Nov 18, 2022

NAIK KERETAPI KE MALANG DENGAN TENANG

I'll bring the top commentators to Bromo @2022

Jumaat, 18 November 2022.

Pengembaraan solo wak ke Gunung Bromo 2022.
1. The Prelude - Apakah Nasib Diriku Yg Malang Pergi ke Malang
2. Naik keretapi ke Malang dengan Tenang (Jakarta - Surabaya - Malang)
3. Wak Can Walk in Bromo Too - Day 1 Part 1 (Malang - Wonokitri)
4. Wak Can Walk in Bromo Too - Day 1 Part 2 (Wonokitri - Cemorolawang)
5. Wak Can Walk in Bromo Too - Day 1 Part 3 (Gunung Bromo & Batok)
6. Wak Can Walk in Bromo Too - Day 2 Part 1 (Bromo Sunrise)
7. Wak Can Walk in Bromo Too - Day 2 Part 2 (Cemorolawang - Toempang)
8. Wak Can Walk in Bromo Too - Day 2 Part 3 (Malang - Jakarta)
9. Wak Can Walk in Bromo Too - The Postmortem (and total damage)

====================================

Tengahari jam 1.00pm wak sudah pesan Grabbike ke kantor potong rumput. Kaki yg terkena asam urat (gout) pun sudah mending (lebih baik) daripada semalam.

Dikantor jumpa teman2 sebentar. Adalah nasihat untuk pesakit asam urat. Macam2 petua ada. Dan kesimpulannya makan dan minumlah bening yg tawar2.

NAIK BAS SERINGGIT

Jam 1.50pm wak sudah berjalan ke stesen bis Asean. Ambil bis nomor 1 ke Monas. Turun di stasiun Monas dan keluar stasiun. Tunggu di halte bis seberang jalan.

Lama juga menunggu bis nomor 1P itu. Hampir setengah jam baru terhegeh2 bis tiba, tepatnya jam 2.56pm.

3.15pm turun di stasiun Pasar Senen dan terus ke terminal KA (kereta api) Pasar Senen. Wak masuk kedalam terminal. Baru teringat mahu solat asar. Macam tiada musholla didalam. Keluar kembali ke masjid diluar terminal.

Usai solat masuk kedalam terminal. Singgah kedai senang dan mudah. Beli jajan dan kudapan. Beli juga set ayam gorengan di restoran CFC, bukan KFC ya.

Print boarding pass di kiosk. Senang sahaja dengan masukkan kod pesanan.

VAKSINNYA MANA PAK?

Tapi bila nak masuk ke departure hall. Pak guard itu sudah minta sertifikat vaksin pula. Demm. Wak lupa mahu print sebelum berangkat tadi. Apps mysejahtera pun sudah lama uninstall. Kelmarin cuba install semula tapi login id guna nombor henfon yg lama pula. Aduhai. Terpaksa keluar ke tempat kerusi banyak2 itu. Wak cuba fokus dimana pernah simpan salinan vaksin yg lama2. Panik ya amat. Sudah terbayang tidak dapat ke Bromo dan tiket keretapi akan hangus menjadi debu dari kawah Bromo juga.

Akhirnya ketemu juga salinan sertifikat vaksin itu. Lega sangat. Dan wak pun tergesa2 masuk ke departure hall semula.

4.10pm, kerusi wak ialah 4C. Wak pun duduk disebelah tingkap. Siap pasang charger di tepi tingkap itu. Tapi tidak lama selepas itu ada pula mamat ini dgn laptop tiba. Dia kata seat dia 4D sebelah tingkap itulah. Yo wes. Wak pun pindah seat sebelah.

Dan masa wak angkat bagpack keatas tempat barang atas kepala itu. Baru wak teringat pasal baju jaket hitam tebal itu. Matiklah kalau tertinggal. Mesti tertinggal di kerusi banyak2 tadi.

Terus wak keluar semula. Dan nasib baik jaket busuk kesayangan wak intan payung itu masih ada dikerusi itu. Alhamdulillah syukur sangat2. Sudah terfikir tadi kalau tidak jumpa dimana mahu dibeli jaket yg baharu.

4.45pm dengan tepatnya seperti terjadual bunyi siren dan keretapi pun mula meluncur membelah bumi pulau Jawa. Jom kita berangkat ke gunung Bromo via kota Malang.

NO MUSHOLLA ON THE TRAIN

Tiada fasilitas mushoĺa didalam kabin. So he says. Jayabaya dari Jakarta ke Malang. Tawakal sahajalah.  Tapi kemudian diberitahu ada musholla di kereta makan.

I'LL BRING THE TOP COMMENTATORS TO BROMO

1 - SalbiahM (yg genit tapi ringan)
2 - Kak Sue (yg selalu cakap gambar dlm blog wak cantik)
3 - uncle gedek (yg sporting kalo sebut pasal janda)
4 - Suria Amanda (yg nak kahwin tahun depan katanya)
5 - Azhafizah MH (yg gambar2 fotografi dalam blognya yg ohsem)
6 - norhidana (yg hari2 update blog dan wordless wednesday)
7 - nohas (cikkak bukit tapi ga ada cerita pasal bukit)
8 - fzy fuzzy (yg pernah jumpa sekali di alam bunian)
9 - anamizu (yg ada gambar anime jepun sahaja)
10 - Ujie Othman (yg merantau ke PP)

Bersambung...

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Please hover your mouse (or click if you use smartphone) to zoom in the trail (Gambir Jakarta to Malang by car).


9 comments:

  1. waduh wak kok malang bertimpa-timpa . Alhamdulillah semuga perjalanan di permudahkan. Udah kangen sama bromo bila wak up citer. Nanti potretnya yang apik apik ya.

    ReplyDelete
  2. wah naik train dari jakarta ke malang lagi syiok wak sebab banyak pemandangan sepanjang jalan. Bestnya...eh saya pulak yang teruja.

    ReplyDelete
  3. laa minta sijil vaksin? igt kn dah x de dah

    ReplyDelete
  4. Wak tak letih ke jalan-jalan tak berhenti ni.

    ReplyDelete
  5. Masih mintak lagi lagi kad vaksin kat sana ye Wak..

    ReplyDelete
  6. Tq wak.. udah pernah ke Bromo tapi masa tu ada erupsi kecil, ngak boleh je kaki gunung..

    ReplyDelete
  7. Nasib baik tak tertinggal, kalau tak kesejukan la Wak. Eh, thanks lah bawa saya walau sekadar nama

    ReplyDelete
  8. Seru amat perjalanan ke Malang naik kereta api! Ada kisah drama vaksin dll ya hehehe. Kangen Bromo juga, baru satu kali berkunjung ke sana.

    ReplyDelete

Comment at your own risk.

PENGALAMAN MENONTON PERLAWANAN AFC CHAMPIONS LEAGUE DI STADIUM SULTAN IBRAHIM JOHOR

  Selasa, 5 November 2024. Kelmarin pulang dari stadium Arena Sepaktakraw JB. Wak terus pesan tiket atas talian. Untuk tonton perlawanan bol...