Leaving Batam Island of Riau Indonesia @2024 |
Rabu, 1 Mei 2024.
Hari pengembaraan pulang yg agak mencabar.
Dua hari lepas baru mgr AYU tempah tiket pulang wak ke gagang. Oleh kerana tiada kehabisan tiket direct ke KLIA dari Batam, maka terpaksa beli tiket transit ke Pekanbaru dahulu. Kalau tidak, kena naik sampan layar ke Temasek pula.
Pertama: Bandara Hang Nadim Airport Batam.
Dari hotel jam 8.51am, wak pesan Grabcar (Rp58k) ke bandara. Tiba dibandara (9.01am) terus masuk beratur ke kaunter check-in. Tapi petugas kata kena online check-in dulu. Wak pun install apps BookCabin. Mulalah gelabah (sedih, risau, susah hati, gelisah, tidak tentu arah) sebab tidak jumpa nombor kod (6 huruf) dalam tiket yg mgr AYU kirim dalam whatsapp. Sampai wak ke kaunter di hujung sono. Rupanya nombor ada dalam satu lagi risalah insuran pula. Wak kemudian pun cuba online checkin pula untuk penerbangan dari bandara Pekanbaru, tapi tidak berjaya. Manakala penerbangan dari Batam ini kemudian ditunda setengah jam, 11.30am. Tidak risau sebab ada 2 jam masa transit di Pekanbaru nanti.
Kedua: Bandara Sultan Syarif Kasim II Airport.
Penerbangan selama sejam. Tiba di bandara Pekanbaru jam 12.40am. Sebab lapar wak singgah KFC dulu. Kemudian jam 1.00pm, masuk ke kaunter untuk check-in. Banyak kaunter dibuka, kesemuanya untuk Garuda tapi ada satu kaunter tertulis Lion Air. Bila ditanya kaunter yg ada petugas kata harus berurusan di kaunter Lion Air itu. Masalahnya problem. Dikaunter Lion Air itu tiada petugas pula. Panikla wak sebab penerbangan lagi setengah jam. Wak ada tanye petugas di rekonsiliasi (Baggage Reconciliation Solution). Boleh dia kata pesawat sudah berlepas. Aiyah! Lagilah panik. Sampai wak tanya pak guard dan makguard. Bila dilihat pada papan besar, tertulis pesawat terlambat. Banyaklah drama. Sudah terbayang kena tidur di Pekanbaru pula malam ini. Akhirnya kembali ke pak petugas di rekonsiliasi tadi yg baru pulang dari makan siang. Takkanlah pesawat boleh berlepas awal dari jadual? Dia pun periksa komputer dan hubungi petugas didalam balai berlepas. Kemudian barulah wak disuruh masuk kedalam tempat imigresen tanpa boarding pass. Drama lagi sebab pegawai imegresen kata tidak boleh masuk tanpa boarding pass. Wak sudah jelaskan. Nasib baik bapak petugas Superjet Air datang dari dalam. Dan wak dibenarkan masuk ke balai berlepas selepas pengecopan passport. Jam sudah pukul 1.40pm. Nasib baiklah juga pesawat terlewat setengah jam. Penerbangan selama sejam juga.
Ketiga: KL International Airport.
Sesat dalam terminal satellite pula. Kerana sudah lama tidak turun di terminal KLIA yg ini. Aisehh.
Kemudian kena naik bas kerana sistem tren tidak berfungsi.
Akhirnya berjaya dan selamat tiba di balai ketibaan KLIA di luar pada jam 5.31pm.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
The Flight from Batam to KLIA via Pekanbaru @2024 |
Random photos of today @2024 |
Suspen baca, Alhamdulillah sampai ke balai berlepas. Waahh cun la video flight Batam to KLIA tu Wak.
ReplyDeleteTerima kasih Wak, kita dah install apps ni. Suka tengok video route tu.
ReplyDeletesaya tumpang nervous bila baca kisah wak ni...saya plak dh sgt lama tak fly abroad, fly domestic tu ada lah..so nervous jugak bila nak fly end of this year
ReplyDeleteAlhamdulillah, tak terlepas flight walaupun byk drama ye Wak. Selamat jugak sampai ke tanahair.
ReplyDeleteBermacam dugaan ye Wak. Apapun alhamdulillah selamat kembali ke gagang.
ReplyDeleteAlhamdulillah, Allah permudahkan semuanya...
ReplyDeletemacam buat pusingan U pulak pesawat tu
ReplyDeletekalau kena bermalam di Pekanbaru roger2 jer Abang Gebu..
ReplyDeleteboleh pula dia cakap pesawat dah terlepas
ReplyDeletemmg panik laa dibuatnya!
kalau sy agaknya dah menangis kat situ
waduhhh suspen baca kisah kalini..
ReplyDeletesyukur Wak selamat juga pulang ke KL aminnn
Bukan lion group kalo tak buat case 🤣😅. Maaf Wak, tp memang maskapai satu itu dah saya blacklist tak akan naik lagi. Macam2 yg dibuat nya utk buat emosi penumpang 😅.
ReplyDeleteNasib baik akhirnya sampai juga yaa..