May 16, 2024

KARIPAP MAKCIK DEPAN KUBUR P. RAMLEE SEMAKIN KECIL TAPI GELANG MAKCIK SEMAKIN BESAR

Nasi Lemak Depan Kubur P. Ramlee Jalan Ampang KLCC @2024

 

Khamis, 16 Mei 2024.

Semalam wak perasan makcik dan pakcik nasi lemak depan kubur P. Ramlee.
Mereka sudah mula berniaga.
Selepas hampir sebulan Syawal.
Sudahlah masa puasa tutup sebulan.

Wak pun hampir terlupa mahu pesan apa.
Tapi makcik masih ingat juga.

"Mihun sardin dgn telur mata kan wak?"

Wak bayar guna QR code.

"Dh bayar ye bang,"
"atas nama Hariati ..."

"iya, Hariati binti Abu Bakar," kata si pakcik.
"ehh, boleh sebut nama kita penuh erk," sapa si makcik.
"iyelah, kan ramai nama Hariati tuh," seluruh si pakcik yg bahagia.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Karipap lima posen @2024
Karipap lima posen @2024

11 comments:

  1. Ada dua sahaja sekarang ni sama ada barang yang sama tetapi dinaikkan harga atau harga kekal tetapi barang dikecilkan (shrinkflation). Kesian kita yang membeli ni. Apa pun bihun + sardin dan telur goreng tu nampak menarik sekali, patutlah ramai yang beratur.

    ReplyDelete
  2. disbbkan hrga brg mentah makin naik tiap masa.. jadi begitulah~ hehehe

    ReplyDelete
  3. Wah Wak, gelang makcik pun diperatikan ya.......

    ReplyDelete
  4. Besar betul gelang emas makcik Hariati tu. Alhamdulillah hasil berniaga nasi lemak mampu beli gelang emas, mungkin jugak untuk simpanan masa depan.

    ReplyDelete
  5. Detail betul tajuk, tak perlu baca post dah tahu arah tuju post hahahaha tapi besau betol!

    ReplyDelete
  6. Kalau dulu sebiji karipap boleh buat 2 kali suap, kalau saiz gini...sekali masuk mulut je abis.

    ReplyDelete
  7. uish..memang besar betul gelang makcik..maksudnya bisness banyak untung lorrrr...

    ReplyDelete
  8. Berarti saya nak makan karipap yg di Penang saja nanti , 😄. Besaaar soalnya. Yg di KL coba kuliner lain.

    ReplyDelete

Comment at your own risk.

MY WHATSAPP IS BANNED OVER AND OVER AGAIN

  Khamis malam Jumaat, 25 Julai 2024. Pagi2 sudah beli mee hoon berlaukan ikan sardin dan telur goreng. Tanda amaran "Cuti Esok" s...