinggalkan tauhu gorengan itu di tempat mengecaj henfon.

3.44pm sudah masuk kedalam kereta untuk keberangkatan jam 4.00pm ke Tanah Abang. Wak tengok baki dalam kartu KAI itu ada 12rb. 

"Cukup ni wak," kata mas loket (jendela kaunter) yg lain.

Nota lalat. Mula2 tadi wak rencana mahu pulang selepas waktu maghrib. Sebab keretapi terakhir pun jam 9.45pm. Tapi tiada apa2 lah sangat tempat wisatawan yg menarik di kota yg kecil ini.

Kamus lalat.
loket (lokét) II IB tingkap atau lubang tempat menjual tiket dll: di muka ~ diberikannya Rosmah wang lima puluh ribu rupiah kpd pria yg menjual karcis.

Prelude.
Kenapa ke kota Rangkasbitung? Sebenarnya wak pernah rancang mahu kekota ini ketika melihat peta pulau Jawa. Wak pun tidak tahu kenapa. Rasa yg mendesak2 mahu tahu dan teringin meneroka tempat orang. Itu sahaja.

Post mortem.
Kota yg kecil, kotor dan agak lama. Tiada bangunan besejarah sangat pun - atau pun wak tidak tahu dimana atau mahu kemana? Tiada mall atau pusat beli belah yg besar2. Tapi sekurang2nya wak pernah sampai disini kann. Transportasi ke kota ini amat mudah. Mula2 wak rencana mahu naik bis dari Jakarta sahaja. Tapi kebetulan bila tengok google maps, naik keretapi dari stasiun Tanah Abang itu amat mudah dan murah kerana keretapi berangkat setiap 15 minit ke Rangkasbitung. Seperti kota2 lain, masih ramai ulat2 ojek, beca dan angkotan berkeliaran distasiun. Mereka semua kelaparan untuk kelangsungan hidup. Kanak2 pun ramai mencari uang saku dengan cuba menolong mengangkat barang2 penumpang. Sepetang di kota Rangkasbitung memberi sedikit sebanyak kesan dalam jiwa wak juga. Mungkin wak akan ripit kesini untuk ke pekan Celigong dan Merak. Dan teringin juga mahu ke pantai Anyer bila teringat lagu Sheila Majid - Antara Anyer dan Jakarta.

Blog bukanlah hakmilik kekal. 

Peta jaringan kereta api Batavia-Duri-Serang tahun 1913. Lokasi Stasiun Rangkasbitung ditandai lingkaran berwarna merah. (Sumber: Media-kitlv.nl)

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. wak pergi lah ke pulau belitung. Cantik tempat pengambaran laskar pelangi. Saya teringin nak ke sana. Belum rezeki. Sebelum covid melanda dah plan nak pi. Bila start covid menyerang sehingga sekarang plan terus cancel. huhuhu

    BalasPadam
  2. Bila Wak cakap mahu pergi Anyer ..sy suka tegok youtube dari Indonesia Jiwa Berseri iaitu Yayasan Jiwa berseri terletak di Anyer utk org gangguan jiwa. Di area san juga ada tempat Wisata.

    BalasPadam
  3. Wak dah boleh jadi tour guide di sana ;)

    BalasPadam
  4. Tak apalah, berjalan ni kadang-kadang nak tengok orang dan belajar dari pengalaman. Macam best jalan-jalan naik ketapi di Jakarta

    BalasPadam
  5. Wak..lepas ni bleh jadi tour guide...bawak SA plak travel...

    BalasPadam
  6. Walaupun tidak ada apa-apa namun meriah foto yang wak pamerkan.. terujamelihat gambarnya..

    BalasPadam

Comment at your own risk.