Nov 23, 2022

NEARER MAYBANK

Maybank nearby @2022

 Rabu, 23 November 2022.

Pagi berjalan kaki ke kantor seorang diri.
Semalam sudah pesan kepada mas riCKY untuk belikan singkong gorengan.

Tengahari keluar beli nasi goreng dengan telur dadar - 15rb.

Petang dari kantor, kami berempat pulang ke kost berjalan kaki sahaja.
Bros asyRUL dan NAZiri melencong untuk pijat2an.

Wak dengan bro razMAN terus ke warteg beli nasi beriyani - 40rb.

Sebenarnya wak mencari kedai laundry cuci pakaian.
Banyak pakaian wak kena cuci ketika pergi dan pulang dari Bromo.

Akhirnya jumpa juga kedai laundry berdekatan.
Tutup jam 7.00pm sore.
Wak pun bekejar jalan kaki sahaja untuk ke kedai sebelum tutup.
Sudah berwhatsapp dengan cewek kedai tadi.
Pengambilan laundry di kost adalah gratis.
Tapi esok tak tahu lagi jam berapa.

Bila sampai dan ditimbang, berat pakaian ialah 2 kilo lebih sahaja.
Tapi kadar minima ialah 5 kilo - 50rb.
Ada 8 helai pakaian wak.
Kalau wak hantar ke tempat cucian pakaian dikost wak pun lebih kurang 56rb sahaja.
Sebab dikost kira mengikut helai, bukan ikut berat.

Dan lagi satu.
Cucian regular (biasa) mengambil masa selama 3 hari.
Jadi pakaian wak akan siap pada hari Sabtu sore.
Dan mereka boleh buat penghantaran gratis (percuma) ke kost.

Dan dalam perjalanan pulang dari kedai laundry itu.
Wak terjumpa Maybank ditepi jalan.
Ooh. Rupanya maybank yg wak cari tak ketemu itu sudah berlarian kesini.

Nota world cup Qatar 2022.
Jerman (1) vs Jepang (2)

Blog bukanlah hakmilik kekal.


1 comment:

  1. wah ada maybank kat jakarta. Saya jumpa maybank kat UK

    ReplyDelete

Comment at your own risk.

MENCUBA LONTONG KERING SELEPAS TURUN DARI TASIK BIRU KANGKAR PULAI 2024

  Khamis malam Jumaat, 31 Oktober 2024. Cuti umum sempena perayaan Deepavali . Pagi2 jam 4.30am sudah bangun. Untuk hantar anak lanang ke Se...