Jan 2, 2024

CARA NAIK BAS DARI KLCC KE BUKIT INDAH AMPANG

Buying a new umbrella to be used for 5 minutes only 
KLCC to Bus Stop @2024


Selasa, 2 Januari 2023.

Pagi2 sudah berlarian ke warung Mak Leha Kampong Bharu.
Wak makan nasi goreng campur mee goreng campur baked beans.
Telur setengah masak 2 biji. 

Bulan lepas wak ada singgah di warung Mak Leha tanpa gambar. Link

Petang berlarian dari kantor.
Hari ini cadang mahu naik bas pula dari KLCC ke Bukit Indah.
Tapi hujan agak lebat sudah turun lah pula.
Wak beli payung lipat di kedai mamak NZ. rm22

Kemudian berjalan kaki ke hentian bas depan KLCC.
Biasanya bas nombor 300.
Tapi bas nombor 001 istimewa ke Ampang Point sudah ada disitu. rm1
Turun di Ampang Point untuk tukar bas ke Bukit Indah.
Bas nombor T303 tiba setengah jam kemudian. rm1

Sebenarnya banyak pilihan lain untuk ke Bukit Indah Ampang.
1 - Grabcar, harga mencanak rm22.30. Biasa rm11.30 sahaja.
2 - Tren LRT ke stesen Ampang. rm4.50 Masalah tukar tren di Masjid Jamek, kemudian di stesen Hantoo (Hang Tuah) yg sedang direnovasi.
3 - Tumpang orang. Tapi tidak dapat dicapai.

Movie lalat.
Maverick 1994.
The Yards 2000.

Blog bukanlah hakmilik kekal. 


Warong Mak Leha Kampong Bharu @2024
On the Second Deck of RapidKL Bus @2024
Ampang Point Bus Stop @2024

3 comments:

  1. Bukan T304 ke? Tak duduk Ampang dah sekarang Wak, mau sesat kalau naik bas nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuma bas 300 je dr KLCC ke Ampang Point, kemudian transit naik bas lain.. sistem ni dh lama gak.. 😏😏

      Delete
  2. Dah dekat tu dgn rumah saya.. roger2 wak

    ReplyDelete

Comment at your own risk.

JETI LAMA, BUKIT BELUNGKOR DAN SI BONGKOK TANJUNG PUTERI

  Ahad, 6 Oktober 2024. Kali terakhir ke jeti lama Sungai Rengit: 2017 & 2020 . Kali terakhir ke Belungkor: 2011 & 2012 . Pagi2 sud...