Apr 30, 2024

HOW SIMILAR ARE TWO PERSONS BORN ON THE SAME DAY AND THE SAME YEAR

 

Photo taken by mgr AYU @2024

Selasa, 30 April 2024.

Tengahari tadi wak sudah keluar ke pekan Tanjung Uncang bersama mgr AYU.
Pak NGA tidak keluar sebab sudah mendapat bekalan makanan.
Wak pun biasa tidak keluar, sebab tidur tengahari itu lebih penting kann.
Orang kampung wak bilang, "noon nap" untuk recharge.
Lagian besok (Rabu) sudah mahu pulang ke gagang.

Masa dalam mobil (kereta) yg disetir pak supir (pak BAC) tadi. Baktiar
Tiba2 mgr AYU ada sebut.
Yg mereka sudah tahu harijadi wak sama dengan pak BAC itu.
Sama hari, sama bulan dan sama tahun!
Pertama kali wak bertemu orang yg sama tarikh lahir.
Kembar harijadi, atau orang kampung wak bilang "birthday twins" ghitewww.

Kami bertiga termasuk mgr AYU pergi makan siang (tengahari) di pasaraya Top 100.
Kami makan nasi ayam penyet yg tiada sup (standard disini).

Wak juga minta pak BAC tunjuk kad KTP (Kartu Tanda Penduduk).
Dan wak keluarkan juga Mykad wak.
Dan ambil foto sama2.

Begitu juga didalam mobil.
Wak ambil foto lesen memandu kami masing2.
Disini dipanggil SIM (Surat Izin Mengemudi).

Selepas berborak2 tadi.
Tiadalah persamaan ketara antara kami berdua.
Dari segi kehidupan, kerjaya, sikap peribadi dll.
Nama ibu kami pun berbeda, yakni tidak sama. 

Tapi yg pasti, kami sama2 masih bekerja membanting tulang.
Pak BAC masih memandu mobil (kereta).
Wak pula masih memotong rumput di padang yg tandus.
Dan kami bukanlah orang yg tall, dark and handsome, kata orang kampung wak.
Huhu.

Cerita lalat lain.
Petang tadi pulang dari galangan (shipyard).
Kami singgah di restoran Mie Tarempa.
Sambil makan gado2 tarempa.
Wak pesan roti Luti Gendang untuk dibawa pulang esok.

Selepas itu, kami singgah di rumah pak DOD.
Yg sakit batu karang di buah pinggangnya.
Dia baru sahaja menjalani tembakan laser di hospital.
Bila ditanya,

"Ini kali ke 7 wak aku kena," katanya ketika ditemubual dirumahnya di Valencia Batam.
"Kemaren sudah ditembak laser,"
"Sekarang tgh tunggu batu2nya keluar saja,"

"Aku gak sukak pake dukun,"
"Boleh jadi rusak buah pinggang kan pake jin,"

Hafazan lalat.
Surah al-Khaf, ayat 35.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Random photos today with sirih cina leaves @2024


7 comments:

  1. wak, nak tanye ni.. kalau hari sama, bulan sama, tahun sama... perangai agak2 sama x wak? sebab kalau dlu ade kajian dr doktor fadhilah kamsah yg perangai berdasarkan tarikh lahir tu..

    ReplyDelete
  2. memang jarang2 jumpa kan org yg betul2 sama bday date dgn kita termasuk tahun...for me, dh lama i tahu ie sejak jadi fans KRU zmn remaja lagi..my bday sama dgn edry KRU ie betul2 sama date dan tahun jugak ;) edry sekrg menetap di UK sbb nak dptkan pendidikan terbaik utk his autism child

    ReplyDelete
  3. Wak nampak lagi muda mungkin sebab ikut pada kerja tu. Apa pun Happy Belated birthday wak... moga sentiasa dalam lindungan Yang Maha Esa.

    ReplyDelete
  4. Memang jarang berlaku ni Wak...jumpa orang yang sama tarikh lahir (hari, tahun). Kira bertuah jugak dapat jumpa 😀

    ReplyDelete
  5. Anak saya dan classmate nya, lelaki dan perempuan, nama pun hampir sama.

    ReplyDelete
  6. terbaiklah wak!
    so far saya cuma tahu org sama sama tarikh lahir je. thn yg sama mmg x jumpa lg.
    pemain bola Griezmann, ketiga2 anak dia lahir pd tarikh yg sama. thn je berbeza...

    ReplyDelete

Comment at your own risk.

SENIBONG HARGA YAHUDI TAPI KETAM BUNGA JUGA YG DIRATAH

Khamis, 10 Oktober 2024. Poso dino Kemis.