May 30, 2024

PERTAMA KALI DENGAR TENTANG PEJUANG KIFAYAH UNTUK URUSKAN JENAZAH SECARA PERCUMA

 

Menara DBKL Tower 3 @2024

Khamis malam Jumaat, 30 Mei 2024.

Minggu lepas uncle BAL (yg duduk potong rumput disebelah wak ini) beritahu.
Ada anak saudara meninggal akibat kemalangan jalanraya.
Sebulan ICU di hospital Selayang.

Kelmarin beliau dan sanak saudara datang ke hospital.
Kesemua waris beragama Hindu.
Tujuan untuk bawa mayat pulang dan disemadi ke Seremban.
Tapi pihak hospital kata tidak boleh pula.
Sebab arwah itu sudah masuk Islam pada tahun 2015. Ada surat rasmi dari jabatan agama. 
Semua sanak saudara terkezot.
Sebab tidak ada satu waris pun yg tahu.

Tapi kemudian waris semua redha.
Maka pihak hospital sudah hubungi badan sukarelawan yg dipanggil Pejuang Kifayah.
Boleh menguruskan jenazah yg ada masalah satu Malaysia.

"Baguslah dorg buat kerja,"
"Lebih kurang sm mcm adat kitorg,"
"Lagipun dorg tak minta apa2 bayaran,"
"Tapi kita bagilah jugak lima hatus,"

Wak pun pertama kali mendengarnya.
Semoga mendapat hidayah.
Amin ya robbal alamein.

"Aku cerita kat wak ni tau tak sbb apa?"
"Sbb nama Islam baru anak buah aku tu sama dgn nama wak!

Movie lalat.
Kingdom of the Planet of the Apes 2024.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Menara DBKL Tower 3 @2024


2 comments:

  1. Nasib baik sempat check..tapi ad aje mualaf yang masuk islam tapi x mention kat family asal dia...bab ni akan jadi masalah bila membabitkan kematian kan

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, dipermudahkan urusan arwah...
    betapa besarnya pengorbanan team Pejuang Kifayah tu, semoga balasan yang baik untuk mereka..aamin

    ReplyDelete

Comment at your own risk.

PENGALAMAN MENONTON PERLAWANAN AFC CHAMPIONS LEAGUE DI STADIUM SULTAN IBRAHIM JOHOR

  Selasa, 5 November 2024. Kelmarin pulang dari stadium Arena Sepaktakraw JB. Wak terus pesan tiket atas talian. Untuk tonton perlawanan bol...