Nov 12, 2022

THIS IS WHY I AM FAT

Ice cream also not good for yourself @2022

 Jumaat, 11 November 2022.

Tengahari wak sudah berlarian ke masjid RSPP (Rumah Sakit Pusat Pertamina) berhampiran.
Usai solat jumaat berjemaah tadi, wak terus ke kedai mudah dan senang (convenient store).
Tidak makan siang sebab pagi tadi sudah makan nasi kuning.
Di kedai Indomaret, wak beli aiskrim Cornetto dan buah nanas potong.

Updated. Aku suspect gara2 mkn eskem cornetto ni aku kene gout. Demm. 

Petang tadi balik dari kantor.
Mgr EIN belanja makan di restoran Sapo Oriental.
Sempena sistem audio di laptop wak berjaya difungsikan.

Dalam perjalanan pulang, singgah di Blok M Square diseberang jalan sahaja.
Wak beli 3 helai baju batik.
Wak juga beli seluar kerja (bukan jeans).
Sebab di kost yg baharu ini, seluar kerja bukan jeans pencucian adalah gratis.

Nota Bromo lalat.
Akhirnya wak berjaya menempah tiket traveloka ke Malang - 1,3juta.
Kali ini wak pilih naik keretapi malam.
Sebelum ini puas rasanya naik bis 13 jam dari Jakarta ke Ponorogo.
Dan dari Jogja pulang ke Jakarta naik bas selama 14 jam.
Olehkerana entri ini sengaja di paparkan seminggu lewat.
Seharusnya ketika ini wak pun sudah dalam perjalanan ke gunung Bromo. 
Oh Bromo, wak will walk there too. InsyaAllah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Masjid RSPP from 2nd floor @2022
Mal Blok M Square @2022

4 comments:

Comment at your own risk.

AMWAY PHILIP PERFECT CARE STEAM IRON

  PROMO JANUARI 2025 !!! BULAN INI IRON PHILIPS AMWAY YANG TERBARU ADA OPEN 4X ANSURAN TAU Yang paling menarik, Amway telah menaik taraf i...