Nov 20, 2022

WAK CAN WALK IN BROMO TOO 2022 - DAY2 PART 2

Bromo Tengger Semeru @2022

 Ahad, 20 November 2022.

Pengembaraan solo wak ke Gunung Bromo 2022.
1. The Prelude - Apakah Nasib Diriku Yg Malang Pergi ke Malang
2. Naik keretapi ke Malang dengan Tenang (Jakarta - Surabaya - Malang)
3. Wak Can Walk in Bromo Too - Day 1 Part 1 (Malang - Wonokitri)
4. Wak Can Walk in Bromo Too - Day 1 Part 2 (Wonokitri - Cemorolawang)
5. Wak Can Walk in Bromo Too - Day 1 Part 3 (Gunung Bromo & Batok)
6. Wak Can Walk in Bromo Too - Day 2 Part 1 (Bromo Sunrise)
7. Wak Can Walk in Bromo Too - Day 2 Part 2 (Cemorolawang - Toempang)
8. Wak Can Walk in Bromo Too - Day 2 Part 3 (Malang - Jakarta)
9. Wak Can Walk in Bromo Too - The Postmortem (and total damage)

====================================

Ini masih entri pengembaraan solo traveller wak ke Bromo.
Dan wak sengaja terbelakangkan 10 hari yg sudah.

Usai mandi dengan water heater yg problem sekejap ada sekejap mati. Wak pun Cepat2 packing.

Wak keluar ke tengah pekan dimana van angkutan itu parkir dari semalam. Tapi pak supirnya dimana? Bapak yg punya kedai cenderamata semalam kata dia boleh carikan ojek untuk ke Gubukklakah. Tapi istri dia berkata bapak tu MC malas bangun pagi pula. Aduhai.

Wak Jalan kaki balik ke guesthouse semula. Tapi ditegur dgn abang skuter dsimpang itu. Dia kata dia boleh carikan ojek u tuk hantar wak ke Gubukklakah. 5 menit kemudian Dia datang dgn harga 250rb. Wak minta 109rb sahaja. Dia turunkan lg jd 200rb. Wak Jalan balik ke guesthouse, dia masih tetap pujuk dan bagi harga last 150rb. Wak kata tak jadi dan terus masuk ke dalam kamar semula. Pakcik dalam guesthouse tu siap pujuk2 wak sbb mas Imam janji dgn rakan dia nak ambil wak jam 10.00am nanti.

Wak sudah putus asa. Kalau tunggu jam 10.00am ke Probolinggo dan dari Probolinggo naik bis ambil masa 3 jam. Risiko yg tinggi sebab keretapi wak berangkat jam 4pm dari kota Malang. Dalam kamar wak berfikir lagi. Dan wak ambil keputusan untuk terima tawar an abang skuter tadi.

Wak keluar semula dan jumpa abang skuter. Wak bilang wak setuju sampai Gubukklakah dgn harga 150rb tadi. Mula2 kata ada konco (teman) dia mahu hantar. Tapi bincang punya bincang ada pula bapak ini yg pasang telinga dan dia kata dia mahu hantar. Persetujuan pun dicapai bukan setakat Gubukklakah tapi ke pekan Toempang (Tumpang) dgn harga 200rb.

Bapak ojek ini pun balik mahu tukar motor. Sementara tunggu, abang skuter borak2 dia pernah kerja di Sarawak selama 3 tahun.

"Bukan ladang sawit wak, tapi kedai makan."
"Kenapa 3 tahun aja? Opo ora betah?"
"Betah wak, tapi rindu dengan orang tua disini." 

Bila bapak ojek tu tiba dia kata mahu isi bensin pula. Wak iyakan aja. 

7.35am kami pun gerak meninggalkan pekan Cemorolawang. Melintasi padang pasir berbisik bersebelahan gunung Batok dan Bromo. Dengan jeep2 pelancong wisatawan bersimpang siur. Terpaksa juga mengikut belakang jeep dgn debu2 pasir berterbangan. Nak buat macamana. 

8.06am tiba di bukit Teletubbies lah sangat. Punyalah ramai pelancong dgn jeep2 bersusun disitu. Wak berhenti2 di Watu Gede ambil gambiran sikit2. 

8.20am tiba di Desa perkampungan Ngadas. Pantat (punggung ya) pun sudah kematu. Tapi pemandangan dikiri kanan Jalan memang menarik dengan tanaman sayuran dilereng2 bukit. 

8.45am tiba di pekan Gubukklakah. 

9.05am akhirnya tiba di pekan Toempang aka Tumpang selepas sejam setengah diatas motor. Bapak ojek itu turun kan wak di sebelah van angkotan ke Malang. Wak bayar upah 200rb seperti dipersetujui pagi tadi. Boleh dia membebel2 minta dibayar lebih. 

Duduklah wak dalam van angkotan dgn kakak indon yg manis dan peramah itu. Dengan tiada AC maka kepanasanlah didalam van sementara menunggu penuh penumpang sebelum bergerak 10menit kemudian. Bapak supir biasalah akan berusaha berteriak memanggil penumpang lain untuk naik.  

Sebelum turun tadi sempat wak bertanya dgn kakak manis tentang mall terdekat terminal keretapi. 

"mall MOK.." gitula wak dengar. Bila wak google rupanya mall MOG Malang hahahah. Orang Indon sebut huruf G itu geh ye, sama seperti bahasa penjajah Belanda. 

"ato wak bisa aja pergi mall Sarinah.." 

Nota lalat. Mall Olympic Garden (atau disingkat MOG) merupakan mall terbesar yang berada di pusat Kota Malang. Mall ini didirikan pada pertengahan tahun 2008. Mall 4 lantai ini terletak di Jalan Kawi, Kota Malang.

Bersambung lagi... 

Blog bukanlah hakmilik kekal. 

3 comments:

  1. Amazing punggung Wak bertahan sejam setengah atas motor. huhu

    ReplyDelete
  2. wah dah ada tugu nama yang besar.

    ReplyDelete
  3. Jeep berwarna warni dengan awan yang cantik

    ReplyDelete

Comment at your own risk.

SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI 2024

  Masjid Jamek Bandar Seri Alam @2024 Rabu, 10 April 2024. Selamat hariraya aidilfitri 2024. Maaf lahir batin dari wak yg jauh dimata. Pagi2...