Aug 1, 2022

KEMBALI PADA HARI SENIN

On Jalan  Kyai Maja @2022
Isnin, 1 Ogos 2022.
Jakarta Selatan, Indonesia.

Pagi2 tadi wak panaskan  roti  prata frozen yg wak beli kelmarin.
Pinjam kuali tak melekat dari mat aNAS.
Semalam wak sudah pesan mentega pada aNAS.
Tapi wak keliru dengan marjerin pula.
"Mentega utk T20, margerin B40," lawaknya dalam whatsapp group.

Pagi tadi naik Grabcar dengan si kuJAI.
Sebab geng jalan kaki sudah sampai di kantor duluan.

Tengahari ikut mereka makan nasi padang (24k, RM7.20).
Di kantin syarikat berdekatan - Jalan Hang Jebat 3.

Petang pula pulang dari kantor potong rumput.
Wak terus berjalanan kaki ke bundaran Patung Pemuda Membangun.
Agak jauh, 1.6km.
Melalui Jalan Hang Tuah.

Ambil 2 3 gambiran sebelum masuk mencari mushollah (surau).
Dalam Senayan City mall.

Kembali semula ke bundaran patung tadi.

Kemudian beli Nasi Goreng Gila tepi longkang (15k, RM4.50).
Dan pesan GrabBike pulang ke kost (16k, RM4.80).
Sebab sudah keletihan berjalan kaki tadi.

Movie lalat.
Sniper The White Raven 2022.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

No comments:

Post a Comment

Comment at your own risk.

PENGALAMAN MENONTON PERLAWANAN AFC CHAMPIONS LEAGUE DI STADIUM SULTAN IBRAHIM JOHOR

  Selasa, 5 November 2024. Kelmarin pulang dari stadium Arena Sepaktakraw JB. Wak terus pesan tiket atas talian. Untuk tonton perlawanan bol...