Sabtu, 19 November 2022.
Pengembaraan solo wak ke Gunung Bromo 2022.
1. The Prelude - Apakah Nasib Diriku Yg Malang Pergi ke Malang
2. Naik keretapi ke Malang dengan Tenang (Jakarta - Surabaya - Malang)
3. Wak Can Walk in Bromo Too - Day 1 Part 1 (Malang - Wonokitri)
4. Wak Can Walk in Bromo Too - Day 1 Part 2 (Wonokitri - Cemorolawang)
5. Wak Can Walk in Bromo Too - Day 1 Part 3 (Gunung Bromo & Batok)
6. Wak Can Walk in Bromo Too - Day 2 Part 1 (Bromo Sunrise)
7. Wak Can Walk in Bromo Too - Day 2 Part 2 (Cemorolawang - Toempang)
8. Wak Can Walk in Bromo Too - Day 2 Part 3 (Malang - Jakarta)
9. Wak Can Walk in Bromo Too - The Postmortem (and total damage)
====================================
Van Damri tiba di pekan Wonokitri jam 10.35am. Pak Aziz Damri sudah panggil kawan jeep dorang. Drama sindiket dan konspirasi pun bermula. Pak Reden mula2 cuba pujuk wak kalau nak naik motor akan dibayar 250rb. Kalau naik jeep harus bayar 350rb. Motor wak minta kurang lagi tak boleh.
Kami duduk dulu di warteg. Pesan teh tawar. Boleh pula makcik indon itu terlupa. Sampai wak datang ke dapur dan bertanya lagi. Tawar menawar harga samada naik motor sepeda atau jeep masih berlaku antara wak dgn pak supir Reden. Motor wak minta 100rb, dia turinkan ke 200rb. Kalau jeep masih 3t00rb walaupun wak seorang diri.
Hujung2 tu wak ugut nak tanya jeep lain atau cari dan kongsi dgn orang lain. Dia masih berkeras dgn motot 200rb dan jeep 300rb. Wak bayar harga teh tawar 3rb, ehh wak bagi je 5rb kat makcik indon kedai tu.
Wak keluar dari warteg. Boleh pula dia suruh call pak Aziz Damri tadi. Pelik juga. Ini semua sindiket dorang. Last2 dia turunkan sikit jeep jd 325rb. Wak pun setujulah sebab sudah kesejukan disitu dan malas nak cari oranglain.
Dalam jeep boleh pula dia yg call pak Aziz Damri kata wak yg ikut jeep lain. Boleh pula bahasa ibunda Jerman yg dia ingat wak tak faham ke? Tak mahu bayar royalti letteww.
Tidak jauh, wak kena turun dan bayar tiket masuk taman negara. Drama lain pula disitu. Mamat2 penjaga pintu pos situ kata wak kena bayar online guna Tiket Bromo. Bukan apps. Nampak canggihlah sangat tapii. Wak pun panik juga. Mamat2 itu tolong isikan tapii masih tidak boleh. Masalah mahu transfer uang dari akaun maybank wak ke maybank Tiket Bromo online tadi. Mamat cuba sekali lagi. Tidak berjaya juga.
Akhirnya mamat itu suruh wak berlarian ke kedai kiosk didepan. Ahkak kedai kata boleh buat. Sekejap sahaja. Wak bayar 39rb campur upah kedai 5rb jadi 44rb. Ahkak print struk dan tulis nomor tramsaksi dibelakang tiket. Dan wak serahkan nomor itu pada mamat2 pos tadi. Tisak lama urusan selesai.
Nota lalat. Sebenarnya taklah banyak sangat tiket masuk taman negara untuk WNA (warga negara asing) yakni cuma 39rb sahaja. Tapi ramai ejen yg naikkan harga pakej jadi dua kali lipat jadi 650rb. Memang semua ni bangsa lintah darah.
Semasa dikedai kiosk ahkak indon itu tadi wak nampak beberapa keychain dan poskad. Jadi wak masuk balik dan beli 1 poskad dan 1 key chain sahaja.
Naik jeep terus ke Cemorolawang. Tidaklah jauh mana. Tidak sampai 10 menit sudah nampak gunung Batok yg ikonik itu. Dorang ini semua scammer - memang sengaja main drama nak patok tengkuk pelancong. HaramJ betullah.
Dan apalagi bila sudah nampak Gunung Batok yg jelas tanpa gangguan awan tebal, wak suruh pak supir Reden berhenti di tepian jalan yg curam untuk mengambil Gambiran. Dia pun tidak komplen apa2.
Cuma bila tiba di tempat parkir dibawah bukit Batok. Kalau wak nak pergi ke kawah Bromo dia kena minta tambah 100rb lagi. HaramJ sekali lagi betul lah. Jadi wak tangguhkan dulu hajat wak disitu. Hari pun masih siang. Tapi sempat lah wak ambil Gambiran di tepi pagar dengan beberapa ekor penunggang kuda yg datang mengejar wak tadi. Haha wak seorang je pun tadi.
Tiba di guesthouse tidak lah susah mana mencarinya. Siap wak buka Gòogle maps. Cuma pak Reden buat2 jadi orang bengap. Padahal hari2 dia datang ke sini bawa pelancong.
Urusan checkin mudah sebab wak pun sudah booking.com. Bilik yg agak besar - queen bed. Tapi tiada anduk (tuala) disediakan yg kemudian wak minta. Wak terus mandi lah sebab tidak mandi lagi dari semalam. Tapi badanku tetap bau wangi. *Tak tun tuang. Ehh nak buka air panas guna water heater itu pun wak kena panggil mamat guesthouse datang tolong. Dia pun terangkan. Air pili memang sejuk okeh. Kecut telur.
Sebelum itu sudah janji dgn mamat guesthouse yg sorang lagi tu. Mas Imam namanya. Dia nak hantar wak ke kaki gunung Bromo naik motor - 150rb. Wak setujulah. Janji jam 1.00pm.
Bersambung...
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Cantik gambirannya...scammer2 ni yg merimaskan..esp yg terus-terusan mmbontoti kita supaya ambil servis dia..
ReplyDeletesatu benda yg boleh rosakkan mood bercuti - bila berjumpa dgn scammer2 mcm dorang ni. huhu...
ReplyDeletesatu benda yg boleh rosakkan mood bercuti - bila kena hadap scammer2 mcm dieorg ni huhu
ReplyDeletePergh dahsyat drama scammernya. Tu Wak yang serumpun, kalau mat saleh lagi teruk kena goreng.
ReplyDeletelain mcm scammer nya... menyampah ada geram pun ada!
ReplyDeleteAduhaiiiiii semuanya nak ketuk...nampak bromo dari lensa wak lagi cantik
ReplyDeleteSemuanya sepakat tu kalau nampak warga asing nak scammer je tak habis-habis. Nasib baik wak tau bahasa german. Tu belum lagi wak keluar bahasa jawa tu. Mesti terpegun dia orang wak
ReplyDelete