Apr 24, 2024

BERLARIAN KE PULAU SEMATA2 MAHU PANJAT THE TOP ATAS KOMTAR PENANG AND RUMAH P. RAMLEE

 

Ahad, 21 April 2024.

Kebosanan mencipta kelainan.
Tiba2 mahu panjat menara Komtar Penang pula.

Petang semalam usai potong rumput di kantor.
Wak terus berlarian ke Georgetown.
Sampai di sono pun sudah hampir tengah malam.

Pagi tadi sudah berlarian ke medan selera Astaka Stadium.
Wak makan lontong (tak leh lawan lontong masai).
Kemudian wak pesan roti telur goyang.

Kemudian terus berlarian ke 1st Avenue Mall.
Bersebelahan Komtar.

Mula2 antri (beratur) mahu beli tiket di kaunter.
Harga tiket rm88 (dewasa).
Tapi wak teringat dan ada terbaca.
Ada blogger yg beli tiket harga lagi murah, yakni rm65.

Wak pun terus tanya paman Google.
Dan terjumpa portal Klook.
Dapat diskaun 10 peratus.
Okay lah.

Secara ringkas.
1. Naik tingkat 65 - observatory deck.
2. Naik tingkat 68 - rainbow skywalk.
3. Turun ke tingkat 5 - Jurassic Research Center.
4. Turun ke tingkat 4 - Top Boutique Aquarium.

Kemudian lepak di restoran makan ais kacang.

Dan terus berlarian ke rumah P. Ramlee.

Kemudian mencari nasi kandar di Jalan Madrasah.

Terus pulang ke KL.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

No comments:

Post a Comment

Comment at your own risk.

JETI LAMA, BUKIT BELUNGKOR DAN SI BONGKOK TANJUNG PUTERI

  Ahad, 6 Oktober 2024. Kali terakhir ke jeti lama Sungai Rengit: 2017 & 2020 . Kali terakhir ke Belungkor: 2011 & 2012 . Pagi2 sud...