Jan 12, 2024

LESSON LEARNED FROM PREVIOUS BUS TRAVEL TRIP

KLCC this morning @2024


Jumaat, 12 Januari 2024.

Ini blog Antara Doha dan Jakarta. 

Sudah bertahun2 wak naik bas City Express.
Antara KL dan Masai.
Jadi hari ini wak cuba pesan tiket bas dari syarikat SC Southern pula.

Sebenarnya wak perasan juga.
Ada 3 syarikat bas dalam perjalanan KL - Masai.
City Express, SC Southern dan LA Holiday.


Petang tadi bas SC Southern ini lambat juga.
Jadual sepatutnya bas tiba jam 7. 15pm.
Tapi jam 8.03 baru terhegeh2 sampai.
Mungkin wak akan cuba naik bas LA Holiday pula dilain kali. 

Lagi satu wak perhatikan pemandu bas SC Southern ini.
Abam matcha yg muka agak ketat.
Bila sampai di hentian bas Skudai.
Dia jerit je dari pintu depan bas - "Tunaminah, tunaminah."
Samalah juga bila sampai di terminal bas Larkin.
Mungkin penumpang yg perasan dan tidak tidur akan sedar.

Bila tiba di stesen minyak Petron Megah Ria.
Abam matcha teriak lagi, " pasir gudang naik bas sana..."
Dia mula2 teriak dari pintu depan bas sahaja.
Wak yakin suaranya tidak kedengaran ke belakang bas.
Adalah 3 4 penumpang yg turun dan naik bas yg satu lagi.
Kemudian abam matcha naik kedalam dan tanya sorang2.
Ramai juga yg tidak dengar teriakan dia tadi.
Barulah penumpang2 ke Pasir Gudang turun dan tukar bas.
Ada sorang mamat ni kata nak turun Tun Aminah.
Aiseh.

Kesimpulannya.
Wak terpaksa kembali memilih bas City Ekspres.
Kerana loketnya ada di terminal bas Masai.

Movie lalat.
12th Fail 2023 (Hindi)

Blog bukanlah hakmilik kekal. 

Going for Friday Prayer @2024
Kampung Bemban Layby Melaka at 11pm @2024

20 comments:

  1. seram betul kalau tertinggal bas nie...Linda dulu masa ke Terengganu, mesti ada je yang kena tgal ngan bas..terpaksa lah tumpang bas lain...

    ReplyDelete
  2. Tapi bas sekarang dah selesa.... bukan macam dolu dolu!

    ReplyDelete
  3. dh lama tak naik bas utk long journey...zmn2 belajar memang bas ler pengangkutan utama utk balik kg

    ReplyDelete
  4. dah lama sungguh x naik bas, sebab takut... dulu waktu belajar selalula naik bas ulang alik dr penang ke trg... skrg seram sejuk je rasa bile nak naik bas..

    ReplyDelete
  5. banyak garang aaa itu matcha. kasi hantam satu kali.

    ammi baru less than 1/4 way tengok 12th fail tu. gitulah...tengok cerita 1 jam setengah pun sampai 3 hari baru habis.

    ReplyDelete
  6. mesti mamat yg nak turun Tunaminah tu kena sound dgn abam matcha...

    ReplyDelete
  7. apalah nasib mamat nak ke tun aminah tu ye. dari luor nampak ok je bas SC ni

    ReplyDelete
  8. adehhhh abam matcha ni.. takmola garang sgt chaaa~

    ReplyDelete
  9. Seronok naik bas tak stress nak drive especially kalau ke KL. Cuma tu lah nak ke sana sini leceh tak ada kereta. Tapi kalau delay lama, tak best lah kan.

    ReplyDelete
  10. Pernah kena tinggal bas nak ke JB dekat RnR masa zaman student dulu. Gelabah jugak sbb naik bas malam. Mungkin berkat doa mak, Allah pelihara dan selamat sampai ke rumah sewa masa tu walaupun dah tengah malam.

    ReplyDelete
  11. bila ada beberapa lokasi akan stop..kena la ckp kuat smp ke blkng..nanti sian yg nk turun tmpt tu dh terlps plak ye

    ReplyDelete
  12. Kalo di Malaysia saya lebih suka pindah dari 1 kota ke kota lain naik bus 😄👍. Krn nyaman. Bus fav saya tapi aeroline Wak. Selalu cek itu dulu, kalo ada rute nya ke tempat saya nak tuju, pasti pilih aeroline. Kalo tak ada, baru bus lain

    ReplyDelete
  13. laaa... Tun Aminah rupanya 😅

    ReplyDelete
  14. Cis! kurang prihatin driver nih!
    Ini parah ni Wak kalau terlepas hentian naya pak karim.

    ReplyDelete
  15. Nasib baik ya Wak tidak terlepas lokasi.

    ReplyDelete
  16. kalau terlepas..naya ja. Kalau travel naik bas sebelah malam untuk long journey memang risau terlepas stesen.

    ReplyDelete
  17. Tak bagus betul service nya.. main teriak2 mcm tu je.. ingt ini zaman 70an ke..

    ReplyDelete

Comment at your own risk.

JETI LAMA, BUKIT BELUNGKOR DAN SI BONGKOK TANJUNG PUTERI

  Ahad, 6 Oktober 2024. Kali terakhir ke jeti lama Sungai Rengit: 2017 & 2020 . Kali terakhir ke Belungkor: 2011 & 2012 . Pagi2 sud...