Blok M Plaza mall @2022 |
Selasa, 16 Agustus 2022.
Jakarta Selatan, Indonesia.
Pada bulan lepas, wak sudah membeli simcard prepaid myXL di Batam.
Sekarang baki pun tinggal nol, yakni kosong.
Wak sudah cuba mahu topup guna apps.
Tapi bila mahu bayar tidak berjaya pula.
Sudah cuba guna banyak kredit kad tapi masih gagal.
Pagi tadi wak tanya rakan sekerja, mat aCAP.
Dia kata memang tak boleh guna kad kredit.
Dia suruh cuba di mesin dalam Indomaret.
Tapi kedai Indomaret yg terdekat tiada kemudahan mesin itu pula.
Dan bila wak ke Blok M Plaza mall tadi.
Mamat Indon kat meja Informasi mall kata sudah tiada pula kedai myXL itu.
Aiyahh.
PLAN B
Kemudian tadi wak bertanya pada mat despatch riCKY yg selalu duduk di pintu keluar.
Dia kata dia boleh tolong belikan pulsa di kedai Indomaret.
Secepat kilat wak berikan duit padanya.
Pada masa yg sama wak kena hadiri mesyuarat di lantai atas.
Dipendekkan cerita, usai mesyuarat potong rumput tadi.
Topup wak pun sudah berjaya ditambah.
92GB untuk 107rb (rm32) - untuk rujukan.
Semasa di Batam, wak bayar 100rb untuk 16GB. [+ Link]
Tapi mat aCAP kata mereka beli topup murahan 13GB berharga 30rb sahaja.
Okeh lah, sebab mereka tak perlu update blog hari2 kann.
IT'S A SMALL WORLD INDEED
Ooh.
Tadi masa di bilik kantor.
Ada seorang brader Indon ini sapa wak.
Sebab mungkin dia perasan baju t-shirt yg wak pakai hari ini.
Walaupun baju t-shirt ini banyak salah ejaan yg dibuat AWI.
[+ link Offshore Life Day 37]
Dia, TONi penah kerja di offshore Qatar juga.
Satu proyek dan satu pelantar juga.
Dia pun tahu wak kerja sebagai juru angkut sampah dan rumput.
Seronok juga dia jumpa wak walaupun sebelum ini tidak pernah bertegur sapa.
"It's a small world kan wak," katanya.
GRAB OR NOT TO GRAB
Petang tadi dari kantor.
Wak lihat diluar sudah gelap guliterr.
Angin pun kencang dari arah barat.
Kekencangan angin itu kelihatan amat dari kibaran bendera merah putih.
Selepas beberapa detik berkira2 samada mahu pesan Grab ataupun tidak.
Kalau GrabBike (motor) pasti basah kuyup kalau hujan turun.
Mahu ambil Grabcar terasa tidak berbaloi pula.
Dengan tekad yg tinggi, wak pun berjalan kaki sahaja pulang ke kost.
Sehingga ke pagar rumah kost, hujan pun masih tidak turun.
5 minit selepas itu baru hujan turun mencurah2.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
No comments:
Post a Comment
Comment at your own risk.