Jan 4, 2024

SHE WENT TO SHIT AND THE HOGS ATE HER

Petronas Twin Towers view from BSN HQ @2024


Khamis malam Jumaat, 4 Januari 2023.

Makcik nasi lemak depan kubur P. Ramlee tidak kelihatan lagi pagi ini.
Jadi wak singgah di gerai ahkak sendu di hentian bas sahaja.
Wak pesan mihun lauk kerang dan telur goreng.
Rm7. 50 agak mahal berbanding harga makcik itu.
Karipap ahkak ini pun mahal 60sen berbanding makcik cuma 50sen.
Mungkin ahkak ini masih muda. Ehh?

Gambar lama gerai ahkak sendu - Nov 2023.

Ooh. 
Dailog peribahasa dalam filem Alice Doesn't Live Here Anymore (1974) diatas.
She went to shit and the hogs ate her.
Maksudnya, keadaan suasana dari buruk menjadi lebih buruk.


Movie lalat.
Alice Doesn't Live Here Anymore 1974.
Anatomy of Fall 2023.

Blog bukanlah hakmilik kekal. 

7 comments:

  1. Peribahasa tu sesuai untuk perempuan dari tanah besar tu Wak hehehee...
    Kuih ahkak tea lady kat office Mrs. A pun 60 posen satu Wak

    ReplyDelete
  2. serba serbi dah mahal laa ni wak... hmmm

    ReplyDelete
  3. Keluar mulut buaya, masuk mulut naga. Lebih kuramg la kot

    ReplyDelete
  4. ada satu gerai di dalam stesen Pasar Seni menghala ke MRT...harga seketul karipap RM1.20. Tanjat kita...tak jadi beli terus.

    ReplyDelete
  5. kalau jual kuih di kedai oklah harga 60sen..ni dahlah x byr sewa...movie sambungan Alice in the Wonderland ke tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nama je sama, tp cerita lain2.. alice wonderland tu fantasi je.. hehe

      Delete
  6. Kuih sekarang 60 sen ke RM1 sebiji dah wak..

    ReplyDelete

Comment at your own risk.

PENGALAMAN MENONTON PERLAWANAN AFC CHAMPIONS LEAGUE DI STADIUM SULTAN IBRAHIM JOHOR

  Selasa, 5 November 2024. Kelmarin pulang dari stadium Arena Sepaktakraw JB. Wak terus pesan tiket atas talian. Untuk tonton perlawanan bol...