Modenas Kriss MR3 110cc @2024 |
Khamis, 25 Januari 2024.
Hari Thaipusam dan cuti umum.
Tengahari wak sudah berlarian ke Jalan Genting Klang lagi.
Semalam kerani kedai motor IRA sudah panggil wak.
Kata Mat Fatariss sudah siap dan boleh di ambil.
Mula2 ke loket (kaunter) nombor 1.
Berikan mykad. rm15
Kerani akan berikan dokumen2 motor.
Yakni geran motor, kunci motor, buku manual dan servis.
Kemudian, mamat jurujual FIS akan berikan barang2 percuma seperti biasa.
Yakni helmet murahan Swan, kunci berantai, dan baju hujan.
"Alaa wak ni, beli moto kecik pun nk glove jugak,"
Selepas, mamat jurujual FIS bawa motor baru ke kedai sebelah sana.
Untuk diisi minyak.
Bila dia kembali, membebel pula.
"Silap tertuang penuh pula minyak,"
Mamat jurujual FIS juga ada beritahu peringatan.
"Wak kena hantar servis kat bengkel motor disebelah tu,"
"Bila nnti dh smpi 1000 km utk servis pertama,"
"Upah servis je percuma, minyak dan lain2 kena bayar,"
"Waranti ada 2 tahun wak,"
"Atau 20 ribu km, mana yg sampai dulu,"
Kemudian disuruh wak ke bengkel di sebelah sono.
Perbetulkan timing enjin kerana mudah mati.
Dan isi angin tayar secukup rasa, depan dan belakang.
Sebelum itu wak ke kedai peralatan (accessories) motor.
Wak tukar visor gelap bertinted.
Ooh.
Pagi tadi berlarian naik MRT dari stesen Kajang.
Turun di stesen TRX Exchange untuk ke Ampang Park.
Kemudian berjalan kaki ke kantor.
Buat kerja potong rumput sekejap.
Adalah 5 lukisan kerja potong rumput siap dalam sejam lebih tadi.
Tengahari selepas urusan pengambilan motor baharu, yakni Mat FATARISS.
Wak berlarian ke stesen KLCC.
Terlepas stesen Pasar Seni langsung ke Plaza Sentral pula.
Putar balik ke Pasar Seni.
Tukar MRT ke Kajang.
Updated. Wak namakan motor baharu ini sebagai Mat Fatariss. Boleh kann.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
bergaya wak dgn motor baru...bau kedai lg..
ReplyDeleteWah...Punya motor baru nih Wak?
ReplyDeleteDisini tidak ada merk motor Modenas Wak.
Selamat dengan motor barunya Wak.
Salam,
saya baru nak tanya siapa mat fatariss. ingatkan si penjual motor
ReplyDeleteHahahahah boleeeh dong Wak , 😄. Saya pun semua kendaraan, motor dan mobil saya kasih nama. Biar terasa connectionnya 🤣. Kayak mobil saya namanya Venom. Kalo si motor sebab kuning, jadi KSH nama bumblebee 😄
ReplyDeleteCantik gambarnya tu.....
ReplyDeleteOoo baru keluar motor baru..
ReplyDelete