Nov 27, 2023

THE ALTERNATIVE WAY TRAVELLING FROM BATAM TO KL VIA SINGAPORE

Batam Center view from One Residence @2023


Isnin, 27 November 2023.

Soalan lalat. Kenapa tidak terus naik pesawat dari Batam ke KLIA? Sebenarnya hanya ada satu pesawat dari Batam setiap hari, yakni pada jam 11am. Jadi tidak mungkin naik pesawat kalau masih ada tugasan sehingga petang kan. Olehkerana itu haruslah naik pesawat di negara lain jika mahu pulang dihari yg sama. 

Pagi jam 6am.
Naik mpv ke galangan kapal.
Tengahari tidak keluar mencari makanan.
Sore jam 4.30pm pulang ke apartment.
Mandi dan berkemas untuk berangkat pulang.

Jam 6.15pm sudah berjalan kaki ke terminal feri yg terletak bersebelahan.
Mgr AYU dan bro NAZ temankan.
Lepak makan mie goreng pedas dan teh 0 panas.

Nasib baik tiba2 teringat mahu tukar wang Singapura. Tergesa2 wak turun ke kaunter pengurup wang (money changer) yg banyak disitu. Tukar RM180 untuk dapatkan SGD50. Kerana kena tukar ke uang Rupiah dahulu. Tapi sebenarnya tidak digunakan duit SGD ini Ini adalah kerana bayaran tambang MRT dari (Harbour Front ke Changi Airport) guna kad kredit sahaja. 

Feri Majestic bertolak awal 8 minit dari dijadualkan.
Sejam sahaja sudah tiba di pelabuhan Harbour Front, Singapura.
Tapi waktu tempatan adalah hampir jam 10 malam.
Aiseh - wak cuma ada lebih sejam untuk tiba di Changi Airport.

Berjalan kaki dari feri, melimpasi imigresen dan kastam.
Tercari2 stesen MRT berdekatan.
Mau naik teksi agak mahal, kemudian menyesal sebab mahu kejar masa.
Tanya petugas di kaunter.

"Mula2 naik MRT laluan ungu, wak"
"Kemudian tukar ke laluan hijau,"
"Satu stesen sahaja ke Outram, kemudian laluan hijau terus ke Changi Airport,"

Tapi mamat petugas (Melayu) itu tidak bilang kena turun di stesen Tanah Merah dan tukar tren untuk ke lapangan terbang.
Aiyah.

Masa itu sudah hampir jam 10pm.
Pesawat akan terbang jam 11.40pm.
Masih sempat juga fikir wak.

Untungnya wak tidak bawa bagasi besar untuk di periksa masuk.
Dan boarding pass pun sudah siap di cetak

Ini adalah cabaran juga.
Sebab wak tidak biasa dgn lapangan terbang Changi.
Harus tercari2 terminal yg betul nanti.

Memang betul seperti yg dikhuatiri.
Turun dari MRT di stesen Tanah Merah.
Tunggu tren ke Changi Airport.
Ada pula tren yg tidak boleh dinaiki. Aiyahh.

Bila tiba di stesen Changi Airport.
Terkejar2 mencari terminal 4 seperti tertera didalam boarding pass.
Tanya juga petugas disitu. 

"Wak turun eskalator, keluar di Gate 1,"
"kemudian ada bas menunggu untuk Terminal 4,"
Masa ini jam sudah hampir pukul 11pm.

Boleh pula drebar bas tunggu tepat jam 11.01 baru bergerak.
Stress betullah.

Di Terminal 4 agak terkejar2.
Masuk ke Departure hall.
Kena scan, tanggal talipinggang.


"Can I see your keys inside the bag?"
"This canned drink cannot,"
"Can I drink it here?"
"Yes,"

Patutlah wak segar semacam je dalam pesawat tadi.
Air buah tunjuk langit, ie Geng Skyfruit
Hehe.

Pesawat berlepas mengikut jadual.
Tiada siaran tertunda.
Tiba di KLIA2 awal dari dijangkakan juga.
Sepatutnya sejam masa penerbangan.

SGArrival Card online mesti didaftar 3 hari sebelum masuk.
Tapi wak buat malam sebelumnya dan berjaya.
Kemudian print semua dokumen yg penting, yakni tiket feri, boarding pass air asia dan dokumen SGA card itu.
Tapi sebenarnya tiada pun yg periksa dokumen SGA itu sebab proses imigresen semua elektronik. Biarlah, drpd takde kann. 


Blog bukanlah hakmilik kekal.



(above) My actual travelling mode from Batam to KLIA via Singapore @2023

Welcome to Batam monument @2023
Bro NAZari, Pax Ocean, Pollux Habibie and Batam Center Ferry Terminal @2023
Harbour Front Ferry Terminal Singapore @2023
Batam Center to Harbour Front Singapore @2023
Changi Airport to KLIA2 @2023
Before descending to KLIA2 @2023
Leaving Changi Airport Singapore @2023

5 comments:

  1. kalau tak fit..bak kata orang perak..'tumpoo yeop'..

    ReplyDelete
  2. Untung tak ada bagasi ya Wak 🤣. Tak terbayang lah kalo saya. Apalagi tiap traveling pasti ada checked baggage. Bisa ngos2an lari di Changi begitu 😅

    ReplyDelete
  3. Mujurlah Wak dah biasa dgn segala jenis pengangkutan, tidaklah terpinga² dan gabra hehe

    ReplyDelete
  4. dh lama betul saya tak ke singapura...last sekali pergi quite some time ago....

    ReplyDelete
  5. Saya jumpa video travel wak tu kat utube hari wak upload hari tu... tapi tak boleh komen kat sana pulak

    ReplyDelete

Comment at your own risk.

PENGALAMAN MENONTON PERLAWANAN AFC CHAMPIONS LEAGUE DI STADIUM SULTAN IBRAHIM JOHOR

  Selasa, 5 November 2024. Kelmarin pulang dari stadium Arena Sepaktakraw JB. Wak terus pesan tiket atas talian. Untuk tonton perlawanan bol...