Aug 11, 2022

SKYWALK SENAYAN PARK

Skywalk Senayan Park Spark @2022

 Rabu, 10 Agustus 2022.
Jakarta Selatan, Indonesia.

Petang usai kerja potong rumput di kantor.
Wak pun berlarian ke Skywalk Senayan Park.

Dari kantor berjalan kaki ke stesen MRT Asean.
Dan turun di stesen MRT Istora Mandiri.

Wak pesan GrabBike ke Skywalk Senayan Park mall.
Tapi mamat rider membebel tidak mahu pusing jauh untuk ke mall diseberang jalan.
Kebetulan pula disitu ada demonstasi besar2an Buruh, baju merah dan baju biru.
Tapi terjumpa shortcut untuk turunkan wak didepan pintu gerbang.

Bila tanya matguard yg jaga disitu.
Kena naik eskalator 4 lantai.

Sudah tiba dibawah skywalk bridge.
Mamat indon yg jaga disitu tidak benarkan.
"Wak kena tunjuk resit belian 50 ribuan," katanya.
Kena beli atau berbelanja di mall dahulu.

Olehkerana tidak bersedia, wak  ambil 2 3 gambiran sahaja dibawah jambatan.
Masuk waktu maghrib wak terus ke musholla.

Usai solat, wak naik lagi ke atas.
Tapi masih dibawah skywalk.

Penat disitu, wak pun berjalan turun.
Pesan GrabBike untuk pulang ke kost (19k, rm5.72).
Macet ya amat.

Dengan ha-pe pak rider yg kehabisan bateri.
Dengan permasalah sedunia pak rider yg  tiada wak kecil.
Terpaksalah wak minta tukar di restoran Ragil dahulu.

Di restoran Ragil, wak pesan nasi ayam geprek yg pedaslah amat.
Dan es tea dikit gulanya.
Total damage termasuk hidden cost (tax & servis) ialah 53k (rm16) sahaja.

Blog bukanlah hakmilik kekal.


Tiktok video lalat:

No comments:

Post a Comment

Comment at your own risk.

PENGALAMAN MENONTON PERLAWANAN AFC CHAMPIONS LEAGUE DI STADIUM SULTAN IBRAHIM JOHOR

  Selasa, 5 November 2024. Kelmarin pulang dari stadium Arena Sepaktakraw JB. Wak terus pesan tiket atas talian. Untuk tonton perlawanan bol...