Apr 18, 2024

SERBAN TOK AJI ATAU KUIH PULUT SEKAYA YG WAS-WAS UNTUK DIMAKAN

Kedai Mamak NZ Restaurant KLCC @2024


Khamis malam Jumaat, 18 April 2024.

Pagi tadi ada sedara dari Kelantan.
Berikan kuih pulut dgn telur dicampur gula melaka.
Rupa seperti kuih seri muka (yg topping hijau pandan).
Tapi warna topping perang gula melaka.
Disebabkan wak tak pernah merasa, jadi agak janggal dan was2 utk mencuba.
Bila wak rasa sedikit, tidak rasa apa2, tawar sahaja. 

Jadi bila bro AMR (oghe Klate) tiba di kantor.
Wak pon pelawa makan kuih Serban Tok Aji.
Tak sampai 2 minit habis. Haha. 

Kemudian bro AMR makan nasi lemak yg dibelinya tadi juga.

Blog bukanlah hakmilik kekal. 

NZ Restaurant KLCC, Serban Tok Aji (Kuih Pulut Sekaya);
Belated Birthday Cake Rush, Hero at Kipmall @2024

9 comments:

  1. Bila was was... Beri pada yg tak was was utk makan hihii

    ReplyDelete
  2. Mungkin resepi tu berbeda. 😅

    ReplyDelete
  3. wak pun ada sedara di Pantai Timur ye..kuih tok aji serban tu memang fav orang dekat sini
    selamat hari raya wak..maaf zahir&batin

    ReplyDelete
  4. telur makan ngn kicap pun menjadi wak.. tinggalkan yg was was..

    ReplyDelete
  5. Kelantan memang macam2 kuih. Kadang tak pernah tahu pun tapi saya kalu mula2 cuba rasa dulu lepas tu boleh komen. Tapi kalau dah was2 baik jangan makan. Macam bubur asyura kelantan macam kuih, saya memang tak doyan sebab dah pernah rasa. Selamat hari raya Maaf zahir batin wak

    ReplyDelete
  6. Kuih tu selalunya Manis Wak, dah knp Wak makan takde rasa haha...

    ReplyDelete
  7. pulut sekaya selalunya rasa manis Wak hehehe

    ReplyDelete
  8. Tu kuih seri muka, patutnya manissss

    ReplyDelete
  9. Tak manis ke, selalunya manis tu.

    ReplyDelete

Comment at your own risk.

JETI LAMA, BUKIT BELUNGKOR DAN SI BONGKOK TANJUNG PUTERI

  Ahad, 6 Oktober 2024. Kali terakhir ke jeti lama Sungai Rengit: 2017 & 2020 . Kali terakhir ke Belungkor: 2011 & 2012 . Pagi2 sud...