Sentosa Island on the way to Harbour Front, Singapore @2024 |
Isnin, 27 Mei 2024.
Hari keempat dan terakhir berada di Batam. Petang ini harus pulang ke gagang melalui Temasek.
3.00pm.
Dari galangan di Tanjung Uncang.
Pak Supir BAC hantar wak ke Terminal Feri Sekupang.
Pak BAC ikut jalan potong.
Banyak juga polisi tidur di jalan kawasan perindustrian ini.
Dulu, wak pernah guna terminal Sekupang ini untuk naik feri ke Pekanbaru dan Bukittinggi.
3.40pm.
Tiba di terminal feri.
Daftar di kaunter Majestic lantai satu.
Cewek kaunter minta passport wak.
Cewek berikan boarding pass.
Makan roti bakar dan telur setengah matang di kafe kecil di pojok.
Tapi nampak ada kafe lebih bagus dan nyaman di lantai bawah.
Yo wes lah.
3.55pm.
Masuk ke feri menuju Harbour Front, Singapura.
Tidaklah ramai penumpang feri Majestic ini.
6.01pm (waktu tempatan di Masai).
Setelah 40 minit menaiki feri.
Tiba di dermaga Harbour Front.
Cabaran di kawasan imigresen dan kastam.
Ada 2 orang askar bersenjata berkawal disitu.
Wak tersalah masuk lorong "All Passports" dan dipanggil keluar oleh pegawai itu.
Disuruh masuk ke laluan auto gate - tidak berjaya.
Disuruh ke kawasan mesin otomatis - tidak berjaya.
Walaupun wak sudah daftar SGArrivalCard.
Akhirnya disuruh ke kaunter petugas secara manual.
Wak tunjukkan salinan SGArrival Card.
6.19pm.
Keluar dari CIQ Singapura dengan selamat.
Terus tempah Grabcar untuk ke Changi Airport.
Tempahan pertama dibatalkan oleh pemandu kerana masalah kecapaian wifi.
Pemandu kata sudah tiba lebih 5 minit.
Tapi wak tidak nampak pun kereta beliau.
Wak kena denda SG4.50 (RM18). Demm!
Terpaksa tempah kembali Grabcar setelah dapat capaian wifi di McD.
Nasib baiklah harga tambang lebih murah sedikit dari yg pertama tadi.
6.45pm.
Naik Grabcar dgn pakcik KHAI.
Meluncur ke Changi Airport.
Pakcik KHAI (55) yg peramah.
Kami berborak2 dalam bahasa Melayu sahaja.
Anak seorang, tiada lagi cucu.
Isteri yg lebih muda dan masih bekerja.
Cerita pasal penyewaan kereta Grab yg mudah.
7.24pm.
Tiba di Terminal 3 Changi Airport dengan selamat.
Terus check-in beg di kaunter Batik Air bernombor 1.
Penerbangan jam 9.20pm ditunda ke jam 10.10pm.
9.50pm.
Masuk ke kabin.
Drama kerana matcha tekan2 backpack besar dia atas kotak Luti Gendang wak.
Geram pula rasanya.
Ini adalah kali kedua orang tekan2 beg kecil secara paksa.
11.10pm.
Tiba di KLIA.
Tidak wak sangka, ketibaan terus ke bangunan utama.
Tidak perlu lagi naik bas RapidKL dari bangunan satelit yg jauh di sono.
Wak ambil bagasi pun gampang (mudah).
11.34pm.
Selamat keluar di pintu 8 KLIA.
Nota lalat.
Berita Singapura negara keenam halang Ustaz Abdul Somad masuk.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Random photos today from Batam to Singapore @2024 |
Gara² anak kecil main api.
ReplyDeleteJegil mata ke matcha tu, apa ni tekan2 beg kita. Memang geram kalau kena.
ReplyDeleteMasih banyak nama asal melayu kekal di singapura seperti pulau sentosa tu
ReplyDeletebetul lah seperti bait kata lagu anak kecil main api..
ReplyDeleteEh matcha di sini artinya apa Wak 😅? Saya langsung terpikir matcha betulan hahahah. Tapi nampaknya beda di cerita ini
ReplyDelete